Friday, October 30, 2009

Terima kasih..

Tahukah korang maksud terima kasih? Adakah korang sering mengucapkan perkataan ini selepas mendapat bantuan orang? Adakah perkataan ini hanya sesuai diucapkan setelah mendapat bantuan orang? Adakah korang terpaksa mengucapkan perkataan ini kerana ini kehendak majikan?

Nak tau nape aku nak ulas isu ni? Sebab aku harian orang muda sekarang dah tak reti nak jaga budi bahasa masing2. "Jangan sibuk hal orang, tengok diri sendiri dahulu., klise terbaik dari seorang teman".

Kes 1

Aku keje kat shopping complex. So, hari-hari memang confirm parking kat tempat berbayar. Cuba korang calculate, sehari RM6 dan kalau sebulan dah berapa? Aku tiap2 hari bayar kat staff company XXX XXXXXX XXXX X, tanpa gagal aku mengucapkan terima kasih setelah mendapat duit baki (jika ada) dan resit (wajib aku mintak). Aku pelik, baik pekerja tu lelaki atau perempuan, apa pun bangsa mereka, langsung tak reti nak ucapkan TERIMA KASIH. Aku tak minta korang senyum meleret2 pun (memang tak pernah senyum pun mereka ini), atau korang terpaksa duduk di situ ekoran takde offer keje lain? Dulu, di waktu bulan puasa:

Staff: Ada duit kecil tak?
Aku: Takde, sorry!
Staff: Saya takde duit tukar, ada pun RM1 sekeping-sekeping. Betul takde?
Aku: Memang takde, cuba tengok ni, semua not RM50 sekeping (siap tunjuk wallet aku). Kalau dah takde, RM1 tiap keping pun takde masalah, as long as ada pulangan duit baki.
Staff: Hum...takpe, saya campur-campur.

Dah la kasar, tau la kamu tu puasa tapi jaga perkataan tu. Aku membayar servis yang disediakan majikan kamu. Kalau kamu tak suka, atau kamu benci sekali pun, tak kira la ko benci company ke, ko benci supervisor ke, ko benci bos ke, ko benci nak keje situ ke, ingat yea anda dibayar oleh majikan untuk buat kerja yang terbaik. Bagaimana caranya, kau pikir la sendiri!!

Kes 2

Kami (geng satu office) share beli hadiah utk kawan. Disebabkan kotak besar dan berat, aku minta sale person letak siap2 di kaunter bayaran. Aku pun semangat beratur dekat dengan cashier perempuan sbb barang tu agak dekat dengan dia.

Marie: Kotak tu sekali yea kak. (Lemah lembut kawan aku cakap)
Cashier: Angkat la ke sini. Macam mana saya nak tag? Tak sampai. (muka selamba + senyum sinis)
Aku: Kawan2, tolong angkat ke meja kaunter.
Cashier: Pasal susah2, tarik kertas ni cukup. Kan ada harga kat sini. (muka selamba lagi)
Marie: Dah tadi suruh angkat, mana nak tau!! (kawan aku ni mmg cool + baik hati giler)

Lepas tu, member2 lain angkat bawak pi la lepas dia kata gitu, mmg kami bayar, bukan bawak lari!

Cashier: Ala, nak lekat tape ni tapi... (muka sengih2 macam kerang busuk)
Marie: Takpe, saya tolong lekatkan. (Memang sumpah baik gila kawan aku, tak mulut celupar macam cashier JUSCO MID VALLEY)

Kesimpulannya, masyarakat kita hari ini lebih gemar menilai kita dari pakaian, percakapan dan aksesori yang kita ada. Walau kami ni memakai pakaian biasa2, kami masih membayar jumlah yang sama, dengan kata lain kami guna servis dan bayar servis pada harga sama seperti orang yang korang fikir bagus tu. So, jangan nak double standard plak!!! Bos korang pun tak melebih macam korang!!

Thursday, October 29, 2009

Office shoe, stokins and me...

Bila aku sampai office, baru la terkial-kial pakai stokin. Dari rumah tadi tak plak busy2 nak pakai atau dalam kereta tak plak aku busy2 nak pakai time hubby drive. Biasalah, kita senantiasa ada alasan atas perkara yang dilakukan...adat dunia!!!

Aku sebenarnya baru aje beli kasut Clarks, tak ler tinggi sangat, dalam 0.5" je. Alhamdulillah, kaki tak lenguh tapi azabnya, kaki aku sakit. Bak kata org tua, lain kali gigit dulu sebelum mula pakai before dia gigit kaki kita! Boleh caya ke????

So, apa kaitan 2 citer kat atas ni dengan aku kan..??? Apa yang aku nak cakap, baik stokin dan kasut, aku baru beli, setelah sekian lama aku tak beli untuk kegunaan di office.

