Friday, October 28, 2011

Refuse to drink milk

Tengok....dah mengelepek coz almost 13 hours tak mau minum milk from bottle.



Baik ebm or S26....semua boh layannnnn.

Really made Mm in desperate situation.

Ya Allah, berikan semula nikmat baby Azizi untuk meminum susu ibuku dan terus meminum susu S26 sekiranya keadaan memerlukan. Amin.

Thursday, October 27, 2011

tEnSiOn

Lately, Mm totally down...

dulu siap tenangkan member...

tapi now Mm plak yang tak keruan...


Mental sentiasa berfikir...

tapi tak jugak positive nyer...


1 hal pasal markah hujung tahun...

2 years in row marks given not from kumpulan M


1 hal pasal admin works...

semua nak lepas tgn, suruh aku jadi urusetia kannn...

nak gi kursus pun suruh aku...

nak kenderaan pun suruh aku...

ada masalah rekod peribadi pun aku...

gemok la semua Mm kena wat


1 hal sub bidang sekarang...

tak termasuk pun bawah ekonomi


Damnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!


Tapi kpi Mm sama je dgn pegawai lain....

If mengeluh, tak ke mana...

Have to voice out, hummmm

Monday, October 24, 2011

Lampu

Weekend yg penat, tp sempat lagi teman MIL beli lampu & kipas di Puchong.



Kipas transformer....lama dah di pasaran tapi Mm baru tau je baru-baru ini.



Tekan sendiri suis kalau nak tgk cantik atau buruk.



Puan punya rumah....beruntung kau dek non, ada orang bayar segala interior.


Puan tukang bayor....kepit beg baik punya!

Sunday, October 23, 2011

Pemakanan Lengkap & Seimbang

Saturday life at Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Sampai pukul 11.30pagi, ambil no...ehm...org ke 12. Ni muka boring tunggu giliran:



Org ramai sangat, maklum shj doc Azam ada....oppssss, dah bising so join parent dok menebeng kat kerusi hospital plak:



Jumpa doc Atikah around pukul 12.55 tghari. Kena jab pneumococcal for 2nd dose. Berat tak naik, maintain 9.4kg.

Apa lagi, Mm mengadu la baby Azizi dah trauma tgk botol susu. Sanggup puasa smp Mm balik opis. Rupanya susu Enfalac HA tu pahit, tak tipu coz Mm rasa. Pity baby Azizi, paksaan yg tak betul by parent mengakibatkan terus refuse susu dalam botol. Doc inform kalau dia tak nak, kita hanya perlu gantikan dlm bentuk yg lain contohnya ikan bilis dicampur dlm bubur, yogurt pun ok, cheese & supplement sepanjang 1 minggu Mm masuk hutan nanti. For temporary, cuba susu ni & if negative reaction doc Atikah akan buat plan pemakanan utk baby Azizi.



Dah survey harga, 1 kotak dlm RM 35+.

But doc Atikah advice susu Mamil Gold, ada immunoforce & 5x DHA. Anyway kami decide try sample susu S26 tu dulu la....

Saturday, October 22, 2011

Apple

Bukan nak cerita "An apple a day can make a doctor away".

Tapi... "Apple today make my Dd away from us".

Tak percaya? Nah buktinya....




Thursday, October 20, 2011

Minggu training FM

Bermula hari ini, Mm teguhkan hati dalam menyesuaikan FM utk baby Azizi.


Dia pun mcm dah trauma, bila maid sua susu dalam bottle...


Mulut tutup ketat-ketat...


Siap tolak botol pakai tangan...


Hati Mm gundah gulana jadinya...


Tapi kalau lambat training, susah nanti kalau Mm masuk hutan...


Ibarat pesanan Aunty Long, tin pertama utk pembaziran ke arah latihan...


Mari aminkan doa Mm...


Ya-Allah, permudahkan urusan baby Azizi untuk belajar minum susu formula, berikan kesihatan tubuh badan yang baik dengan meminum susu tersebut, hilangkan rasa dahaga dan laparnya apabila meminum susu tersebut dan teruskan dia meminum susu badan mummy nya apabila mereka bersama.

Amin.

Wednesday, October 19, 2011

It's FroYo time

Thanks Dd belanja kami makan Tutti Frutti....

walau dapat 20%off sbb Mm (Tuesday = Ladies Day).....


Mmg susah nak ajak bergambar...





Cute kannn....





Interior design yg mmg elegance...

mahal sbb kos ubah suai kedai tinggi nii pada hemat Mm la


Rasa?


Tuesday, October 18, 2011

Pasu

staff: Puan, K'***1 dah cakap.

saya: Nanti kalau tak nak, bagi tau saya yea K'***2.

staff: Puan, K'***1 dah cakap.




Marah K'***1 sbb saya pun nak vase yang dia dah booking if my bos tak nak.




Sebenarnya, saya pun malas nak kumpul barang,

tiada rumah tetap susah nak berpindah jua nanti.

