Showing posts with label Shopaholic. Show all posts
Showing posts with label Shopaholic. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

RM2.00 at Suria KLCC

Hahahhah...kali ni angin aku baik dan keinginan aku memuncak untuk mencuba sesuatu yang bukan baru, sudah lama cuma aku belum terpanggil untuk menggunakannya. Menjadi kebiasaan, mesti aku bawak hubby sekali.

Cuba ko usha betul-betul picture kat bawah ni....




Aku buat pertama kalinya mengeluarkan duit RM2.00 per person nak masuk toilet di Suria KLCC. Mahal? Dah cuba ke before you all buat kesimpulan? Apa yang aku nak kongsi di sini adalah pengalaman peribadi pada 06 November 2009.

1. Bayar RM2.00 di kaunter, anda diberi resit dan wet tissue. Aku tak guna la, kalau tidak tak dapat plak nak ambil pix.
2. Mata terarah ke section tukar lampin bayi, disediakan set bedak dan lotion Johnson's baby (dalam hati dah kata bagusnya).
3. Terus ke sinki, hulur tangan air masih tak keluar dari pili. Picit sana sini, at last tanya pembersih macamana nak guna. Rupanya ada sensor, kena slide tangan depan tu baru keluar airnya...
4. Sabun lembut, tisu ada kualiti, siap bakar aromatherapy candles...harum sungguh!
5. Alamak, penuh...siapa kata ada orang tak sanggup nak bayar demi perkhidmatan yang terbaik!
6. Fuh...mana nak jumpa toilet lantai kering, siap ada cecair pembersih tempat duduk, tisu ada dan berbau harum!!
7. Selepas cuci tangan, aku pun menelek body mist, body lotion, powder Body Shop yang ada. Sapu body lotion aje cukup, wangi deh...
8. Mana plak hubby ni, makeup mengalahkan aku. Hubby rupanya sibuk ambil pix dalam toilet.

Kesimpulannya, jika keselesaan yang dicari, tidak salah anda melabur sedikit. Bak kata hubby, ada orang tu bayar mahal sebab nak berak dengan selesa kat toilet RM2.00.

Dan kami adalah orang yang ke 1547578 dan 1547579 menggunakannya!!! Anda bila lagi???

Friday, October 30, 2009

Terima kasih..

Tahukah korang maksud terima kasih? Adakah korang sering mengucapkan perkataan ini selepas mendapat bantuan orang? Adakah perkataan ini hanya sesuai diucapkan setelah mendapat bantuan orang? Adakah korang terpaksa mengucapkan perkataan ini kerana ini kehendak majikan?

Nak tau nape aku nak ulas isu ni? Sebab aku harian orang muda sekarang dah tak reti nak jaga budi bahasa masing2. "Jangan sibuk hal orang, tengok diri sendiri dahulu., klise terbaik dari seorang teman".

Kes 1

Aku keje kat shopping complex. So, hari-hari memang confirm parking kat tempat berbayar. Cuba korang calculate, sehari RM6 dan kalau sebulan dah berapa? Aku tiap2 hari bayar kat staff company XXX XXXXXX XXXX X, tanpa gagal aku mengucapkan terima kasih setelah mendapat duit baki (jika ada) dan resit (wajib aku mintak). Aku pelik, baik pekerja tu lelaki atau perempuan, apa pun bangsa mereka, langsung tak reti nak ucapkan TERIMA KASIH. Aku tak minta korang senyum meleret2 pun (memang tak pernah senyum pun mereka ini), atau korang terpaksa duduk di situ ekoran takde offer keje lain? Dulu, di waktu bulan puasa:

Staff: Ada duit kecil tak?
Aku: Takde, sorry!
Staff: Saya takde duit tukar, ada pun RM1 sekeping-sekeping. Betul takde?
Aku: Memang takde, cuba tengok ni, semua not RM50 sekeping (siap tunjuk wallet aku). Kalau dah takde, RM1 tiap keping pun takde masalah, as long as ada pulangan duit baki.
Staff: Hum...takpe, saya campur-campur.

Dah la kasar, tau la kamu tu puasa tapi jaga perkataan tu. Aku membayar servis yang disediakan majikan kamu. Kalau kamu tak suka, atau kamu benci sekali pun, tak kira la ko benci company ke, ko benci supervisor ke, ko benci bos ke, ko benci nak keje situ ke, ingat yea anda dibayar oleh majikan untuk buat kerja yang terbaik. Bagaimana caranya, kau pikir la sendiri!!

Kes 2

Kami (geng satu office) share beli hadiah utk kawan. Disebabkan kotak besar dan berat, aku minta sale person letak siap2 di kaunter bayaran. Aku pun semangat beratur dekat dengan cashier perempuan sbb barang tu agak dekat dengan dia.

