Tuesday, June 28, 2011

JaM tAnGaN

Baby Azizi suka sangat main jam tangan Dd. Yea arrrr....jam tu semuanya berat, kot terlepas dr pegangan tangan kecil tu mau bengkak dahi or luka muka comel kamu itu yea.

Kot yang jatuh tu jam kuning atok, bole Mm adjust bagi sebab kena wariskan jam kuning tu pada kamu baby Azizi. Merasa juga kannnn....

Dan akhirnya Mm belikan ni utk sementara:



Mm masih dok pikir mana nak dptkan jenis soft toy bentuk jam....hummmm


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 24, 2011

fOr ThE rEsT Of mY LiFe






Finally, Mm managed to upload these to my blog! Feeling so gOoD at this moment of time! Maybe Dd boleh show Mm kisah ni bila dah tua nanti, kot nyanyuk boleh ingat kisah cinta kita @ 29yo & 34yo

Tuesday, June 21, 2011

JiMaT cErMaT

Since baby Azizi memang tak sesuai dengan kebanyakan diaper yang available kat market nowdays melainkan Mamy Poko, kami have no choice untuk beli dan beli juga Mamy Poko.
Memang agak leper poket Dd dalam hal ini.

Itu belum masuk kos makanan baby Azizi, sementelah Mm sangat particular yakni ORGANIC aje. Lagi berganda la kos makanan untuk si kecil itu. Contohnya kalau bayam sekali beli setengah kilo berharga RM6.00. Well, baby Azizi sangat demand ok, taknak dah cereal yang instant tu. We have to cook for him but oklah kan...biasanya yang instant tu dah process earlier and less nutrient contents. This morning pun Dd la pejuang chef di dapur seawal 5.30 pagi.

Dalam hal ni, tetiba Mm terpaksa menjadi pengguna bijak. Membeli barang yang benar perlu, harga berpatutan tetapi pada tahap kualiti yang baik.

Dan semalam, Mm terasa bengang sangat kerana shampoo Rejoice anti kelumumur yang dibeli di Tesco dengan harga RM10.90 tetapi masih boleh dijual di Mydin dengan harga RM7.90. Mm kalau dah rugi RM3.00 satu botol mula la rasa marah sangat. Kot yea nak kaut untung, biar la betul sikit.

Dan mengikut Pakcik Kedekut, kalau nak beli barangan berasaskan sabun sememangnya Mydin yang termurah.

Lesson learnt:
1) Mm kena beli barangan berasaskan sabun di Mydin.
2) Mm kena beli Mamy Poko pack jumbo sahaja berdasarkan tawaran terhebat oleh Tesco/ Care4/ Giant

Thursday, June 16, 2011

Supplement

Bila menyusukan baby Azizi, mmg Dr Hamid pesan ambil supplement tambahan untuk boost quality hidup Mm & baby, boost quality susu yg dihasilkan.

Last week, jumpa Dr Hamid since I'm feeling not comfortable at C-section area. Hasil scan alhamdulillah takde apa-apa. Doc happy since Mm still continue breastfeeding baby Azizi. Dan doc suruh Mm mengandung lagi, tak payah pakai protection since I'm not easily getting pregnant.

Mm positive but jauh di sudut hati nak breastfeeding baby Azizi until 2 years old. Then nak hadiri kursus 6 bulan. Setelah dicampur, tolak, bahagi, darab, kamiran....by age 35 I want another children. Kalau ikut kajian, after 30's normally the babies would be girl...hard to get boy. But sebenarnya rezeki kerana alam rahim itu penuh dengan rahsia kejadian manusia.

Wah....jauh dah bercerita, dah lari topik.




Bekalan daripada Dr Hamid iaitu pil kalsium, minyak ikan dan obimin. Selalunya ada juga vitamin c tp last week stok klinik habis.




Yang ni pula Dd la...ni masih dalam peringkat experiment Mm. Nanti kita share my experience....

