Tuesday, January 31, 2012

Rumah



Hati berbunga riang..

dapat kunci semlm...


Layout rumah lebih kurang mcm di atas...

pembahagian ruang pun telah Mm tetapkan...

yang pasti ruang mainan nak luas supaya baby Azizi bebas praktis jln...


merah = dapur (besar... mcm nak paksa Mm masak selalu je)

kuning = ampaian (kecil smp mesin basuh baju 10kg dilihat sbg giant dlm kes ni)

biru = bilik air

oren = stor (besar...boleh meng'iron' kat sini)

purple = master bedroom

hijau = study room Dd

coklat = bilik maid

Ok...sape nak share tempat mana best nak beli sofa, meja+kerusi makan, kabinet tv?

Mm maksudkan reasonable price and good quality

Ikea? Courts? Cavenzi? Perabot Wan Gaya?


Owh...idea dlm kepala sekarang mcm nak cari sofa corak bunga-bunga

tapi nak langsir corak bunga jugak...

sarat sungguh mcm tu rumah hang Mm...

Ok..ok...keputusannya...sofa dark colour dan langsir corak bunga...


meja makan ni mesti berkurun baru jumpa...

confirm...

ni impian dah lama cuma belum termakbul...

sebab RM jugak kot...

table top tu nak marbel hitam...ekekekke...

kalau xdpt putih pun ok la...kasi diskaun sikit

bentuk bulat...

siap nenek dah belikan alas meja bulut dulu kat Spain


if Dd jadi beli flat screen...

maka xperlu kabinet TV lagi...

tapi boleh je Mm beli rak lain dlm kes ni...

hehehehh


-sekian angan2 Mm pagi ini-

Monday, January 30, 2012

Larangan melawat kepada anak kecil

Bila atok dah duduk di Hospital Kajang, pelbagai ragam baik pesakit mahupun pelawat dapat dilihat. Kisah benar, tak ditokok tambah oleh Mm.


Dalam kita bergembira, benar ada org yang dalam berduka. Insaf Mm bila tengok keadaan pesakit yang tinggal di wad Hospital Kajang. Agaknya sebab itu ayah Mm sengaja masuk situ, nak cakap kat Mm yang tak semua org mampu nak menikmati kemewahan masuk hospital swasta. Pernah tak kalian terfikir, ada pesakit yang dah lama tidak dilawati ahli keluarga? Bila pihak tertentu telefon pihak keluarga pesakit, mereka tidak ambil endah. Akhirnya pesakit terdampar di hospital, dah 6 bulan tidak dilawati keluarga untuk dibawa balik ke rumah. Dah la pesakit OKU, keadaan dia sangat tidak terurus. Mm benar-benar insaf.


Arahan pihak hospital juga ringkas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dilarang melawat pesakit. Logik dan mudah. Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit. Sebagai ibu bapa, kita perlu peka yang orang sakit akan datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan, yakin bakteria/ virus meriah di situ. Dengan antibodi kanak-kanak yang rendah, maka kita sebagai ibu bapa sepatutnya peka untuk terus melindungi mereka daripada ditimpa sebarang penyakit. Jangan asyik mengeluh...kenapa anak aku selalu sakit...kenapa anak aku itu...kenapa anak aku ini... yang best tu siap nak seludup anak masuk wad sebab tak fikir panjang sesetengah ibu bapa...ada siap bawa bayi lagi, dengan keadaan panas dan ramai orang tu....selain itu, pesakit perlukan rehat, sebab tu perlu tidur di hospital...kalau ramai-ramai serang peakit ketika waktu melawat, kesian jugak la kannnn...


Sama-sama lah kita fikirkan...

Saturday, January 28, 2012

Day 9

Today Mm nak update cerita atok di Hospital Kajang.

Suasana ruang legar wad:



Ni ayah, dah msk wad 1, katil 33. Dah 2x muntah. Doctor informed bila buat test ECG, jantung sebelah kanan ayah slow sikit.



Ni Azizi, suka dok golek-golek atas katil dgn cousin nya.







Friday, January 27, 2012

Day 8

Cerita Mm, yesterday morning kat traffic light ada seorang lelaki tua, melayu ketuk cermin kereta. He asked me way to Putrajaya. Boleh ke...dah sah-sah masuk Putrajaya, lagi mau kelentong...pulak tu kat depan sikit tu sah-sah ada signboard besar (cam picture kat bawah tu). Of course I cuak OK...mmg I tak turunkan cermin pun, I tunjuk arah ke kanan...then dia buat2 tak dengar, dtg tepi tingkap I pulak...alhamdulillah ada kereta dtg n queue di traffic light...so dia pun terus beredar.