Yang best tu, dah beli konon2 guna konsep alah membeli menang memakai. 1st time pakai gi office kasut tu ala2 longgar, terpaksa bukak stokin. Dah buka stokin, kaki sakit pulak...aduhhh, apa malang nasib aku.

Penyudahnya, last weekend aku masukkan balik dalam kotak, konon nak kemas umah dari bersepah2. Hari ni baru aku terkenang kembali akan kewujudan kasut itu dalam hidup ku....harapan supaya kaki aku lepas ini dapat membiasakan diri dengan kasut baru itu. Kalau idak, gamaknya aku tak leh buang kasut lama tu lagihhhhhhhhhh.......

Wednesday, October 28, 2009

Marah aku ke???

Pagi ni aku sampai opis sangat awal dari kebiasaan. Dengan semangat berkobar-kobar, aku pun buka email (broken gila ayat ni tapi oklah nak tunjuk perbuatan yang telah aku buat).

Ada 1 email yang pada aku berbaur marah, seperti kita tidak memberi kerjasama yang baik sehingga dia terpaksa mengeluarkan statement macam ni:

"..........UNTUK MENGHANTAR GAMBAR BERUKURAN PASPORT UNTUK DIKEMASKINI DIDALAM SISTEM XXXXXXX BUKAN UNTUK DIMUATKAN DIMANA-MANA COVER MAJALAH."

Dengan semua caps (kalau caps ni maksudnya marah dalam chat room) dan pada aku tak perlu pernyataan cover majalah.

Since aku malas nak spoilkan mood aku hari ni, aku beranggap baik dan aku akan hantar semua borang yang tertangguh kat simpanan aku pagi ni juga tepat pukul 8.30 pagi. Aku harap lepas ni aku tak buat orang marah lagi. Aku tau aku hanya singgah sebentar di perhentian ini........maaf andai buat anda susah!

Tuesday, October 27, 2009

Lunch at Pantai Dalam

Hari ni hubby dok umah. Awal pagi lagi aku dah berbunyi nak dating dengan dia waktu lunch. Saja nak teman dia makan.

Menu utama nak makan sup, tak kira la sup tulang ke, sup daging ke, sup perut. Jadi aku pun tanya geng aku gerai mana best. Atas direction yang diberi, aku pun ala-ala faham.

Jam 12.30 tengahari, sms dari hubby tanya jadi ke idak? Aku kata jadi, tapi...sempat aku lari ke kak Ros nak tanya pasal drawing. Akhirnya, aku masih takde kat bawah time dia sampai.

Kemudian, kami terus ke Pantai Dalam. Kepada mereka yang menaiki komuter ke arah Klang, korang boleh tengok tempat makan ni dari train. Harga depend pada apa yang di ambil/ pesan, tempat of course takde aircond. Sebab tu masih dikira harga reasonable di KL ni.

Naik bukit je, kedai belah kanan. Parking tepi jalan, terus menapak ke kedai. Lauk sedikit, rasa sedap, harga mahal sedikit dari ke belah sana. Best makan, sampai tangan aku masih melekat bau air asam untuk cecah ikan terubuk bakar. Start 1.15 tengahari je, ramai lagi orang datang.

Aku sampai balik kat opis sekitar 1.50 tengahari. Cukup-cukup masa before mula balik bekerja!!

Next time nak makan ayam golek 5 bintang kat kampung kerinchi. Kata ally, terkenal dan kena beli seekor, tak kira la nak makan separuh and bawak balik separuh or nak bungkus je seekor terus. Hubby pun mata nampak excited nak try......

Friday, October 23, 2009

Kisah bus Rapid KL lagi...

Aku pun hairan kenapa la pemandu bus masih tidak tahu bahawa dia adalah cermin negara dan dia juga lah yang menjadi contoh kepada pengguna jalan lain.

Kebiasaannya, pemandu bus dilabelkan sebagai orang yang amat tidak bertimbang rasa di atas jalan raya. Aku percaya, tidak semua dalam golongan ini yang seperti itu, tetapi apakah itu cukup untuk menepis segala persepsi berhubung perkara ini?

Sebagai contoh, aku sendiri mengalaminya di mana sesuka hati pemandu bus tersebut dan tanpa memberi signal untuk bertukar lane jalan, terus je tonjol kepala bus dia kat aku. WOi...pakcik bus, ko ingat aku beli kereta dengan air paip ke? Tiap-tiap bulan penat aku ikat perut bayar bil, kau sedap2 buat muka selamba tahap dewa lompat depan kereta aku.

