Dulu waktu mula-mula jadi Mummy, punyalah taksub nak Azizi macam ni, macam tu, confirm nak yang terbaik untuk anak yang ditunggu-tunggu. Bagus kita ada perancangan namun perancangan Allah swt tu lebih baik daripada yang kita boleh fikirkan.
Sememangnya Azizi didedahkan dengan bahasa inggeris lebih banyak daripada bahasa melayu. Almaklum waktu tu semua nak english english gitu, so Mummy ingat mmg dasar bahasa pertuturan ke arah tu dari kecil adalah jalan yang terbaik. Maka dari maid smp la ke atok nenek terpaksa cakap english.
Rumusan pengalaman membesarkan Azizi dengan bahasa inggeris, ok tp Mummy fikir baik anak-anak dibesarkan dengan mother tongue kita iaitu bahasa melayu. Hasil risikan Mummy, minda anak kecil mcm sponge dan bahasa inggeris adalah bahasa paling mudah anak untuk belajar.
Pandangan peribadi Mummy ada baiknya kita kukuhkan anak dengan bahasa melayu kerana masuk sekolah rendah nanti bahasa pengantar ialah bahasa melayu.
Kenalkan bahasa melayu yg baik sedari dia kecil, jgn rojak bahasa. Bila dia sudah bersedia, kenalkan bahasa inggeris. Dan kita sebagai ibu, bila nak ckp inggeris, 100% queen english. Dan kalau nak bahasa melayu, susun sebaik-baik supaya bahasa itu indah.
Pada usia 3 tahun Mummy decide untuk tukar bahasa pertuturan Azizi ke bahasa melayu, doakan dia menguasai bahasa ibunda kita dengan cemerlang. Sudah hampir 2 tahun usaha petukaran bahasa pertuturan, nanti akan dikongsi tips dan pengalaman tersebut.
No comments:
Post a Comment