Tuesday, June 19, 2012

MIL @ IJN

Nenek toddler Azizi sakit jantung...
Dd dah cover cerita ni lebih awal, boleh baca di sini 1, 2, 3

Bahasa laidman sakit jantung, 3 tersumbat dan paru-paru affected disebabkan jantung.
Lama nenek di ICU, hampir 1 minggu lamanya.
Dan nenek hampir tiada bila doctor cuba membuka belon sokongan, about 15 seconds then doing CPR alhamdulillah nenek pulih kembali.



Waktu melawat di ICU pendek, 12.30 - 1.30 tengahari dan 6 - 8 mlm.
But I would recommend just let near family to visit patient. Masa terhad, pesakit perlukan sokongan moral. Banyak cara nak zahirkan concern tuan/ puan semua, doakan pesakit panjang umur dan positif dalam menghadapi ujian tersebut. Kanak-kanak bawah 12 tahun memang tidak dibenarkan melawat. So, toddler Azizi memang kena duduk lobi utama sahaja.


Di sini, mereka perlukan kemeja butang penuh dan kain batik/pelikat bagi kegunaan pesakit. Highly recommend bawa beg khas untuk letak baju kotor, ada kes baju dah bercampur so kena basuh balik.
Satu hari dalam 2-3 set pakaian diperlukan. So, kalau nak bawa balik basuh kena ada dalam 9 set.
Mm la tukang cari nya, habis ditanya kawan sekeliling mana nak dapat dengan harga berpatutan. Pergi la menapak Mm ke Warta Bangi. Ketemu barang dicari, beli dan memecut balik rumah.


Inilah wajah ~boring toddler Azizi, hensem macam Mm.
Hehhehehe...


Sekarang nenek dah dipindahkan ke wad biasa. Maka toddler Azizi dah boleh jumpa nenek. Biasa dia mmg kurang mesra dengan orang sikit, sikap reserve dia masih ada. Tengok langsir bilik tu, siapa la aniya...kot MIL rimas kalau tak nampak luar berpada-pada la.

Dd? Dia tu kira hot dia je. Ada hari tu air menitik dalam toilet, lazer je mulut dia.
To Mm, since totally FOC so you should polite said problem you faced in the toilet.
Pun...bukan lambat benar actions mereka, 5mins later cleaner dtg letak baldi, 10mins later maintainance dtg check dan maklumkan root cause problem tu.

Owh...di sini bayi juga ada menjalani pembedahan jantung.
Mm & Dd berpeluang bercakap dengan keluarga dari Bandung, anaknya berusia 7 bulan sakit jantung berlubang menyebabkan paru-paru tidak kembang sepenuhnya. Alhamdulillah, cepat recover dan esok akan kembali ke Bandung, Indonesia.

Rupanya Malaysia banyak pakar jantung. Tapi Mm harap sangat bila buka Institut Kanser Negara di Putrajaya nanti, gemilang dan gah nya setaraf dengan IJN.

Mm & Dd berpandangan setiap nurse, doctor dan pekerja IJN telah berjaya meletakkan diri mereka di satu tahap yang boleh dibanggakan. Cara mereka respond kepada persoalan, walau dia hanya nurse tapi berjaya memberikan jawapan memuaskan.

Dan...jumpa junior sekolah, seorang nurse di situ. Dia merendah diri tapi saya bangga kerana anda bijak mengatur langkah masa hadapan.

No comments: