Thursday, June 30, 2016

Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua. Lama dah tak mencoretkan cerita di sini. Dah nak masuk Syawal dah pun, sekejap sahaja rasanya sebulan berpuasa. Persiapan raya pun secukupnya sahaja, Mm cuba elakkan lebih-lebihan kali ini.

Balik kepada bulan Ramdhan, bulan yang sangat istimewa kepada Mm dan Dd sebab kedua-dua anak kami dilahirkan dalam bulan Ramadhan.

Kehadiran mereka melengkap, menceriakan hidup kami. Terima kasih Ya Allah memberi peluang kepada kami merasai tanggungjawab sebagai ibu dan ayah dalam membesar dan mendidik anak kami.

Banyak liku-liku yang kami tempuh, ada jalan yang salah, ada jalan yang betul. Umpama membuat eksperimen kepada mereka.


Bulan Ramadhan kali ini juga bulan di mana Mm berani buat keputusan menjaga mereka berdua ketika maid minta kebenaran menunaikan solat terawih di surau. Alhamdulillah Dd agreed dgn keputusan Mm dan kedua mereka sekarang boleh duduk secara harmoni di satu ruang, abg beri laluan adik untuk tido tanpa gangguan. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana precious moments itu diberikan saat Mm sendiri tak pasti keputusan dibuat itu baik atau bagaimana.


Mereka bff, akan berhenti nangis si adik bila letak di sisi abang. Abang akan terjaga bila adik kejut bangun tido. Kepada anak-anak Mm, ingat pesanan Mm yang adik kena hormat abg dan jaga abg dengan baik. Begitu juga abg kena hormat adik dan sayang adik.


Monday, June 6, 2016

9th Anniversary

Daddy yg partial romantic telah membeli sejambak bunga sempena hari ulang tahun ke-9 usia perkahwinan kami.

Last year bunga pink, this year red + 2 teddy
Jumlah kuntuman bunga 12.



Anyway, this time around ramai yang mendoakan kesejahteraan kami, terima kasih banyak-banyak. Semoga kalian jua bahagia di samping keluarga tercinta.