Kali ni nak bercerita akan nama anak. Kenapa aku memilih nama Azizi?
1) Nama Azizi bermaksud kekasihku atau kesayanganku. Cuba pikir kalau 1000 kali disebut, wahhhh...penuh orang sayang anak aku kat dunia ni.
2) Dari pemerhatian aku, pemegang nama Azizi ini menyerlah karakter dirinya. Macam kawan Dd, macam Azizi Ali, macam kawan 1 batch aku....insya-Allah anak aku pun sama.
3) Nama itu bermula dengan 'A'....mewakili nama awal aku gak....mulanya nak nama anak tu S...A...sebab 'S' tu mewakili awalan nama Dd.
4) Nama mudah, tak lapok dek zaman. Senang nek yang kat kampung nak sebut dan ingat. Nama semasa sekarang ramai sangat nak letak, up to date gitu kan.
Dan ditegaskan di sini, nama Azizi tu bukan nama kampung...macam Dd suka cakap kat orang. Apa la Dd, tak bersemangat langsung!!!
p/s: Mode marah.....grggrgrgrggrrrr!!!
No comments:
Post a Comment