Dd yang bersungguh, Mm biasa2 jew....hahahaa

Wednesday, June 15, 2011

Akikah Part 2

Alhamdulillah kenduri akikah baby Azizi selamat disempurnakan di Kg Air Tawar, Merlimau, Melaka.

Seekor lembu selamat ditumbangkan sempena majlis ini. Hanya 1 nama dan 1 tujuan. Lembu telah disembelih pada 03 Jun 2011, lebih kurang pukul 8.30 pagi oleh seorang imam di daerah Tiang, Melaka.



Renungan baby Azizi dan lembunya....tiada perkataan pun, mungkin lembu ni pun dah redha nak kena sembelih.

Difahamkan lembu ni mmg dah diasingkan di padang ni sejak sekian lama, mungkin nak beri dia lebih ketenangan.



Ramai budak kampung turun padang sama. Meriah betul kawasan ni. Pulak tu, 2 ekor anak lembu dtg memberi salam terakhir agaknya, menguak-nguak la mereka.




Lembu direbahkan sebelum sembelihan dilakukan. Ni picture terakhir sebelum Mm larikan diri ke dalam kereta.

Disebelah petangnya, aktiviti gotong-royong di rumah nek yang baby Azizi:



















Aktiviti proses daging lembu tadi.

Malamnya, sup tulang la juadahnya.

Kenduri pula diadakan pada 04 Jun 2011.

Ni pictures sekitar persediaan jamuan makan, masak sendiri + guna kayu api:

























Dan ini adalah pakaian rasmi kami bertiga:







Dan majlis cukur rambut/ jambul baby Azizi disempurnakan oleh imam masjid kampung:



Waktu ni mmg masih sporting, mode baguih lagi!!




Dah meragam bila turn nek yang.




Dengan nenek OK!



Gamaknya redha je kot, dah tak larat nak merengek.



Hmmmmm....marah Dd. Ala, cayang anak Mm. Kesian dia...



Dan ni posing dalam kereta on the way balik ke KL pada 05 Jun 2011. Penat dan kepala dah botak no.1.

Monday, June 13, 2011

Top up

Bukan keje Mm la nak jadi tukang beli or tukang sponsor top up maid.

Mula tu ada la rajin tolong belikan or tolong sedekah, my wise intention at that point of times were just to ensure if any emergency cases happened at home, she can miss called me!

Tapi, naik peha plak ... almost top up Mm beli tanpa perlu byr balik habis aje memanjang. Ko ingat aku ni ada agency top up ke?

At last, for safety reason Mm placed this phone at home during my working hours:




Dalam dok pesan jgn jwb mana2 panggilan masuk dan dia pun kata YA, ada juga dia bantai jwb panggilan telefon petang ni. Ni bukan kes tak faham bahasa sahaja tp degil.

Mm tinggalkan supaya dia bole call Mm or Dd kalau ada emergency, haishhhhh....

Friday, June 10, 2011

MaTa

Lately kesihatan Dd agak kureng. Pagi tadi on the way ke opis, Dd ada complaint sakit dada.

Mm kesian pada dia, a bit pressure lately.

Bila Mm busy di opis dan tak sedar MMS, rupanya mata dia bengkak sudah...





You can't have a better tomorrow if you are thinking about yesterday all the time, said by Charles F. Kettering.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 7, 2011

Risaukan Dd

Mm sangat terganggu. Really terganggu bila Dd informed yang dia sgt DOWN. Sampai Mm terpaksa minum air se'tumbler' untuk tenangkan fikiran.

Apakah ayat memujuk yang paling mujarab untuk saat ini? Ya Allah, apakah dugaan yang sedang kau uji kepada aku sekeluarga pada ketika ini? Adakah ini perasaan Dd bilamana Mm buka mulut utk QUIT dari jawatan di swasta dahulu?

Dan bagaimana Dd & Mm untuk .... Bagaimana pula dengan baby Azizi?

Mohon semua yang membaca mendoakan perkara yang baik-baik buat kami sekeluarga, amin.