Hanya minat dari jauuuhhhhhh.....

Monday, October 17, 2011

Susu

Dilema seorang mummy.....

anaknya reject susu formula....

sudah di cuba Enfalac A+ HA.....


juga Pedia Sure Complete perisa Vanilla....



aduhai si anak tetap menolak....

hampir semua makanan kemudiannya ditolak....

difikirkannya susu yang tidak enak.....



Patutkah mummy dia bangga....

si anak hanya iktiraf susu ibunya....

soalnya hati mummy akan masuk hutan 1 minggu....

bekalan susu tidak mencukupi untuk si anak....



Aduhai si anak....

cuba mengerti kerungsingan hati seorang mummy....

minum lah walau sedikit supaya tidak lapar dan dahaga....

beri sedikit kegembiraan pada mummy....

supaya mummy tenang untuk ke hutan....



Bukan mummy berseronok....

mummy ke hutan demi sesuap nasi kita....

entah langit biru, hitam belum pasti....

tapi setiap saat akan mummy terkenang....

pada si anak yang berada di rumah....



Minumlah anak....

Jangan buat mummy sedih untuk ke hutan....


p/s: Ada cadangan susu formula yang enak untuk dijadikan supplementary pada baby Azizi?

Friday, October 14, 2011

Sayur-sayuran Organic Dari Cameron Highlands

Alhamdulillah...Dd managed to visit organic farm at Cameron Highlands (CH)


He learnt a lot from to prepare 'baja', planting vegetables, secret of planting vegetables and so on....click here to read more.






The price cheaper than KL area, of course...


Still able to pay for it....I strongly advice to all of you...


if you have opportunity to be in CH, just buy organic vegetables instead of ordinary vegetables sell at Pasar Malam or Kea Farm or stall along the road...


example for 1 pack of sawi batang putih: organic is RM2.60 while ordinary is RM2.50 (4 packs is RM10)





You may find it at this shop, in the fridge wokeeehhhh....

Thursday, October 13, 2011

Banana Leaf Dinner

Uncle Vijay baby Azizi menang Pertandingan Foto 1Malaysia. Dapat hadiah baik punya, so geng kami minta dia belanja "Banana Leaf".


Set punya set, masing-masing terlalu sibuk mengalahkan nelayan yang kena turun ke laut. Akhirnya, selepas Uncle Vijay balik dari LC, dek kerana sayangkan kawan-kawan dia pun belanja kami semua di sini:



Kami antara yang awal sampai. Baby Azizi tak keruan sikit bila tengok dia duduk di kedai makan tapi tak makan. Kami pun order air dan apam 1 untuk dia. Siapa kata baby Azizi tak pandai layan makanan kat sini. Beria-ia dia makan ko.....


Siap marah Dd makan keropok dia....maklum saja aunty & uncle dia semua bagi dia muka, panggil dia chairman....sayang sangat kat kamu tu...



Baby Azizi ni kenal 2 groups of people je, 1 geng mummy dan 1 lagi geng daddy. Muka yang sama, tu dia maintain cool je. Kalau tidak, meragam la apa lagiiiii....



Antara tips makan atas daun pisang, kena lipat...kalau lipat ke atas bermakna tak mau datang lagi...kalau lipat ke bawah kira nak datang lagi....bising soal uncle Vijay itu ini...kalut la kami semua...


Kami dah balik...baby Azizi dah genyeh mata sebab ngantuk....

Kepada yang belum pergi LC, sama-sama kita berusaha supaya lulus dgn jayanya!!

Wednesday, October 12, 2011

Acar Strawberi dan Jem Strawberi

Memang sedap....


nasib membeli ianya!





Dd pun suka makan....

Hai...hari-hari makan benda berasaskan strawberi...

Tuesday, October 11, 2011

Halwa Strawberi

Sedap rupanya.....


tapi kalau penghidap kencing manis, kena banyak minum air coz mengandungi gula...




Pilihan yang lebih value for money, tahan lama cket berbanding strawberi segar.

Monday, October 10, 2011

Bekerja & bercuti di Cameron Highlands

Sangat taxing tapi sangat seronok kerana dapat juga bercuti bersama Dd & baby Azizi. Walau masa terhad untuk spend bersama menikmati panorama Cameron Highlands, namun sangat berbaloi. Penat di badan pun belum habis lagi, baby Azizi pun demam mungkin keletihan memandangkan asyik keluar masuk bilik hotel, ditambah lagi suasana sejuk dan hujan ada ketikanya.



Malam Sabtu makan steamboat, sangat sedap. Halal wokeh...dah la sayurnya fresh, kruuukraaap bunyinya. Pastu sup dan tomyam tidak mengecewakan. Satu kepala RM23 nett. Kedai mana? Lupa namanya tapi kedai itu terletak betul di sebelah Hotel D'La Fern.


p/s: Thanks Pn. Awatif....belanja kami makan. Semoga Allah murahkan rezeki Puan lagi....


Ni pergi melawat .....teka sendiri la. Kami bekerja di hari Sabtu....


.


.


.


.


.


.


.


.


Tak tau kat mana?

Cuba pic separuh kat bawah ni...agak-agaknya kat mana?



Sangat bertuah kan....pernah masuk TV3 pun....kagum kauwww



On the way balik, hujan selebat-lebatnya. Sangat risau coz kami semuanya perempuan. Siap pesan bos suruh jangan laju-laju sangat. Kira bos semua guide kami, ada di depan & belakang.




Banyak kejadian tanah runtuh. Sangat takut, depan mata tanah tergolek, tanah melurut turun, tanah runtuh, sangat takut....


hum...dimana salahnya manusia?



Pagi Ahad yang dingin...sejuk kauwww. Bukti baby Azizi dah sampai Cameron Highlands.




Makan strawberi ais krim di kedai YS, Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Sesiapa yang mementingkan kebersihan dan Halal, sila datang ke Taman Sedia untuk mendapatkan strawberi segar hingga ke produk strawberi yang lain.



Scone strawberi. Not bad...harga RM3.50




Seminggu lagi Dd nak outstation. Manja je korang berdua yea...



Di Smoke House Cameron Highlands. Interior design sangat English style. Ke sini untuk merasa scone yang paling di recommend oleh orang ramai.


Perasan tak kerusi Ikea? Dah le baby Azizi model tak berbayarnya. Padan la mahal barangan Ikea, sampai ke atas bukit produknya.



Scone ini sangat rapuh & lebih buttery berbanding scone lain. Dihidangkan dengan cream dan strawberi (bukan jem bodoh yea...). Sebab tu harga tak hingatttt...RM25 untuk 2 scone dan satu cawan teh.



Comot sudah...makan je apa Mm kasi.

Friday, October 7, 2011

Cameron Highlands

Kami on the way to Cameron Highlands (CH) ketika ini. Mm ada kerja nak kena buat while Dd akan berehat sambil menenangkan minda. Baby Azizi dan maid pulak dapat bersejuk-sejuk dalam cuaca sejuk CH.

So, info tempat yang menarik dan boleh dilawati Mm dah tolong cari. Terpulang pada Dd. Yang paling Mm suggest adalah:


  • Cameron Organic Produce Farm, Brinchang untuk tengok proses tanam sayur organic

  • Taman Agro Al Mashoor, Kg Taman Sedia, Tanah Rata untuk semua hal berkaitan strawberi

  • Smokehouse untuk afternoon tea & scone

  • Bharat Cafe - Teh Tarik (TT) session

  • Mardi CH

  • Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran atau buah-buahan sebelum bertolak balik KL

So, lawatan Ahad adalah terpulang kepada masa. Maid aku kalau dapat jalan kat Mardi pun kira baguih daaaa...

Thursday, October 6, 2011

Morning bluessss....

Buka mata, masak bubur untuk baby Azizi.



U all rasa boleh kering ke pinggan, mangkuk, periuk, cawan, etc kalau main longgok je kat bekas tu? Mm punya pendapat perlu ada skill, so kering molek je msk kabinet dapur terus di pagi hari, tak payah nak berlap bagai.



Maid Mm ni, sejak Mm kecilkan air di dapur, dia bantai cuci baju baby Azizi kat bilik air. Gini la rupa dia....so Dd, camna nak resolve masalah ni?

Wednesday, October 5, 2011

Minta duit

Mm pening kepala bila mana time nak buat party @ makan-makan kat opis aje, mesti ada pihak yang berkecil hati, muka masam, buat perangai tak mau bayar, tak mau makan, tak mau itu ini.


Penat la weiii.... job scope aku bukan nak dengar segala benda tu, yang penting majlis berjalan dengan lancar. Apa yang korang sedih-sedih tu terpaksa Mm tolak mentah-mentah, kalau idak tak siap le kerja.


Cuma...yelah, tiap orang ni macam-macam ragamnya. Jangan sampai kita menagih simpati orang tiap kali nak organise majlis sudah. Kita sendiri perlu memberi sumbangan wang dan tenaga dalam menjayakan majlis tersebut.


Mungkin betul kata kawan-kawan Mm, orang Malaysia ni suka dengan perkataan 'FREE'.


mode: kepala serabut berfikir .....

Tuesday, October 4, 2011

Anak susuan

Mm memang tak ready wokey....


sangat tak ready kalau ada yang sudi nak jadi anak susuan Mm....


bila dia minum je susu Mm....


dengan segera Mm halau dia....


macamana nak terangkan hubungan kau dengan baby Azizi....


Siapa kau?


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

....entah Encik atau Cik atau Puan....

bernama semut....

Monday, October 3, 2011

Happy 13th months birthday




Perkembangan you sangat membanggakan, dah pandai duduk sendiri dr pembaringan & mulut agak riuh.