He's so happy bila 3 jawa rangers dtg rumah nenek. Tak mau tido, keje nyer cium aja si Nain. Suka main dengan Nain sbb Nain aje rajin layan dia.





And today atok masuk Hospital Kajang. Akak I hantar sebab dia cuti, esok lepas operation I pulak yang gi ambil sebab dia ada kelas n Hakam ada traning di Melaka. We hope ayah is OK and fast recovering.

Next Sabtu, my mum asked me to send Hakam to KLIA. Dia ada trip ke China kann...so, boleh la takkan nak suruh ayah drive pulak kannn...

That's all for today. Perut I sakit pulak ni...salah makan kot!

Thursday, January 26, 2012

Day 7

Happy Birthday Daddy...we miss u so much!








Mummy demam...layan gambar je la...

Wednesday, January 25, 2012

Day 6

Hari ini hari byk berfikir kepada Mm. Maid Dd mmg buat Mm naik hantu. Boleh ke tgh kemas brg kat rumah Liyana, sibuk tanya pasal hamper dia. Mmg bertemu ruas la kan...I bebelkan dia 1km. Dah la org suruh kemas tak kemas, letak hamper merata, tuptup kalau org dah mkn redha shj la. Aku yg simpan hamper kau dlm bilik elok2. Dlm hati makin terserlah sikap dia yg sgt particular tentang brg kepunyaannya. Ptg hari anak Dd sibuk nak main dlm bilik maid. I follow, mula dia ambil surah Yassin dlm plastic beg. Dlm plastic tu ada kotak kasut, which tak patut la kannn...later I terperasan ada tisu, eiiii so disgusting ok...apa lagi hati I bagai dirasuk hantu memarahi anak Dd. He's the one yg kena marah teruk2....I pukul kedua tgn dia.

Bila fikir balik, apa yg I buat 50-50. Stress tak tentu pasal...meroyan pun ia kot...but I let maid knew apa yg salah ptg tadi hingga I marah betul...cuma 1 way communication aje...hikhikhik

Ini cerita anak bujang Dd. Balik Tesco nak tolong atuk n uncle su assemble rack.



Nak kata byk membaca mcm atuk tidak la, tp dikoyak-koyak newspaper tu...mata atok bulat ok...


Ni sesi belajar berus gigi...ketika mandi petang.


Ni keletihan tidur, tu pun jenuh pujuk sbb lawan mata mengantuk dia.



Tuesday, January 24, 2012

Day 5

Buat report...routine work plak dah tetiba...



Dahi junam kat lantai toilet sbb sibuk nak join Mm yg diva ni. Tp Mm kan dah dilatih, setakat nak lari n rescue azizi ni insya Allah boleh.






Main belon....pki baju baru tu Dd.



Tido time Dd call informed 'I dah sail away ni...' hape punya Dd...kalut letak phone...ha sekarang langsung tak bole call ckp dgn kami...g ckp dgn nemo kat laut tu...penting sgt la x'mas tree dia tu kan..menyampah...



Ni mengamuk lepas lempar laptop angry bird kat Mm, dah tak bole buat ikut hati & perasaan dia kannn...



Selamba anak Dd dok atas beg atok...nasib tak penyek mcm pancake...

p/s: takde cara bole chatting ke kat kapal tu di mlm hari? tinggal komen I pun boleh buat. lagi 1, pasal YM kat phone I ni tak boleh login...outdated apps ke?

Monday, January 23, 2012

Day 4

Laporan bergambar...ekekekke anyway Happy CNY di tepi pantai Labuan.



Dah pandai respond dgn lagu ABC.


Mmg suka kemas brg dapur.





Jalan semakin tegap. Sekadar nak tarik tgn org suruh ikut jln2 tu dah jadi norm.

Sunday, January 22, 2012

Day 3

Azizi makin ligat, habis semua brg dicubanya. Favourite item tepon umah nenek.





Kalau ke dapur, habis semua brg nak test angkat, etc...tudung periuk pun smp ke ruang tamu diangkutnya.


Mlm menangis bila terjaga dr tidur....terkenang Dd kot...sibuk suruh buka wardrobe, mkn kacang...bila sapu minyak kat perut baru tersengih dan tido. So not 100% teringat kat Dd.




Saturday, January 21, 2012

Day 2

Hamboiii...byk komen jgn recycle gambor...padahal belum pernah upload pun I gambor tu.

Ok, jumaat yg indah petangnya... elok berenang dlm tub mandi time I balik.

Pastu sibuk main printer atok, kertas uncle su....





Nenek kata azizi jatuh sendiri ketika jln laju2 keliling coffee table...bibir luka sikit, bhgian bwh, center...


Mlm asyik nangis, hampir terjatuh sbb main pinggan plastik dan sendiri pijak..selain tu suka main bekas sabun.

Akhirnya I ikat semua pintu kabinet, letak sabun dlm toilet. Harap dpt mengurangkan konflik antara larangan dewasa-kehendak kanak2.

Friday, January 20, 2012

Day 1

Ok, daily report to Dd yang nun jauh kat Sabah tu.
Maid Dd tak gosok tudung Mm betul2...tgk ada kedut tu....



Pagi ni drive gi keje dgr lagu Tiada Lagi nyanyian Amy, volume 10...hehhehe

Dan baru smlm Mm tau kalau nak align tayar, make sure engine is on..kalau tak nak lurus tayar sgt susah...haiiissshhhh
er...Mm pakai smartag Dd...jumlah masih bykkan...ekekkek




Bila tiba di Sunway Semenyih, ada hamlau Accord ni saja sakat City...

Tetiba rasa geram yang amat...apa kata Dd belikan Mm cam K'Ros ni...



er, mcm pandai bawa kannn...kalau dapt golf pun ok...apa je la...ekekkeek

baru org tak acah-acah bini u...


cerita baby Dd pula...

Jalan dah makin laju....semalam menangis sambil tunjuk-tunjuk cermin...

nape tah...so letak baju Dd...minum susu & tido...



Lupa nak ambil latest pic as yesterday....

Thursday, January 19, 2012

Taller

Cakkkk...jom ambil pix kat pokok x'mas...ye arrr ingat Dd je boleh nyebut x'mas tree kat tgh laut tu...


Ehhh...sama tinggi la dgn org snow tu Azizi...




Sorry yea Mm...kalau nak samakan I dgn snowman...I nak merajuk..I jalan ni...jalan ni...merajuk...I'm taller than snowman...


Sorry la Azizi...tak kira merajuk jugakkkk...


Moral of story: kuat merajuk macam Mm...ekekkekeke

Wednesday, January 18, 2012

Aki @ IJN

Siaran tertunda, lama benar dah sekitar bulan Disember 2011


Aki sakit kepala...rupanya denyutan jantung dia semakin lemah...hanya sekitar 20-30 denyutan setiap minit. Manusia normal? Hum...since I'm not a doctor...range denyutan sepatutnya between 60-80 seminit. Betul ke? Salah tolong betulkan.



Dd agak penat...rush to office and hospital.




Tunggu Aki keluar dari lab...pasang pacemaker




Baru selesai procedure pasang pacemaker kat IJN




Membayar la tuan....tapi jumlahnya masih tidak mahal...sangat la dinasihatkan mereka yang berkunjung ke IJN...tolong parking di tempat yang disediakan...open parking or covered parking...harga sama...jangan menyusahkan pengguna jalan Tun Razak...kalau tak nak bayar parking, tak payah melawat oranga sakit kat IJN...orang sakit pun nak berehat

Now...Aki dalam tempoh pemulihan...but he's looking better from day to day...insya-Allah akan sihat seperti selalu kembali.

Tuesday, January 17, 2012

Garret Popcorn @ KLCC

Macadamia Caramel Popcorn. Size medium. RM36 shj.




Time nak byr tak cukup duit, pusing belakang dan jerit...bang duit tak cukup! Hehehe

Second time beli, Dd campur caramel dan cheese...sedap jugak cheese tu...ibarat makan twisties perisa cheese...


Must try everyone!

Monday, January 16, 2012

Congrats Najwa




Sangat cantik rakanku ini...selamat berumahtangga & semoga kekal hingga akhir hayat.

Nursing Room @ Isetan KLCC

Mm pun heran bila ada parent tergamak letak anak-anaknya di nursing area ni while diaorg sibuk shopping.

Kebisingan tempat ni sgt la mengganggu pengguna lain, smpkan segala benda mereka test. Pintu Mm pun bantai ditolak, panas hati jugak la coz my baby boy merengek tak boleh nak tido.






Wahai ibubapa sekalian, awasi anak anda. Jika menyusahkan, jgn bawa mereka ketika nak shopping sakan. Kalau tak boleh jugak, jgn beranak ramai. Keselamatan anak adalah tanggungjawab ibubapa. Kalau anak hilang atau diculik, nak salahkan siapa?




So, Mm...better you take note about this. Katanya KLCC ada juga bilik breastfeeding yang besar di Concourse level, terletak bersebelahan bilik sembahyang. I will drop by one fine day....hehheheh

Friday, January 13, 2012

Club Med (Part 6)

As promised, ni adalah siri terakhir cerita percutian di Club Med Cherating pada tahun 2011.


Ni dah check out, pukul 11 kami kena loading segala beg ber'zip' di luar bilik untuk diangkut oleh mereka ke main area Club Med. Kami biarkan stroller utk diangkut oleh mereka jua. Hanya beg berisi laptop dan trolley kecil berisi makanan Azizi shj kami bawa sendiri.