Pagi ni, huhuhuh...lagi best! Opis aku kat Mid Valley, jadi aku akan parking di zone H. Jadi aku akan masuk ikut jalan seperti mana nak ke hotel Boulevard. Di sisi bangunan hotel, ada bus stop kecik. Jadi, aku harus sebab dah takde pilihan, pandu masuk ke kiri dan buat u-turn kat 15 meter dari bus stop tu. Jam menunjukkan 6.55 pagi, siap aku bagi signal ke kiri dan kemudian bertukar lane kiri, boleh ke patut bus Rapid KL ni jalan tanpa menghiraukan aku. Aku siap buka lampu kereta lagi tau, bagi signal kiri lagi dan terpaksa tekan brek. Ada patut pemandu bus tu boleh kepala sibuk teleng ke kiri tgk penumpang walhal bus dia dah bergerak ke hadapan.

Laju atau tidak, itu bukan isunya. Apa yang aku nak highlight di sini, di mana pemandu bus meletakkan keselamatan penumpang bus dan pengguna jalan raya yang lain? Di bahu? Di mata? Di hati? Nasib aku baik, dan kalau ada pejalan kaki yang kebetulan berjalan di hadapan bus dia, bagaimana? Nyawa tak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Harap semua berfikir supaya kehidupan kita hari ini lebih baik berbanding sebelumnya. Insya-allah...

Thursday, October 22, 2009

Hubby demam panas

Semalam aku agak busy kat opis, maklumlah first time nak pergi audit! So, petang semalam unit aku adakan perbincangan dalaman, bagaimana approach terbaik untuk menjalankan sesi audit.
Jadi, banyak juga sms yang aku terima tetapi tidak dibaca dan dibalas.

Salah satu yang aku baca, itu pun jam menunjukkan pukul 4.27 petang dari hubby mengatakan dia dah balik rumah sbb demam panas, kelenjar bengkak. Aku apa lagi, terus kemas2, punch card dan chow....

Sampai rumah, biasanya dia akan menegur aku bila pintu terbuka, tapi kali ni sepi. Demam teruk dia kali ni, hati aku berbisik.

Lalu aku pergi dekat dia, hum...memang panas deh...panas betul kepala, kaki, tangan, badan dia. Aku tengok dia asyik gosok2 mata, mata dha merah tapi aku tak nak tanya banyak coz dia tak sihat.

Tengah aku kat dapur kemas barang, dia kata mata dia dah kena allergy, nak gi doktor. Aku tanya nak gi doktor sini ke? Tak mau sbb doc tu dah bagi masalah pada dia sebelum ini. Hum, kalau macam tu kita gi jmp doc kat mid valley.

Last-last aku tak masak, so lepas jumpa doc terus mkn kat laksa + nasi lemak rendang ayam.

Malamnya, semua orang tido awal, tapi aku bangun balik pukul 10 mlm untuk gosok baju dan mandi. Kendian, tido la...kesian hubby malam badan masih panas tetapi sbb kesian aku dia suruh gak buka kipas tala kat aku sorang...

Pagi ni, siap sarapan aku kejut dia bangun, dia mengadu taik mata banyak dan berwarna kuning. Jawapan aku ringkas dan padat, AWAK KAN DEMAM PANAS!!!

Wednesday, October 21, 2009

Makan tengahari

Aku ingin berkongsi cerita di mana aku dapatkan bekalan makanan baik pagi atau tengahari di Mid Valley. Confirm la kalau makan food court atas (food court yang biasa korang kunjungi) hari-hari mau bengkak poket.

Food court yang aku pergi ini diberi gelaran food court DBKL. Entah nama betul atau sekadar jolokan. Mengikut ceritanya kenapa food court ini murah sedikit adalah kerana takde tax yang dikenakan. Aku nak verify kesahihan cerita ni pun susah, sebab takde resit diberi, kira macam konsep paperless.

Lagi satu mungkin kerana keadaan persekitaran, tanpa air cond (panas beb, hari tu kawan aku makan sambil berpeluh macam orang gi sauna) dan udara yang terkempam (ingat korang je kena boleh perap ayam). Ish, sah kalau balik ke opis baju boleh ada perfume baru!!! Sama ada perfume semulajadi badan korang (kesan peluh) atau perfume makanan.

Ironinya, makanan di sini murah, belum pernah aku di'charge' melebihi RM5.00 sehari untuk makanan sahaja. Contohnya:
nasi + kerabu mangga + ayam = RM 3.50
nasi + kerabu ayam + ikan pari bakar = RM4.50
set nasi kukus + ayam goreng berempah = RM4.50
nasi + hati ayam + sayur = RM2.00 (ni meria yang berjaya beli)
Buah potong = RM 1.00 (pilihan dari mangga or jambu or nenas or ciku dsb)
Bihun goreng + telur mata + sambal = RM1.50

Setakat ni aku jarang beli air, so nak komen lanjut payah. Dalam hal ini, aku kira aku masih beruntung jika dibandingkan dengan hubby, sbb hari-hari mkn kat food court yang mahal + tak sedap.