Marie: Kotak tu sekali yea kak. (Lemah lembut kawan aku cakap)
Cashier: Angkat la ke sini. Macam mana saya nak tag? Tak sampai. (muka selamba + senyum sinis)
Aku: Kawan2, tolong angkat ke meja kaunter.
Cashier: Pasal susah2, tarik kertas ni cukup. Kan ada harga kat sini. (muka selamba lagi)
Marie: Dah tadi suruh angkat, mana nak tau!! (kawan aku ni mmg cool + baik hati giler)

Lepas tu, member2 lain angkat bawak pi la lepas dia kata gitu, mmg kami bayar, bukan bawak lari!

Cashier: Ala, nak lekat tape ni tapi... (muka sengih2 macam kerang busuk)
Marie: Takpe, saya tolong lekatkan. (Memang sumpah baik gila kawan aku, tak mulut celupar macam cashier JUSCO MID VALLEY)

Kesimpulannya, masyarakat kita hari ini lebih gemar menilai kita dari pakaian, percakapan dan aksesori yang kita ada. Walau kami ni memakai pakaian biasa2, kami masih membayar jumlah yang sama, dengan kata lain kami guna servis dan bayar servis pada harga sama seperti orang yang korang fikir bagus tu. So, jangan nak double standard plak!!! Bos korang pun tak melebih macam korang!!

Wednesday, October 21, 2009

Makan tengahari

Aku ingin berkongsi cerita di mana aku dapatkan bekalan makanan baik pagi atau tengahari di Mid Valley. Confirm la kalau makan food court atas (food court yang biasa korang kunjungi) hari-hari mau bengkak poket.

Food court yang aku pergi ini diberi gelaran food court DBKL. Entah nama betul atau sekadar jolokan. Mengikut ceritanya kenapa food court ini murah sedikit adalah kerana takde tax yang dikenakan. Aku nak verify kesahihan cerita ni pun susah, sebab takde resit diberi, kira macam konsep paperless.

Lagi satu mungkin kerana keadaan persekitaran, tanpa air cond (panas beb, hari tu kawan aku makan sambil berpeluh macam orang gi sauna) dan udara yang terkempam (ingat korang je kena boleh perap ayam). Ish, sah kalau balik ke opis baju boleh ada perfume baru!!! Sama ada perfume semulajadi badan korang (kesan peluh) atau perfume makanan.

Ironinya, makanan di sini murah, belum pernah aku di'charge' melebihi RM5.00 sehari untuk makanan sahaja. Contohnya:
nasi + kerabu mangga + ayam = RM 3.50
nasi + kerabu ayam + ikan pari bakar = RM4.50
set nasi kukus + ayam goreng berempah = RM4.50
nasi + hati ayam + sayur = RM2.00 (ni meria yang berjaya beli)
Buah potong = RM 1.00 (pilihan dari mangga or jambu or nenas or ciku dsb)
Bihun goreng + telur mata + sambal = RM1.50

Setakat ni aku jarang beli air, so nak komen lanjut payah. Dalam hal ini, aku kira aku masih beruntung jika dibandingkan dengan hubby, sbb hari-hari mkn kat food court yang mahal + tak sedap.

Wednesday, October 7, 2009

Spaghetti meatballs??

Biar betul dapat jemputan makan spaghetti petang ni?? Dah lama aku suruh hubby mintak receipe spaghetti meatballs kat kawan baik dia, Azril. Tapi Azril dok dolak dalih, segan kot coz tetiba aku plak yang minta receipe tu kat dia.

Alkisah, aku selalu gak baca blog bini Azril, so ada sekali tu aku terbaca yang Azril buat spaghetti meatballs, apa lagi...aku pun bising suruh hubby mintak tapi tak berjaya gak smp pagi ni!!

Aku pun ada receipe bolognese spaghetti, hubby boleh makan dan tambah la kalau aku masak, kira ok la tu kan... cuma aku nak modify sikit skill aku terhadap spaghetti ni. Since aku tak reti nak buat meatballs, tu yang excited sgt mintak receipe kat Azril.

Dan yang buat aku makin tersenyum, aku dah jumpa pun meatballs segera jual kat IKEA.
Jualan adalah seperti berikut:
1 bungkus = 1 kg berat daging = RM 30.00 = jumlah meatballs aku tak kira plak!!

Anyway, best jugak nak merasa kawan baik husband masak spaghetti meatballs petang ni. Lagi-lagi aku berpuasa 6, untuk hari pertama, terlebih excited plak!!

Tuesday, August 4, 2009

Chic Outlet Shopping Villages in Europe

What is the meaning of Shopaholic? A good explaination from WikiAnswers.com is a shopaholic is somebody who is addicted to shopping.

Do you know about Europe's COS villages? I did read it from NSTP yesterday and really excited to have a trip for SHOPPING. Describe as SHEER shopping heaven by the writer, you can buy branded items at a reduced rate - of up to 60%!

These villages had visited by members of royal families, Hollywood A-listers, as well as Mawi, etc.

Oh my god, you can find items from Aigner, CK, Desigual, Burberry, La Perla, Loewe, Swarovski (I like...), Custo Barcelona, Cacharel, etc.

I believe this place must be a VALUE BUY FOR MONEY for shopaholic likes me.



Those who like to know more about COS villages, please visit www.ChicOutletShopping.com.