Hitungan hari berakhir, Allah Maha Besar dan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Pada 6 Januari 2016 (Rabu), sekitar jam 8.30 malam kami menemani Aqil mendaftar masuk ke wad kanak-kanak PCMC. Semua berjalan lancar dan Aqil dikehendaki berpuasa dari pukul 2 pagi.
Tepat jam 8.00 pagi pada 7 Januari 2016 (Khamis), kami mengiringi Aqil ke OT PCMC. Perasaan bercampur baur. Aqil tidak meragam walau berpuasa hampir 6 jam sudah. Daddy menemani Aqil di ruang menunggu OT, sejuk sangat. Dari luar Mummy nampak ramai yang datang approach mereka, termasuk team bius yang sama membius Mummy ketika melahirkan Aqil.
Bila Aqil diambil dari tangan Daddy, Mummy menemai nenek dan makcik aka helper beli breakfast. Kemudian perlahan Mummy mohon untuk pergi sembahyang hajat dan baca Yassin. Mummy terus ke Wad 6B-08, ambil wuduk dan terus solat hajat. Mummy mohon semua dipermudahkan dan berjalan lancar. Mummy mohon yang terbaik untuk Aqil.
Jam pukul 10 pagi, tiada berita maka Mummy terus turun ke ruang legar luar OT. Duduk sambil layan perasaan. Kemudian Daddy tunggu sama dengan Mummy disitu. Lebih kurang jam 10.35 pagi terdengar suara baby nangis, macam suara Aqil tapi bila Mummy intai ke dalam OT takde sesiapa. Selang beberapa minit selepas itu, datang seorang nurse minta salah seorang masuk tengok Aqil. Mummy penakut darah, maka Daddy kena paksa masuk. Mummy tunggu disitu sampai nurse ward ajak masuk sama untuk ambil Aqil kembali ke bilik.
Rupanya mereka ambil masa hampir 15 minit untuk kejutkan Aqil bila surgery selesai.
Aqil tengah tidur di atas bahu Daddy. Aqil steady dan sedikit pendarahan sahaja, still under supervision after that. Sampai bilik, masih tertidur dan bila cuba diletak atas katil, Aqil menangis tanda tak setuju. Maka berterusan Daddy jaga Aqil sampai waktu lunch, sambung semula hingga lewat petang.
Keadaan sedar Aqil on-off. Kami dinasihatkan supaya Aqil benar-benar sedar baru diberi air kosong sedikit. Jika tak muntah, boleh diberikan susu. Diaper masih kering. So far Aqil kuat, kadang kala menangis mohon dimanja bagi menanggung rasa sakit, kiraan Mummy. Lewat petang doctor H***I datang melawat dan update what he had done, alhamdulillah semoga Aqil terus di bawah lindungan Allah swt.
Selain Daddy, dia hanya beri kerjasama yang baik dengan nenek. Mendakap Aqil tidur di dada nenek pada malam harinya. Mummy dan helper tertidur keletihan, tak sedar pun nurse masuk pukul 2 pagi.
The next day, doctor N***R datang melihat Aqil. Dia kata boleh dah discharge tapi Mummy cakap keadaan Aqil kasi kuat sedikit lagi, kuantiti minum dia sangat sedikit. Doctor pun bersetuju pandangan Mummy. Jumlah kuantiti air yang Aqil minum sangat sikit. Tapi Mummy catat supaya ada rekod. Ada improvement dari day to day jumlah susu yang Aqil minum. Alhamdulillah akhirnya pada 10 Januari 2016 (Ahad) Aqil membuang air besar.
Aqil getting better and better now. Both doctor telah melihat semula surgery, semua masih dalam keadaan yang baik seperti yang diharapkan. Still we have to see both of them one month from now.
Insya Allah, cabaran ini Aqil dapat tempuhi dengan baik. Bertabah Aqil, terus bersabar dan kita bersama-sama berusaha memulihkan kesihatan Aqil. Mummy, Daddy dan semua keluarga mendoakan Allah swt terus melindungi Aqil, insya allah ada rezeki yang lebih baik akan diberikan kepada Aqil di masa hadapan.
Nota: Sila jangan bertanya apa sakit anak saya, sampai masa saya akan kongsikan jua tapi sekarang bukan masanya.