Errr...you all tak perasan ke baju 88 kami? Baju Club Med Cherating ni...baguiiihhhh perabih duit kat store dia. Hum...walau after discount, to me still mahal. At first nak cari baju utk Azizi je but at last Dd and Mm pun ambil seorang 1. Tapi kami colour sama....nak samakan Azizi takde plak pilihan.



Satu-satunya gambar bertiga bukan dalam simpanan Mm. So kena tunggu Dd upload kat blog dia la pasni.

As conclusion:
1) Percutian yang mengujakan dan seronok
2) Thinking nak pergi Club Med di Pulau Maldives (betul ke ejaan) suatu hari nanti, tempat lain food yang serve tidak halal
3) Sememangnya bila dah check in tu tak perlu nak gi luar dah...setakat nak beli tuala wanita pun store mereka ada sediakan. Hahhahah...pengalaman sendiri ni!
4) 3D2N tu macam pendek je...maybe kena pergi 5D4N kalau nak main semua games...dan cuba elakkan pergi time dekat-dekat Christmas..ramai sangat orang la...tu je...
5) Kalau anak kategori baby tu...as mother you still not 100% enjoy or rest...so kalau nak best sikit pergi bila your children dah age 5 years old and above


Itu sahaja...opsss...Mm ada beli firdge magnet peta lokasi Club Med di kawasan Asian...lain kali la kalau nak tengok magnet harga RM21.90 tu...


Anyway...thanks my dear Dd as you brought us to this exciting place.

Thursday, January 12, 2012

Tangan Kanan

Tangan kanan Mm telah memukul tangan kanan Azizi pada 11 Januari 2012, pukul 8.45mlm kerana main tong sampah dapur.



Pukul sepenuh hati dgn niat utk mengajar dan ingatan. Dan sesunguhnya Azizi menangis kesakitan dan mengerti perbuatan itu salah sbb bila basuh tgn dia respond dah.

Club Med Cherating (Part 5)

Huiiiissshhh...jenuh jugak la nak perabih cerita Club Med nihhh....sebelum jadi tukun, sebelum Dd sound lagi 1x...Mm pasti hanya lagi 1 episod akan datang sahaja...ekekekek syok la korang coz penantian mmg menyesakkan kepala kannn...

Ok...kali ni anda bakal dihidangkan dgn scenery sekitar Club Med...


Wokehhh...ini private beach di Club Med Cherating...berada di balik bukit yang tinggi dan di teluk....untuk ke sini, kena naik choo-choo aka mini train mcm kat Zoo Negara tu...FOC la yea...setiap setengah jam akan ada pick-drop kat stesen yang telah ditetapkan...


Kawasan ni juga adalah tempat preferable utk kanak-kanak bermain air laut, aktiviti kayak dan sebagainya...kalau datang ketika bukan musim tengkujuh, katanya keadaan air di sini adalah lebih tenang...yelah, dok kat teluk gituww


Muahh..muahhh...muahhh...sini ada restoran yang menghidangkan food sama kat tmpt penginapan...kalau tak salah sebelah mlm pukul 7.30 dan 7.45 pm trip perjalanan choo-choo...tak plak kami mencuba...Azizi kecil sangat coz lalu di celah-celah pokok hutan...




It's bird...walau tak edit yang penting fotographer tak terror ni berjaya dapat meng'capture' aksi bersahaja mereka berdua...


Informasi keadaan air laut memang sedia di papan ni...tinggal baca atau tidak sahaja...in fact bendera juga dikibarkan sebagai panduan kepada pengunjung...waktu ni bendera hitam...mmg dangerous kawww-kawww...


Ha...ni plak kat pantai tempat penginapan kami...pagi ni...ramai tidur lagiii...on the way ke tempat makan, kami decide guna jalan tepi laut...suka-suki je bagi nama kan....well, you know me...


Suasana cam na hujan, mmg menguji stamina anda yea...kena buka langkah kalau hujan turun dussssssssshhhhhhhhhhhhhhh gitu...!


Nampak tak bukit kat belakang tu...disebalik bukit tinggi tu lah terletaknya private beach tu...tgk air laut yang dushhhh...ganas betul...tu pasal takde org gatal nak main air kat sini...


Seorg pengunjung je yang jog tepi pantai...seorang drp 600 orang...punya la kehidupan tak sihat...kami ni kategori jalan-jalan...mende bakar lemaknya...


Ha...kat sini la tempat semua aktiviti di jalan kan...hijau je kan...i like...sejuk mata i tau...


Yang ni plak rumah penginapan...mmg sejuk mataku memandang...ekekekkeke