Monday, October 10, 2011

Bekerja & bercuti di Cameron Highlands

Sangat taxing tapi sangat seronok kerana dapat juga bercuti bersama Dd & baby Azizi. Walau masa terhad untuk spend bersama menikmati panorama Cameron Highlands, namun sangat berbaloi. Penat di badan pun belum habis lagi, baby Azizi pun demam mungkin keletihan memandangkan asyik keluar masuk bilik hotel, ditambah lagi suasana sejuk dan hujan ada ketikanya.



Malam Sabtu makan steamboat, sangat sedap. Halal wokeh...dah la sayurnya fresh, kruuukraaap bunyinya. Pastu sup dan tomyam tidak mengecewakan. Satu kepala RM23 nett. Kedai mana? Lupa namanya tapi kedai itu terletak betul di sebelah Hotel D'La Fern.


p/s: Thanks Pn. Awatif....belanja kami makan. Semoga Allah murahkan rezeki Puan lagi....


Ni pergi melawat .....teka sendiri la. Kami bekerja di hari Sabtu....


.


.


.


.


.


.


.


.


Tak tau kat mana?

Cuba pic separuh kat bawah ni...agak-agaknya kat mana?



Sangat bertuah kan....pernah masuk TV3 pun....kagum kauwww



On the way balik, hujan selebat-lebatnya. Sangat risau coz kami semuanya perempuan. Siap pesan bos suruh jangan laju-laju sangat. Kira bos semua guide kami, ada di depan & belakang.




Banyak kejadian tanah runtuh. Sangat takut, depan mata tanah tergolek, tanah melurut turun, tanah runtuh, sangat takut....


hum...dimana salahnya manusia?



Pagi Ahad yang dingin...sejuk kauwww. Bukti baby Azizi dah sampai Cameron Highlands.




Makan strawberi ais krim di kedai YS, Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Sesiapa yang mementingkan kebersihan dan Halal, sila datang ke Taman Sedia untuk mendapatkan strawberi segar hingga ke produk strawberi yang lain.



Scone strawberi. Not bad...harga RM3.50




Seminggu lagi Dd nak outstation. Manja je korang berdua yea...



Di Smoke House Cameron Highlands. Interior design sangat English style. Ke sini untuk merasa scone yang paling di recommend oleh orang ramai.


Perasan tak kerusi Ikea? Dah le baby Azizi model tak berbayarnya. Padan la mahal barangan Ikea, sampai ke atas bukit produknya.



Scone ini sangat rapuh & lebih buttery berbanding scone lain. Dihidangkan dengan cream dan strawberi (bukan jem bodoh yea...). Sebab tu harga tak hingatttt...RM25 untuk 2 scone dan satu cawan teh.



Comot sudah...makan je apa Mm kasi.

No comments: