Thursday, September 29, 2011

Siaran tertangguh

Kami yang sedang decorate gerai bersempena Sambutan Aidil Fitri di pejabat.















Gerai tercantik dinobatkan. Tahniah kepada semua yang terlibat & tahun depan kita mesti kekalkan kemenangan ini, insya Allah.



Nasi ayam klasik diberi nama.

Wednesday, September 28, 2011

Lunch Box

Tajuk takde kena mengena pun dengan apa Mm nak cerita.



Inilah makanan Mm untuk lunch hari ini, nasi berlaukkan ikan goreng, sambal tempe + ikan bilis dan terung.



Harga? Mahal jugak pada pandangan Mm, terasa mahal benar selepas hari raya.

All in RM6.00


Namun, Mm sangat bersyukur masih diberi ruang masa menikmati kelazatan dunia.


Yang penting, makanan ini berkhasiat untuk baby Azizi dan Mm.


Semangat tak luntur dek kerana sangat menyayangi baby Azizi, gagah pastikan pola pemakanan seimbang dan sihat.

Tuesday, September 27, 2011

Room of improvement

Air


Lama dah aku perhatikan, maid aku ni kalau putar tombol paip air mmg terus pada flow rate maximum. Puas dah aku nasihat tapi degil, keras kepala, hati gelap. Tak kuasa dah aku nak nasihat. Sangat...sangat membazir. Pagi ni depan aku, selamba dia nak cuci tangan dengan flow rate maksimum, sangat bersih ke tangan bila air dibuka pada kadar maksimum? Aku rasa memang sampai bila-bila pun air tak akan cukup kalau maid kat rumah berperangai macam ni.


Solution: Need to adjust kunci air kat tempat tertentu.
When : Malam la....








Elektrik

Dulu tetiba bil tinggi. Dd dah ambil langkah proaktif dengan menyekat suka-suki maid Mm ni gosok baju memanjang setiap hari tanpa gagal. Namun, satu habit yang tak boleh nak dinasihat lagi adalah, tanggalkan plag mesin basuh dan sterika baju dari punca elektrik selepas digunakan. Susah sangat ke? Ini adalah langkah keselamatan. Jika berlaku apa-apa, habis rosak baru Mm. Ingat duit aku untuk beli barang je ke? 1 more info, biasanya lepas charge handphone orang tak switch off karen kan....sila la yea bayar bil sbb masih ada transmission karen pada kadar yang rendah.

Solution : Mm akan tampal notis besar-besar kat punca elektrik tu.
When : Bila jumpa marker + masking tape







TV




Kalau nak tengok orang tu jenis apa, tengok pada mode TVnya. Kalau dok standby tu, pemalas la orang tu. Keras yea bunyi ayat ni? Dah tu, banyak duit sangat sampai sanggup standby duit bayar bil elektrik tinggi sikit. Maid aku golongan ni. Kantoinya bila sampai je rumah, Mm akan check TV. Kenapa? Ada 2 sebab, 1 kerana suka dengar radio kat 8TV di siang harinya dalam kadar kuat, orang pekak badak je dengar sekuat itu dan ke 2 suka off TV dengan cara put on standby mode. Dulu lagi Dd & Mm decided no 8TV channel di rumah tapi sejak sindrom cerita Korea melanda di rumah & Ucu sangat confirm maid aku tak jumpa channel ni, do I have more words to say on this issue?







I hate to think a lot but I can't stop it! Plus, I found out my baby love to hear song rather than ....



Mencikkkk......

Monday, September 26, 2011

Stroller kuning

Sesiapa yg menjumpai stroller seperti di bawah, anda bertuah...



Mm pun confuse tetiba stroller ini tiada di dalam rumah pagi ni.

Saturday, September 24, 2011

Bila lama tak berjumpa .....

.... gembira dapat borak, gelak-gelak, ngumpat!!



He is one of our best fried. Kebetulan nama baby Azizi sama dengan dia.



Mungkin hati senang, berat badan naik sikit.
Hansem kan dia. Masih bujang.

Ada sesiapa berminat? Sorry, I bukan agent cari jodoh!!


Ini hadiah dia untuk Mm. TQ Azizi Senior.

Qoute balik kat nenek, "...cantik warna, combination biru dia, pandai pilih kain..."

Friday, September 23, 2011

kereta

Gaji bulan ni semestinya membayar ke kereta.


Tambahan lagi bila tayar harus ditukar. Botak sudaaaa......



Dan.....kerana kalut, Mm dah langgar tiang.

Kena hantar tampal & cat, kalau tidak berkarat pulaaakkkk......



Hmmmmmmmmmm .......

Friday, September 16, 2011

Warkah Hijrah

Dd,

Jadikan hijrah kali ini adalah perjuangan abadi. Jangan ditoleh sejarah semalam, Dd harus tabah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menempuh hari mendatang.

Dd harus kuat semangat, tidak kira apa badai yang melanda. Perjanjian kita adalah 5 tahun, gunakan ia bermula saat ini sebagai permulaan kejayaan & kebahgiaan yang telah kita rancang.

Baby Azizi akan Mm jaga sebaiknya. Semoga Dd kenang, tidak buta mata & hati atas pergorbanan kami apabila berjaya kelak.

Salam Sayang,
Mm

Thursday, September 15, 2011

Cakap-cakap selepas organise party @ Home

Both Mm and Dd ada pandangan masing-masing dalam nak organise dan hasil party bila buat di rumah. Below is my personal view but again semuanya bergantung kepada budget di kad ATM parents.

