Tuesday, July 31, 2012

Memory Ramadhan 9, 1433

Alhamdulillah, semalam dah complete puasa yang ke 9. Dah mula masak lauk biasa-biasa, jemu dah. Ada yang helper masak, ada yang Mm masak. Helper I tu mmg suka masak-masak, tapi kami je tak lalu sangat nak makan kalau dia masak. Semalam buat ayer teh bunga, sedap...tapi bila toddler Azizi minum, kembung la pulak. Dah tak mentido la Mm samapi pukul 1 lebih. Tiong gak kepala ni!!


Ni model je, sekarang sangat susah nak makan. Paling banyak 4-5 suap setiap kali makan. Lagi SA kat Tesco nak soal panjang lebar, mmg anakku ini pemilih makanan orangnya.

Dan...sekarang suka main ais kembali. Uncle Su buat ais. Hari tu gi rumah Nek Ngah a.k.a Nenek Ting Tong, dibantainya main ais...okey, semua nenek and atok layan je. Mm je yang jadi Incredible Hulk...


p/s: Ada jualan Metrojaya kat PICC next week, moh le kita serbu...nak cari kemeja sehelai dua cukup la. Yang sedia ada tak berganti sekian lama.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 30, 2012

Strawberi dan Kotak

Strawberi CH, dah merah kerusi Mm:





Berdiri atas kotak kecil:



Dan jatuh tergelincir atas lantai ini:



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, July 27, 2012

Makan

Cak.....



Rindu la...takde geng bola...



Kita tak mau makan nasi minyak, kita suka susu Mummy. Kita makan coklat Dd beli, puding, bubur lambuk.



Baju kita kotor, Mummy marah.

Kalau tak jadi singa kat meja tak sah. Asyik nak minum air teh o, haishhhh. Makan nyer tak sbb kenyang dgn milk.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, July 26, 2012

Main

Saya boring. Mummy & Uncle Su buat hal sendiri. Mummy tidur, Uncle Su main online game. Kakak sembahyang. Owhh...mummy saya dah percaya saya boleh handle block kayu more than 10. Sekarang block saya dah banyak.



Mula-mula kita tuang keluar semua block dari tong ni. Mudah je pun, senafas saya bising kat Mummy, terus dia buka untuk saya main.


Boring betul...dah main mesti kena kemas. Ada ke Mummy nak saya masukkan block tu satu per satu melalui lubang khas di bahagian penutup tong tu. Apa kelas...baik buat camni, cepat mudah dan tepat masuk dalam tong.



Apa Mummy...tak puas hati ke? Of course Mummy tak puas hati, Mummy tak boleh ajar awak untuk mengenali jenis dan colour block kalau main tuang masuk macam ni. Whatever Mummy, janji happy!



Aktiviti music adalah kegemaran saya. Saya suka gerakkan anggota badan bila Upsy Daisy menari di akhir rancangan Night In The Garden.



Dah tu...menari sorang-sorang je lah, no...you have to dance with me Mummy.


p/s: Sahur tadi buat nasi goreng, kering je lalu tekak. Kesian Uncle Su, nak telan pun payah.

Wednesday, July 25, 2012

Benjol

Masih belum surut bengkak hasilan jatuh hari Ahad.


Nape la Mummy dok capture gambor kita ni...


Asyik marah penguin sbb ada rambut 3 urat kepala, dah tu tak kan nak gunting pulak.




Kami di rumah menu buka puasa super duper simple, tomyam dan ikan goreng. Side dish lain keropok lekor dan buah-buahan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 24, 2012

Memory: 3 Ramadhan 1433

My body was still need time to adjust accordingly. I'm sleepy, asked toddler Azizi to bf while I’m fall asleep.

I woke up around 6.20pm, feeling so exhausted and only started cooking around 6.30pm. I did cook Kari Ayam and Sayur Campur for break fasting. Hum…the taste was not so good, forgot to tumis the rempah kari and so forth.

Haishhh…toddler was rindu’ing his Dd. Managed to kept him calm. He could not fall asleep even time has passed 12 midnight. I did scolded him as he kept calling mummy…milk…mummy…milk…later I realized that he was kembung. Took minyak Yu Yee and rub to his tummy, later rub to his leg. Then only he could sleep till morning. Poor my little baby boy...being scolded without checking his tummy conditions.

Sabar Mm, banyak sabar bulan puasa ni! Yolahhh..

Monday, July 23, 2012

Puasa

Dengan rendah diri, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan yg membaca secara terang atau senyap-senyap blog ini. Terlambat? Owhh...tidak mengapa, janji saya ikhlas untuk menyampaikan ucapan ringkas saya ini.

Bagi diri saya, sangat bersyukur diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Yea...bulan puasa banyak menguji kesabaran kita. Mcm semalam, Dd kata saya yang buat kepala anak dia benjol sebab tersadung kotak mainan lalu jatuh mencium lantai. Saya? Dah dia merengek-rengek nak turun bawah walhal maknya dah maklumkan masih perlu berada di atas untuk kemas barang. Angkat turun dan letak di ruang tamu dan berpesan duduk main dengan Uncle Su. Terus berpusing dan kedengaran bunyi wawawawa...

Kalau ditoleh ke belakang, saya cuba berubah ke fasa yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau dulu
  • malas masak untuk sahur, setakat panaskan lauk tapi sekarang cuba untuk bangun 4.00 pagi dan memasak.
  • Dd yang panaskan lauk sahur, now saya yang bangun sendiri untuk prepare sahur
  • bazar ramadhan menjadi pilihan, sekarang masakan dapur menjadi pilihan
  • suka tidur yang kualiti, tapi sekarang body saya dah adjust ikut keadaan semasa yang menuntut saya bangun awal
Semoga kawan-kawan semua menjalani ibadah berpuasa dengan lebih baik disamping keluarga tersayang.

p/s: Saya sayu tapi saya mentally bersedia, insya Allah.