Wednesday, August 10, 2016

Perkembangan bahasa bayi (part 2)

Mummy pernah sharing bahasa Azizi sebelum ni (klik sini utk baca), now nak review tahap penguasaan dia selepas cubaan pertukaran bahasa.

Secara zahirnya nampak dia confuse, dah kenapa perempuan ni cakap begini tapi sedikit ketegasan dan usaha mampu memberikan hasil. Semua TV hanya yang berbahasa melayu sahaja. Bila beri arahan, cerita, main bersama pun bahasa Melayu. Dalam masa 2 minggu dia mampu memahami dengan baik.

Tapi untuk pengetahuan korang, ketika Azizi pelik dgn sikap Mummy dia yang berbahasa Melayu, dia telah menolak masuk Mummy dlm bilik stor, siap tutup pintu lagi. Pastu cemas panggil MUMMY MUMMY...lawak plak ketika tu?

Kemudian dia mula cakap nakkk nakkk nakkk...ha ok la tu..

Kemudian terjadi la bahasa rojak iaitu nak MILK...kau nampak anak melayu celup di sini kan!!! It's your turn Mummy to respond accordingly kepada masalah ini. Ok...cecuba kau kembangkan minda tu, kalau kuncup makan kismis sikit. Ohhh ok, betul Azizi nak MILK? Azizi nak minum air oren? Nak minum air sirap? Nak minum susu? Sambil ucap tu muka kena ceria, bukan ganas macam nak telan dia yea.

Bila mandi, anak kecil mmg suka main buih kan...time ni la korang kena rajin cipta peluan kembangkan bahasa dia. Ehhh ehhhh banyak betul buih ni (tendency sebut BUBBLES tinggi hokey). Bestnyer...jom tiup sama-sama. Opsss...dah pecah buih. Tiup lagi kuat-kuat!

Cuba korang buat plak, apa dapatan korang?

Tuesday, August 9, 2016

Happy 1st Birthday Aqil

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Aqil
Happy Birthday to You....


Kejap je dah besar. Mummy sayang Adik.
Adik kan kembar Mummy, anak jepun Mummy
Adik mmg kawan baik Abg Azizi smp bila-bila

Biasalah org buat birthday bash, mak kau pun nak buat kan
Sesusah cari kek kecil, jumpa kek ni je size kecil
Fresh Fruit Love Boat


Akan ada majlis birthday, gabungan Aqil dan Azizi
Cake dah ada idea nak tempah kat mana, konsep tak boleh ditentukan lagi
Sebab Daddy ngaruk tak setuju tempat majlis diadakan

Kalau boleh nak eliminate process sediakan doorgift, memanjang kena komen
Nyampah makkkk!

Monday, August 8, 2016

Meriahnya Sambut Syawal Tahun 2016

Hai!!!!
Lama dah tak update, sibuk tu tak juga sebab masih boleh leka-leka dengan FB, opps!
So mari kita buat summary bagi sambutan kemeriahan raya kali ini.


Mula-mula berfoto berempat.
Baju i tu tempah kat Chong Tailor, tudung Ariani, muka tak makeup, ahhahahha!


Ni gambar adik-beradik, Aqil memang ketawa besar.
As usual, menu pagi raya still the same iaitu ketupat, lodeh, kuah kacang, rendang, etc
Cuti raya kali ni bebudak ni down fever one after another, so merasa gak la anak demam time raya.
Second week raya daddy dah kena kerja, so kami decide cuti semula on 3rd week. 


Actually what really happended on 3rd week adalah Azizi nak kena buat hearing test
Keputusan bilaterally NORMAL
You just ignore my voice yea darlingggg!! Lagi banyak la Mummy cakap lepas ni.


And so happened on 4th week kami managed kumpul kat umah Yati, absence of Yana since dia ada family commitment time tu.
Handbag by Gucci, kasut by Crocs