Friday, August 30, 2013

Monolog pre birthday

Cake from my office for August month of birthday
Happened during Raya celebration on 20 August 2013


Window tinting for my Honda.
Of course it was my husband responsibility to pay for it.


What's next?
Hum...whatever!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 28, 2013

Raya @ Equatorial Melaka

Syawal ke 4 check in Equatorial Melaka
sbb Azizi "cemas"
Yeah...kampung I kat Melaka
don't ask me why why why

Al kisah my toddler sorang ni
mmg suka tidur hotel
masuk je bilik, terloncat2 happy dia
akhirnya mak pak dah sleep
dia dok sorang2 buat apa tah
next morning bila org nak g breakfast
jenuh kejut tak bangun
angkat je la dan letak kat sofa cafe hotel
punya la bising laga pinggan cawan
tapi dia tetap rileks tido


Big breakfast
for I la of course
mmg sedap makanan kat sini


After 12pm, kita pun check out & balik ke KL.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, August 22, 2013

Garuda Indonesia

Korang kan tau aku dah masuk minggu ke 9 meng'zombie'kan diri, ulang alik nun dari Smyh - KL.

Bila aku tahu dan tahu esok maid aku balik, terus sikap malas aku dtg. Dah ada 2 pasang baju kurung untuk dibasuh tgn, selonggok baju untuk dilipat, byk baju untuk digosok.




Esok pukul 8 dah kena tercongok tunggu dia kat KLIA. Ya dong, pesawat nya Garuda Indonesia.

It's ok, aku mmg nak rest cukup2, supaya kemudaan aku terus terpelihara, aku tak nak cepat tua walau usia aku bakal bertambah.

Doakan perjalanan pulang maid aku success, tiada halangan demi kesenangan aku, of course.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan P16,Putrajaya,Malaysia

Thursday, August 8, 2013

Eid Mubarak!

Wah...pagi lagi semua dok bising kat whatsapp dengan ucapan selamat hari raya, gosip pasal si polan-polan, share gambar raya.

Mm bangun tido sangat lambat, mabuk tido je memanjang, dari semalam kritikal betul smp asal dpt kawasan empuk, teruk mata memberat tak tentu pasal.

Walau dah matahari dah tinggi, kami nak gak ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.





Mulai esok smp 19 Ogos 2013, off day utk korang semua!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 7, 2013

Raya jadi ke esok????

Jadi ke esok raya?? Beria semua org balik kampung, punya la risau tak sempat segala. Cuti sekolah plak kali ni 2 minggu, harus mak pak pun 2 minggu cuti wooo. Hai, kau buat apa tu Cik Kiah kat dapur? Buat menda lagi yang oiii, anyam ketupat. Betul ke anyam ketupat? Ke tgh mengumpat? 

Haa...korang tgh menghadap ketupat nasi ke ketupat palas? Ketupat nasi dari pucu daun kelapa muda, ketupat palas daripada daun palas. Mahal okey kalau nak beli ketupat yang dah sia dianyam seperti dibawah ni. Rasanya ikut kawasan, RM0.50 - RM1.00 setiap satunya.


Sempena ramai tidak tahu menganyam ketupat nasi, sama la cam I yang serba tak tahu ni, korang ikut la step-step ni sampai jadi. Ingat, usaha tangga kejayaan. Tak mula sekarang bila lagi? I mula nanti la, bila anak-anak (double tu nampak) dah besar, belajar sekali harung dengan diaorg. Apa kes nak belajar sorang... hhahahhahahah


Actually gambar dua di atas ni ehsan kekawan yang rajin share via whatsapp. Terima kasih kawan-kawan, I share untuk ilmu bersama juga di sini. Insya Allah memdapat berkat di akhirat.

Ohhh untuk makluman semua, semalam akak LHDN ada ckp yang today semua office LHDN tutup sebab semua kena ambil cuti sempena raya. Harus faham mereka juga seperti kita yang ingin pulang ke kampung menyambut hari raya.

Sayu juga hati, Ramadhan ku tidak sempurna namun ada Ramadhan lagikah tahun hadapan untuk aku? Semoga perkara yang baik mengiringi langkah ku hingga ketemu Ramadhan 1435, insya Allah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, August 6, 2013

Issue Bumper Ramadhan #4

Semalam sibuk la semua org dok mengata kitaorg yang masih bekerja. Bukan rajin wei tapi balance cuti tak banyak, dengan hujung tahun nak pergi berjalan satu rombongan Cik Kiah lagi. Harus plan cuti elok-elok.

Ok, as you all knew I kan baru balik dari kursus yang panjang. One good thing about our sidang mate ialah keukhwaan yang terus terjalin sehingga kini. Really appreciate our good relationship so far, insya Allah it will last forever.  

Graphic di bawah disediakan oleh kekawan yang creative, thank you Abg Din. So, ini lah wajah kami ber'54 orang yang bergelak tawa, suka duka, gaduh-gaduh semua.
Salam Aidil Fitri untuk anda ber'53, anda tahu siapa diri anda yang tidak perlu saya sebutkan. Maaf Zahir & Batin.

To Bacti, aku rasa kau je tahu blog aku (saja aku eja nama kau lain sikit supaya bila org buat search tak jmp blog aku ni). Thank you sebab tak bocor rahsia blog aku kepada mereka yang lain. If ada silent reader yang lain, sedikit masa lagi mesti aku tahu. Hhahaha...anyway betul apa kau tulis sebab aku mmg ckp apa aku fikir dan rasa, kemudian aku tak simpan lagi. But nowdays aku sometimes kena tapis apa aku nak cakap, yeahhh...tak semua org boleh terima kita sebagai kita!!

Kepada Yana, Yati & Ida...korang mmg rock!!! Yati dah selamat pun smp kampung di Jitra. Yana mlm ni ke Kluang. Ida masih keje sampai esok. Aku? Lepas sahur esok balik Kuantan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Baju mahal?

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya org bersuka ria

Adik ku manis cantik bergaya
bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemua mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaafan kita bersama
Lupakan sahaja sengketa lama 

Haruslah kan...bercantik-cantik sepanjang Syawal. Last weekend ada la aku menyibuk tgk akak aku beli baju raya untuk anak dia. Setiap orang dapat 2 pasang baju melayu, buat pergi mengaji Quran. Banyak pilihan dah walau untuk kanak-kanak lelaki je pun. Kitaorg tak terjah la Jalan TAR, cukup sekadar Bintang Fashion. Harga mengikut size baju kanak-kanak, kecil dalam RM30++ dan besar sikit dalam RM60++.

Lepas sambar menyambar baju melayu tu, kitaorang masuk la TESCO Kajang. Sibuk la budak-budak tu test samping, songkok bagai semua. Harus aku belikan songkok dan samping untuk bujang aku tu kan. Ddnya waktu beli tu mmg aku tau dah nak balik KL. Pusing-pusing terkejut tgk depan mata baju-baju Orked, rekaan Jovian. Harga? Aku rasa standard harga pasaran pun, RM250++ dan ke atas.

Adoi...kalau aku belum custom-made dah lama aku sambar okey. Ni aku baru lepas habiskan duit RM1k++ hanya untuk bayar 4 pasang baju. Jangan nak mengata aku membazir. Duit berkat gaji aku tu, tak minta Dd pun kali ni (harus bangga dengan kejayaan sendiri kan, tidak meminta...nampak!!) Dengan size ku yang rendang, baik pilih kain, ukur dan tempah. Nanti aku citer perihal 4 pasang baju aku yang d'boom tu yek.



Berbalik pada Orked by Jovian. Design wise mmg modern, semasa gitu ayat mak aku yang sangat rajin judge anak-anak dia pandai bergaya atau tak. Color lebih ke arah paste color, sesejuk warna di mata. Option selendang turut dijual bagai yang berhijab ok. So jimat masa, tak payah nak pergi 2 3 kedai semata nak matchkan. Designer dah tolong fikir dah, tinggal pakai sahaja. Untung-untung, kalau orang lain tu, termasuk aku la, harus berpanas gi kedai Ariani, Aalia, Ratu, Fareeda bagai nak cari sehelai hijab. Tu belum panas orang pandang aku lekeh je. Almaklum aku dengan jeans dan t-shirt masuk kedai jual tudung mahal-mahal. Dia tak tau aku bawak tukang bayar, aku cakap nak ini sure bayar nyer sbb dah malas nak jadi pak pacak tunggu bini pilih. Ha...nampak permainan politik time bulan Ramadhan!!

Tapi cuba korang baca ayat kat bawah ni, kawan dok debat dalam WA...hehhehehheh!


- Posted using BlogPress from my iPhone