Well...wel...well...dulu kalau aku sibuk pasal Hard Rock Cafe, Hard Rock Hotel, sure mak aku kata membazir la dik. Tapi org muda mcm aku ni cara pemikiran lain. Selain muzik, jenama Hard Rock tu sendiri ada class tertentu pada mereka yang setia menjadi pengumpul barangan Hard Rock.
Aku start confuse sebab baru-baru ni mak aku boleh kata nak pesan apa sbb Ho Chin Min ada Hard Rock. Hai...bila plak mak aku pandai hal-hal berkaitan Hard Rock ni. Mungkin pengalaman membuka mata mak aku. Pucuk dicinta, ulam mendatang. Aku pun pesan la satu t-shirt....hehhehe...
Yang best kalau kita gi jalan2 ke negara mata wang lebih rendah dari M'sia, punya la best beli barang Hard Rock berbanding harga di Kuala Lumpur, murah wa cakap lu!! Cuba try tengok beli t-shirt di Bali dengan di KL. Berapa beza?? Tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment