Monday, January 30, 2012

Larangan melawat kepada anak kecil

Bila atok dah duduk di Hospital Kajang, pelbagai ragam baik pesakit mahupun pelawat dapat dilihat. Kisah benar, tak ditokok tambah oleh Mm.


Dalam kita bergembira, benar ada org yang dalam berduka. Insaf Mm bila tengok keadaan pesakit yang tinggal di wad Hospital Kajang. Agaknya sebab itu ayah Mm sengaja masuk situ, nak cakap kat Mm yang tak semua org mampu nak menikmati kemewahan masuk hospital swasta. Pernah tak kalian terfikir, ada pesakit yang dah lama tidak dilawati ahli keluarga? Bila pihak tertentu telefon pihak keluarga pesakit, mereka tidak ambil endah. Akhirnya pesakit terdampar di hospital, dah 6 bulan tidak dilawati keluarga untuk dibawa balik ke rumah. Dah la pesakit OKU, keadaan dia sangat tidak terurus. Mm benar-benar insaf.


Arahan pihak hospital juga ringkas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dilarang melawat pesakit. Logik dan mudah. Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit. Sebagai ibu bapa, kita perlu peka yang orang sakit akan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan, yakin bakteria/ virus meriah di situ. Dengan antibodi kanak-kanak yang rendah, maka kita sebagai ibu bapa sepatutnya peka untuk terus melindungi mereka daripada ditimpa sebarang penyakit. Jangan asyik mengeluh...kenapa anak aku selalu sakit...kenapa anak aku itu...kenapa anak aku ini... yang best tu siap nak seludup anak masuk wad sebab tak fikir panjang sesetengah ibu bapa...ada siap bawa bayi lagi, dengan keadaan panas dan ramai orang tu....selain itu, pesakit perlukan rehat, sebab tu perlu tidur di hospital...kalau ramai-ramai serang peakit ketika waktu melawat, kesian jugak la kannnn...


Sama-sama lah kita fikirkan...

No comments: