30 Ogos tu actually I masih keje di office. Tak terfikir la plak jalan raya di sekitar Kuala Lumpur nak sesak baik pagi atau petang harinya. Balik rumah nun 30km away from Kuala Lumpur, tetiba terasa nak making sotong goreng ranggup. Hadoiii, nape tekak ni demand macam-macam lately? Selepas solat maghrib, maka berangkat la kami 3 beranak ke kedai Shahrin Low Cyberjaya. On the way ke sana, traffic semakin banyak menghala ke Presint 5. Yup, ada sambutan Ambang Merdeka.
Sampai di kedai terus order sotong yang menjadi idaman hati. Sotong butter ala chinese muslim food gitu. Telur yang halus tu my son kata mee, suka hati la janji nak makan. Tapi sotong tu jadi too dry, kalau gigi sakit mmg tak lepas la. Em...butter prawn better kowtttt...
Then order la jugak sup rumpai, bersungguh dia kata sedap. Penyudahnya suun, tauhu, kulat hitam tu je pun... ni kes I yang tak mau order fish, sbb my son dah makan before gi kedai. At last bungkus bawa balik je untuk my helper kat umah. Dah tu takkan order tomyam kat kedai masakan chinese muslim kowt...!!!
Yang ni plak sayur campur. Mmg sedap, sampai la ni I nak masak ala-ala ni pun blum berjaya. Smlm goreng sayur pun termasin. Boleh ke? Macam nak kena pinang sekali lagi je kau punnnn....
Agak my son dah makan follow je kitaorg gi makan, rupanya dia yang mengunyah non stop dari foodies sampai re-order butter prawn pulak sebab makan tak puas. My husband yang kena layan coz dia pilih dok sebelah husband.
Balik makan tu, I terus krooohhh...kroooh...tapi sempat cakap jap g jgn lupa tgk bunga api. Tepat jam 12 malam, dua beranak ni sempat nyanyi & joget lagu Happy Birthday kat I. Dalam mamai tu sempat balas msg my sister. Pastu terus sambung tidur.
Esoknya pergi KLCC, macam-macam nak beli sebab berkali dah tangguh pembelian atas alasan tertentu termasuk nak pergi TTMC. Rupanya TTMC tutup on public holiday. Terus brunch kat Madam Kwan. Owhhh...pagi tu sambung mogok malas masak....hahahhahah...bahagia kehidupan!!!
Harus order Nasi Bonjari dan helper aku order Bihun Sup. Yang bahagia makan of course my son, sebiji telur rebus untuk dia. lately ni kegemaran dia kicap dan telur. Makan la janji bahagia coz telur sumber protein yang tinggi. Baguih untuk tumbesaran my son jugak, selain keperluan susu S26 picky eater dia yang kami masih maintain sampai la ni.
Dan...lama dah tak beli sliper jalan-jalan, sekali ada jmp yang menarik dan tertarik. Pejam mata bayar dan dapat free membership. Baguih gak, 10% off bagi setiap pembelian yang takde sale/ promo/ seangkatan dengannya. Dengan kata lain 10% off utk normal price la. Tapi punya banyak kad I nak kena jaga dan bawa, nape la tak innovasi sikit, pakai IC kan senang.
Meh nak citer sikit, mana purse tak penuh kalau wajib ada dalam tu duit kertas dan syiling, IC, lesen driving, ATM card dan medical card. Pastu bila dah boleh pakai credit card, lagi kasi tambah gemuk purse. Pastu shopping kat Tesco, nak collect points kena swipe card Tesco. Pastu nak collect points kat Petronas station, swipe plak kad Mesra. Pastu nak collect points Mothercare, swipe plak card Parenting Privileges. Ha...apa kad lagi aku ada...meh aku tulis...IKEA, ISETAN, Watsons, Mom's Care, AEON, Adidas, ToysRus, Ramly, Hush Puppies, MPH dan Starbucks. Yang tak tuntut aku pakai card hanya Body Shops & Gap. Harap kedai-kedai di Malaysia boleh fikir-fikirkan kaedah terbaik di masa hadapan, bantu la kami pengguna supaya tak terbeban bawa kad ke sana sini. Pening kot nak jaga semua kad ni....
Biru tu seliper aku baru beli kat JB. Sedap kerana tak keras. Lately ni asal masuk kedai Crocs, tak berkenan je memanjang, kaki aku ni special sikit...tak tirus macam kaki org lain. Jadi keselesaan tu penting pada aku. Kau tengok la, camna aku tak suka JB sbb color kasut or seliper dia semua sangat outstanding. Aku pakai seliper biru tu, confirm org nampak kasut tu dari aku tuannya, hahhahahah!!
Dan, untuk Azizi...I belanja iPad mini menggantikan iPad2 dia yang berat tu. Dan my husband borong susu S26 PE dan Brut Bees body wash & shampoo untuk dia. Owh...tak lupa dapat excavator toy. Story pasal S26 PE dan birthday celebration Azizi akan menyusul selepas ni.
Akan cuba displin diri lagi untuk update blog, justify lebih 2x ganda ada iPad2 di tangan sekarang.