Semalam tepat pukul 3.30 petang, Dr Hamid sahkan I miscarriage.
Penerimaan better than before, kalau dulu dah menangis depan doctor. Semalam, dah la drive sendiri dari rumah ke klinik, balik pun drive sendiri. Sungguh tabah diri ini. En S bergegas balik dari X lokasi. Dan saya byk menerima ucapan daripada rakan-rakan yg prihatin.
Maka episode cuti sakit pun bermula untuk 2 minggu. Dan doctor minta untuk jmp semula selepas raya. Mcm tau2 je kami nak menambah.
Azizi? Rasanya dia dah tahu akan kehadiran org baru dlm uterus saya. Dia la yg teman saya baring semalam sementara tunggu masa untuk ke klinik.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Kisah mummy moden dengan 2 hero kesayangan, membahagikan masa karier, keluarga dan pendidikan
Tuesday, May 20, 2014
Wednesday, May 7, 2014
Assalammualaikum. Wah...dah lama tak berkesempatan menulis apa-apa!! Super duper busy kata hati. Tetapi menulis blog ibarat terapi kepada I tau...hahhahah...masa adalah batasan nyer, antara kerja di pejabat, memasak di rumah, bercerita dengan Azizi dan tido.
Anak bujang saya sudah semakin cerdik. Sekarang untuk ke sekolah, dia dah tahu bangun pagi, mandi dan pakai baju sekolah. Dulu pagi sure drama agak panjang. Sekarang drama tu mungkin awal tu sahaja, peluk2 cium, mandikan lepas tu cergas berlari balapan ke bilik lain utk pakai baju sekolah.
Dulu dari bangun pagi smp pakai baju sekolah macam berperang. Sabar yea mak-mak! Saja nak test kesabaran mak-mak. Dan I again suka cakap kat Azizi, nak dengar volume mummy naik 15 baru nak faham ke? Azizi fahamkan apa mummy cakap. Azizi boleh faham apa maksud mummy kan. So boleh tak kita discuss elok2 daripada meraung-raung camni, mummy pun penat tau!!! Terus senyap...hahahah...lawak bila difikirkan kembali.
Antara perkara lain yang berlaku bila dia pagi-pagi Sabtu & Ahad akan cakap kat I...mummy wake up...hambik kau...kena bangun pagi sbb anak kejut. Hahhahahah....
Gambar passport size ni Mummy ambil utk isi borang tadika. 1pic ever utk Azizi yang di ambil pose serious camni. Tapi rezeki Allah nak beri, alhamdulillah Azizi dapat seorang headmaster yang prihatin dan sedia membantu. Mummy happy dengan cara teacher Ita. Mummy harap Azizi berfikiran matang dalam menerima perubahan utk kebaikan diri Azizi jua.
Beberapa bulan kebelakangan ini, benar-benar menguji mummy. Mummy tempuhinya dengan baik. Banyak sisi yang perlu Mummy akui kebesaran Allah dalam membantu Mummy menguruskan Azizi. The magic of mother...betul ada pada tiap seorang ibu. Tangan seorang ibu itu sgt mahal. Jika anak itu bayi, bayi merasa comfort. Tapi kepada seorang toddler, dia nak mummy mandikan, masak makanan utk dia, suap makan, buat kopi, segalanya untuk dia. Bukan perhatian tetapi dia nak mummy tengok dia betul-betul sebab dia membesar bagai juara dengan kadar yang cepat.
Mummy tahu Azizi anak yang baik. Apa pun, banyak perubahan diri dan potensi diri Azizi untuk 5 bulan pertama ke tadika. Kalau orang lain berkata anak mereka menyanyi, cerita hal kawan, to Mummy it's ok Azizi belum pandai express rasa hati di tadika kepada Mummy. When time comes, I would love to hear it from you small mouth.
Juga kebelakangan ini, rezeki keluarga kita melimpah ruah. Semoga aturan kehidupan kita dibawah lindungan Allah swt. Insya Allah.
Nota: Mummy mencari org yang sanggup delivery cake & cupcake di tadika Putrajaya pada sebelah pagi. Anyone?
Subscribe to:
Posts (Atom)