Showing posts with label Kureng. Show all posts
Showing posts with label Kureng. Show all posts

Wednesday, October 28, 2009

Marah aku ke???

Pagi ni aku sampai opis sangat awal dari kebiasaan. Dengan semangat berkobar-kobar, aku pun buka email (broken gila ayat ni tapi oklah nak tunjuk perbuatan yang telah aku buat).

Ada 1 email yang pada aku berbaur marah, seperti kita tidak memberi kerjasama yang baik sehingga dia terpaksa mengeluarkan statement macam ni:

"..........UNTUK MENGHANTAR GAMBAR BERUKURAN PASPORT UNTUK DIKEMASKINI DIDALAM SISTEM XXXXXXX BUKAN UNTUK DIMUATKAN DIMANA-MANA COVER MAJALAH."

Dengan semua caps (kalau caps ni maksudnya marah dalam chat room) dan pada aku tak perlu pernyataan cover majalah.

Since aku malas nak spoilkan mood aku hari ni, aku beranggap baik dan aku akan hantar semua borang yang tertangguh kat simpanan aku pagi ni juga tepat pukul 8.30 pagi. Aku harap lepas ni aku tak buat orang marah lagi. Aku tau aku hanya singgah sebentar di perhentian ini........maaf andai buat anda susah!

Monday, October 5, 2009

Hairan yea...selewat 06.50 pagi dah ada sebuah kenderaan berat di atas jalan persekutuan, lebih tepat lagi "Federal Highway" menghala ke Shah Alam.

Dah jadi rutin, tiap-tiap pagi aku drop husband kat Universiti LRT station. Pagi ni, jalan mcm semut betul lane kiri sekali. Kereta dah banyak ni, apa nak jadi? Dalam aku teraba-raba mencari kepastian, dari kejauhan aku nampak sebuah tractor, tanpa rasa bersalah + bergerak mcm semut, menyebabkan kesesakan teruk di jalan persekutuan.

Kepada tuan punya kenderaan berat, kalau urgent nak mula kerja awal di tapak, sila pastikan kenderaan tersebut memulakan perjalanan yang bukan PEEK HOURS di KL.

Kepada pemandu kenderaan berat, sila beri kerjasama kepada kami supaya perjalanan lancar dan selamat!

Sendiri mau ingat & faham....

Friday, October 2, 2009

Rapid KL buses

Hairan sungguh aku dengan pemandu bus Rapid KL. Aku duduk kat Tmn Desa, so tiap-tiap hari aku drive to Mid Valley. Sebelum ni aku perhatikan bus Rapid KL ni rajin bebenar berhenti di lane kiri jalan, kebetulan jalan tu hanya ada 2 lane so fahamkan dah ambil 1 lane yang belong to orang awam!

Hari ini, aku heran lagi sebab pemandu bus Rapid KL tak reti nak bagi signal ke kiri atau kanan bila nak tukar dari lane kiri ke kanan. Hampeh...cuba la hati-hati sikit dan ingat anda boleh menyumbang kepada kemalangan.

Esok-esok aku tak tau la yea....

Wednesday, September 30, 2009

Traffic jam

Traffic jam dah hampir ke semua jalan KL lepas semua orang balik dari bercuti panjang di kampung sempena sambutan Hari Raya. Liputan surat khabar semalam menunjukkan kesesakan teruk hampir di semua tol-tol utama dan jalan persekutuan sekitar KL.

Apa yang menghairankan kenapa la tiada pihak penguatkuasa untuk mengawal keadaan? Aku bukan nak tunjuk pandai tapi hairan kerana:

1) bilangan penguatkuasa mencukupi untuk turun padang membantu rakyat
2) waktu perlu mengawal traffic hanya pagi (7.00 pagi - 9.00 pagi) dan petang (4.30 petang - 6.30 petang)
3) 5 hari seminggu (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat)
4) pihak penguatkuasa lebih arif cara/ kaedah untuk mengawal arus kenderaan di sekitar KL

Yang aku geram, tiap-tiap pagi, tak kira la dari jenama kereta mercedes, volvo, satria, kancil, kenari, honda, toyota, etc menggunakan "bahu kiri" jalan (a.k.a. laluan kecemasan)! Bodoh tahap gaban...menyusahkan semua orang dan ni jenis manusia yang tak sabar, pentingkan diri! Yang paling kesian adalah motor sebab nak kena ikut rentak mereka-mereka yang kurang asam nih.

Cadangan aku mudah, pihak penguatkuasa SAMAN aje pemandu yang kurang asam ni! Kalau nak cepat, sila la keluar rumah lebih awal!! Salah ke keluar awal dan sampai awal kat opis? Ke memang nak sampai opis cukup-cukup masa untuk punch card aje? Walhal, kalau sampai awal anda boleh breakfast dan baca surat khabar dan mula bekerja tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak majikan anda.

Renung-renungkan bersama demi keselamatan kita semua.

Friday, June 20, 2008

Dengki sebenarnya...

Aku dengki dgn husband sebenarnya...asyik2 blog...balik2 blog...aku cakap sepatah...respond lambat gila...so aku ambil keputusan join dia main blog...nak rasa plak keseronokan main blog...as start...aku mintak dia ajar itu ini...penat la dia set itu ini...tengok...sibuk tanya aku tak letak pic ke??? adoiii...bro...i ni baru nak nulis2...don't expect too much k....