Showing posts with label Audit. Show all posts
Showing posts with label Audit. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Keterujaan aku dalam kerja mekanikal

Setelah aku membuang masa di bidang admin, inilah masa dan ketika aku meneruskan kehidupan dalam bidang yang aku tuntut selama 4 tahun utk degree dan bakal 5 tahun dalam master.

Semuanya bermula dengan kerja audit. Bukan audit ISO yea, real engineering audit. Our team kena audit sistem mekanikal di 3 blok bangunan, Blok A, B dan C. Blok A ada 6 tingkat, blok B ada 14 tingkat dan blok C ada 2 tingkat.

Sebab sekarang ni aku dalam unit HVAC, jadi aku kena study dulu system AC dan sikit2 lift (aku sendiri pandai2, bos tak suruh pun). Bermula dengan document tak lengkap, call kiri kanan, email kiri dan kanan, akhirnya, 2 hari sebelum audit baru aku dapat apa yang aku cari, itu pun tidak lengkap sepenuhnya.

Pada hari audit, dimulakan dengan short briefing session (bukan briefing dah, sesi soal by our team) dan kemudian kami terus ke bilik pam domestik, bilik chiller plant, bilik pump rintangan api dan kemudian terus ke every floor yang ada kat semua blok tu.

Macam-macam aku belajar, dengan bos yang sporting, TA yang willing to share experience dengan aku, technician yang bersungguh-sungguh ambil bacaan RH (aku salin la) dan kawan sejawat yang wiling nak ajar aku dengan 1001 soalan dari aku. Tabik kat bos aku, dia panjat tangga nak pastikan ducting dalam keadaan baik di bilik AHU, TA aku yang masuk AHU tgk ball bearing yang bising, rakan sejawat aku yang panjat cooling tower dan aku masih di bawah. Ye la, kasut aku pakai tu agak licin selain aku yang baru lepas operate dan masih perlu berhati-hati.

Lunch time, aku rasa kepala lutut sudah goyang. Tapi kami masih ada beberapa bahagian yang perlu dilihat dan semuanya cuba diselesaikan pada petang itu juga. Alhamdulillah, selesai jua kerja kami tapi kali ni, pergelangan kaki aku mmg SAKIT gila!!!

Malam, selain rasa letih (normal la tu kerja kan) kaki aku sudah sakit, apa lagi sapu minyak kapak la kasi panas. Dan akhirnya tertidur.....ZZZZzzZZZzzzzzzzzzzzzzZZ

Friday, May 22, 2009

At last.....end day of ISO

Berita baik buat semua warga pejabat...no NCR, no OFI.

NCR = non conformance report
OFI = opportunities for improvement

Aku bengan dengan sorang opismate aku, boleh dia keluarkan statement kat bawah ni:

"keje aku, aku rasa OK, tapi aku tak tau la keje kau, kau masukkan ke dlm file???"

STATEMENT PALING BODOH PERNAH AKU DENGAR

Dah la hari tu kata aku paling takde keje dalam opis. Cuma aku heran kenapa dan mengapa dia sangat dengki pada aku. Apa salah aku sehingga dia bersikap begitu. Aku cuma menjalankan amanah kerja dengan cara terbaik dan mencari rezeki halal.

Dan aku yakin, kalau buat vote, aku menang kot!!!!! Hahahhahha...terlalu YAKIN nanti KECEWA kan..............!! Aku doakan yang terbaik buat dia, dan aku harapkan dia tak ada simpan dendam sehingga ke kubur....

Thursday, May 21, 2009

ISO audit ohhhh ISO audit....

Minggu ni minggu memenatkan, bukan kerana berlari tapi kerana audit daripada pihak SIRIm QAS. Mcm biasa, harapan universiti tinggi tetapi kita tak tahu apa yang akan dinilai dan apa yang akan diminta. Dah minta, bolehkah kita beri fakta berserta bukti yang jelas??? Penat..penat..

Hari pertama, semua berjalan lancar. Unit kami dapat memberi penjelasan, bukti yang diminta, komitmen staff yang bertanggungjawab boleh dipuji. Alhamdulillah...

Hari kedua adalah audit di Melaka. Aku agak terkejut kerana sambutan staff agak dingin, kurang bersedia dan seperti tak ISO. Mungkin mereka COOL, tapi betul ke? Reaksi masing2 membuatkan aku terpikir....... Alhamdulillah berjalan lancar walau ada kekurangan di mata aku.

Esok hari ketiga, opis aku yang akan diaudit. Aku doakan yang terbaik, staff memberikan kerjasama, semua yang diminta insya-allah akan dipermudahkan dengan izin Allah. Amin. Sebelah petangnya, adalah majlis penutup....aku harapkan tiada isu besar yang dikemukan oleh pihak auditor.