Showing posts with label Geram. Show all posts
Showing posts with label Geram. Show all posts

Friday, January 8, 2010

To those people who like to act as Mr. Bean

Dear Mr. Bean,
I hope you stop pretend to be good in front of me and others. Why you are so jealous about what we are going to do? Or do you think that you are greater than others. I like to describe you as NATO. Do you know what is NATO? I got this from one of my dearest hubby friend blog.




N = No
A = Action
T = Talk
O = Only

And last but not least WTF man.....

Wednesday, November 25, 2009

Aku kisah apa korang pemandu motor besar jenis hape pun...!

Apa punya hal pagi-pagi orang syok sendiri atas jalan. Aku tau semua orang bayar income tax, semua orang ada bayar road tax tapi itu bukan la lesen korang nak buat perangi suka hati atas jalan. Aku pun bukan terror sangat tapi kalau action korang tu dah menyusahkan orang lain, bukankah itu sudah mengganggu ketenteraman orang lain?

Aku tau korang habis duit banyak beli motor besar, tak kira la motor jenis Jaguh ke, jenis Harley ke, jenis Dataci ke, aku kisah apa...duit korangkan...tapi kalau rasa tak nak guna jalan khas bagi motor, nak gak guna jalan biasa Federal Highway tu, aku minta tolong sangat-sangat bawa motor elok-elok. Jangan terhoyong-hayang sana-sini sebab sibuk cakap dengan orang belakang. Aku tadi rasa macam boleh langgar je si suami dan si isteri atas sebab kecuaian mereka.

Bodoh juga mereka tu!!!

Monday, October 5, 2009

Hairan yea...selewat 06.50 pagi dah ada sebuah kenderaan berat di atas jalan persekutuan, lebih tepat lagi "Federal Highway" menghala ke Shah Alam.

Dah jadi rutin, tiap-tiap pagi aku drop husband kat Universiti LRT station. Pagi ni, jalan mcm semut betul lane kiri sekali. Kereta dah banyak ni, apa nak jadi? Dalam aku teraba-raba mencari kepastian, dari kejauhan aku nampak sebuah tractor, tanpa rasa bersalah + bergerak mcm semut, menyebabkan kesesakan teruk di jalan persekutuan.

Kepada tuan punya kenderaan berat, kalau urgent nak mula kerja awal di tapak, sila pastikan kenderaan tersebut memulakan perjalanan yang bukan PEEK HOURS di KL.

Kepada pemandu kenderaan berat, sila beri kerjasama kepada kami supaya perjalanan lancar dan selamat!

Sendiri mau ingat & faham....

Friday, October 2, 2009

Rapid KL buses

Hairan sungguh aku dengan pemandu bus Rapid KL. Aku duduk kat Tmn Desa, so tiap-tiap hari aku drive to Mid Valley. Sebelum ni aku perhatikan bus Rapid KL ni rajin bebenar berhenti di lane kiri jalan, kebetulan jalan tu hanya ada 2 lane so fahamkan dah ambil 1 lane yang belong to orang awam!

Hari ini, aku heran lagi sebab pemandu bus Rapid KL tak reti nak bagi signal ke kiri atau kanan bila nak tukar dari lane kiri ke kanan. Hampeh...cuba la hati-hati sikit dan ingat anda boleh menyumbang kepada kemalangan.

Esok-esok aku tak tau la yea....

Wednesday, September 30, 2009

Traffic jam

Traffic jam dah hampir ke semua jalan KL lepas semua orang balik dari bercuti panjang di kampung sempena sambutan Hari Raya. Liputan surat khabar semalam menunjukkan kesesakan teruk hampir di semua tol-tol utama dan jalan persekutuan sekitar KL.

Apa yang menghairankan kenapa la tiada pihak penguatkuasa untuk mengawal keadaan? Aku bukan nak tunjuk pandai tapi hairan kerana:

1) bilangan penguatkuasa mencukupi untuk turun padang membantu rakyat
2) waktu perlu mengawal traffic hanya pagi (7.00 pagi - 9.00 pagi) dan petang (4.30 petang - 6.30 petang)
3) 5 hari seminggu (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat)
4) pihak penguatkuasa lebih arif cara/ kaedah untuk mengawal arus kenderaan di sekitar KL

Yang aku geram, tiap-tiap pagi, tak kira la dari jenama kereta mercedes, volvo, satria, kancil, kenari, honda, toyota, etc menggunakan "bahu kiri" jalan (a.k.a. laluan kecemasan)! Bodoh tahap gaban...menyusahkan semua orang dan ni jenis manusia yang tak sabar, pentingkan diri! Yang paling kesian adalah motor sebab nak kena ikut rentak mereka-mereka yang kurang asam nih.

Cadangan aku mudah, pihak penguatkuasa SAMAN aje pemandu yang kurang asam ni! Kalau nak cepat, sila la keluar rumah lebih awal!! Salah ke keluar awal dan sampai awal kat opis? Ke memang nak sampai opis cukup-cukup masa untuk punch card aje? Walhal, kalau sampai awal anda boleh breakfast dan baca surat khabar dan mula bekerja tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak majikan anda.

Renung-renungkan bersama demi keselamatan kita semua.

Monday, June 23, 2008

Pemandu Wanita

Gara-gara aku kena memandu sendiri hari ini, aku pun nak komen sikit isu "Pemandu Wanita". Kadang2 aku pelik mcmana wanita boleh memandu kereta yang langsung lampu brek tak menyala??? atau accessories kereta dia tu mcm kereta racing??? Banyak betul duit wanita zaman metropolitan ni yer. Tapi yang aku musykil tu bukan apa....cara pemanduan, justifikasi si pemandu dan keadaan kereta tu tak kena. Contohnya, ada sorang akak ni kereta dia hebat gila (kereta malaysia), rim kereta punya mahal, lampu brek ketiga mati, lampu brek lain digelapkan (sampai aku nak langgar tadi) tapi bawak slow gila kat lorong laju. Bayangkan meter kereta kancil aku 60km/j. Helo...mak aku pun bayar road tax, so pandai la ke tepi sekali kak!! Ingat dia aje nak kena check in???? Aku pun ganaz gak bawak keter tapi aku ni kalau memandu tengok sekeliling jugak, terutama kena perhati motor2, pemandu wanita (takut kena langgar), kalau slow tu pandai la ke tepi, etc. Sayang betul aku kat semua orang............................................