1) Kos makanan pun semakin melambung. So, kena very fokus dengan list menu yang akan dihidangkan.

2) Kos setup party pun tinggi, itu pun kami dah habis tawar-menawar

3) Need to really confirm people yang datang

4) GPS number must to check 3x more - kes kawan Mm sesat & Mm tak pickup phone

Owh ... looks like ada orang nak tau my budget & where to buy items for birthday party, so ....

1) White paper bag with base - Kedai Wakim

2) Soccer party bag - Party@World at Ikano, Mutiara Damansara

3) Coklat, sweets, softballs, chekedies - Kedai borong at Taman Melawati

4) Ballons - Balloon Buzz Party Center

5) Cake - Happyninie Cakes

6) Signage Happy Birthday - Kedai di Taman Melawati tapi sangat mahal dan di'advice' beli di Ballon Buzz lebih murah

As conclusion, nos 1 until 6 the cost is almost RM500.

Wednesday, September 14, 2011

Jersey Birthday Party Day

A big thank you to our families & friends who attended Azizi's birthday party last Saturday. We apologies should we make you felt uneasy or comfortable or ....., "We are sorry for that". So, these are some pixs that I'm managed to snap using my iPhone before the ceremony began.



Birthday boy with his beloved Daddy.




Ballons, table setup, cake, etc.



The cake....

most of them love it, not too sweet & the cream was so nice!



Tid-bits and Ikea plates, spoons, forks, bowl & cup.



Birthday boy with beloved Mummy.



I love you baby boy.

Thursday, September 8, 2011

Bila Dd diminta jaga Azizi


C ..... dia tidur!




Apa da ..... penat ke?


Kalau puasa di pejabat tak ngantuk,

tapi di rumah jumpa bantal pun salah yea!

Wednesday, September 7, 2011

Ciuman termahal

Azizi dah pandai jealous kalau Mm buat-buat nak kiss Dd. Dia akan datang dekat Mm dengan segera dan terus cium pipi Mm sungguh-sungguh.


Alahai...dah pandai bujang Mm. Macam Mm selalu detikkan di hati, muka sahaja sama Dd tapi sayang Azizi harus selalu pada Mm.


Maka, ada berani ke Dd rebut ciuman mahal Mm? Hehheheheh.....

Tuesday, September 6, 2011

Azizi selesema di usia 1 tahun

Semalam agak kalut Mm & Dd. Baby Azizi dah selesema more than 3 days tanpa follow by demam or batuk. Mm really kalut bila call Ahad doc Afifah still cuti.


Anyway, Isnin pukul 9.00 pagi call & confirm doc Afifah ada di KPMC. Wahhh...selaju mungkin kami pecut ke KPMC. Mm tengok ramai anak-anak di bawa ke klinik sebab tak sihat.


Jumpa doc Afifah, dia inform dia dah tua kena raya betul-betul & baby Azizi sakit sbg post raya celebration. Haiiyyaaa....doc catit segala keluh kesah Mm, check paru-paru...alhamdulillah CLEAR. Lega doc Afifah, begitu juga Mm. Berat maintain pada 9.4kg, tengok susut je bentuk badan bujang seorang ni! Pesanan doc Afifah:


1) Kalau nak sedut hingus anak, pakai alat sedut bukan pakai mulut. Mulut anda lagi banyak virus. Tapi aktiviti sedut-menyedut ni adalah secret weapon, yakni jalan terakhir bila semuanya tak jadi. Sebabnya sakit la mak paknya...hidung tu! Kekerapan aktiviti ni terpulang kepada keadaan, tapi jangan la smp tiap jam korang nak sedut yea...


2) Bila dah berusia 1 tahun, dah boleh mula makan Scott Imulsion. Er...korang yang lain sila dapatkan advice doctor dulu yea. Untuk baby Azizi, 10ml sehari. Kalau susah nak enjoy makan ala-ala ubat, boleh je bancuh jadi jus.


3) Ubat demam kena standby di rumah. Kekerapan nak demam/ selesema/ batuk lebih banyak. If suhu dah 37.5 degree C sahaja layak makan. Bukan rasa panas, sumbat ubat. (Rasa sebijik-bijik waktu ni)



Antara ubat yang dibekalkan oleh doc Afifah, dari kiri: ubat selesema, ubat titik bila hidung sumbat, vicks (ni Dd beli lama dah, sapu kat dada, belakang badan, hidung utk bertindak sebagai penenang).


Cuma...cuma...ni kira common sense yer, parents suka mandikan anak dia kerap sangat dalam 1 hari. Bukan ke bila dah selesema, bagi sejuk makin banyak masalah pada hidung?

Monday, September 5, 2011

Sarapan pagi

Mood raya masih berlangsung di opis. Suasana opis sungguh sunyi, ramai senior officer pun buat puasa 6. Tinggal la daku seorang sibuk nak breakfast kan...kan...dan inilah makanan yang sempat ditapau ke opis pagi tadi:



Dari kiri: tart nenas, biskut kacang dan samperit(terlindung).

Friday, September 2, 2011

Happy 1st Birthday baby Azizi




Frosting by nenek, sugar doll by secret resepi, idea deco by nenek, kek sponsor.



Kesian....letih smp tertidur. Btw baby selesema & Dd tukang sedut pakai alat ni: