Wednesday, May 30, 2012

Baby Crayon


Semalam terfikir memberi pendedahan terbaru kepada toddler Azizi..
Ibarat new discovery untuk dia la kann..
Since rumah kami tinggi melangit,
of course tak boleh nak ber'camping site' bagai..
Ok..ok..
new excitment untuk toddler berusia 1 tahun 8 bulan..

Apa dia kan...

think..

think..

Heheheh..nak introduce inilah


tapi...kena beli meja belajar dulu
kerusi dan meja yang sesuai untuk usia toddler Azizi

karang meniarap la...
posisi yg tak sihat untuk perkembangan toddler
terconteng sana sini...dinding rumah free ada lukisan pulak, kerusi Mm comot...
haishh...
tgk tetap put barrier walhal perkembangan anak sendiri...

Now difikiran Mm adalah
pembelian meja dan kerusi di Mothercare
crayon di Toy R Us
kertas A4 Dd dlm kabinet rumah

nota: gambar ihsan google image

Tuesday, May 29, 2012

Datuk Seri Syed Zainal Abidin

Bertiup kencang MD Proton bakal letak jawatan before this, dan malam ini segala spekulasi terjawab dengan statement dikeluarkan pihak Proton tersebar luas.

Sedar atau tidak pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh beliau selaku MD Proton. Banyak juga pembahruan diketengahkan, suka atau tidak sangat subjektif cuma beliau telah menjalankan amanah itu sebaik mungkin.

Mm bukan big fan dia, cuma sedikit pandangan atas kejayaan yg beliau telah lakarkan kepada Proton.

If kawan Mm yang keje kat Proton said goodbye my big boss, Mm pula nak ckp mungkin Proton kehilangan boss yang bagus dan next MD harus lebih berjaya melonjak nama Proton kehadapan. Gila besar cabaran itu...but insya Allah boleh jika right people at right time & place.

To Datuk Seri, enjoy your retirement day.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Hadiah

Benda simple tetapi kadang tu kena marah jugak Dd dgn Mm, sebab kebas wayar iPhone.

Murah tak murah RM9 tapi yang tak boleh tak layan tu warna pink.
Dd beli kat Grupon (betul ke ejaan tu, aissshhh memanjang tak sure) colour pink, blue & green.

Yang comel tu bgn tidur, Mm laju je tuju dapur nak wat bolognese utk toddler Azizi.
Tetiba kena tahan dgn Dd sambil tersengih hulur wayar pink.
Ter'blur' kejap tapi respond minta Dd letak tepi iPhone, punya la tak romantik ko ni Mm.

Apo nak romantik kalau mulut busuk, cisss...




Tq Dd, wayar ni hadiah anniversary kannn.
Spt yg diarahkan, kedudukan ia di dalam kereta Honda.

Monday, May 28, 2012

Sayang toddler Azizi

Hari ini sebelum melangkah kaki ke pejabat, sayu rasa tengok toddler Azizi. Rindu di hati bila terkenang dia terbangun nanti tak nampak Mm & Dd.

Sebab rindu yang meluap-luap, Mm nak cerita hal toddler Azizi. Ok, kita bercerita akan kegemaran toddler Azizi.

1. Suka pakai baju berlubang-lubang. Sampaikan Mm & Dd selalu kata seksi la, nampak kaki semua. Mungkin itu adalah baju yang paling dia selesa.

2. Suka Teletubbies. Gelak mengekek-ngekek. Sebab dah subscribe HyppTv, maka jadual tengok Teletubbies pun Mm & Dd kena hafal.

3. Suka makan kacang. Dah friends dengan Atok, Dd...maka suka makan kacang.

4. Suka main periuk belanga Mm. Haishhh...Mm dah lama off dapur tapi toddler Azizi setia masak untuk seekor bear kat rumah tu.

5. Suka makan nasi. Macam org Jawa.

Friday, May 25, 2012

Our 5th anniversary





My dear husband,

Thank you for choosing taking me  as into your life partner and sharing your life too with me.
My Allah blesses us, loving our family till the last breath.




Thursday, May 24, 2012

Tomyam Kung, Presint 15, Putrajaya

Pada tekak Mm, tidak sedap mana pun walau harga lebih mahal.

Ketika nasi dah habis



Cuba fikir kenapa masih byk lagi
lauk-lauk di atas meja....




ikan ni kami order stim asam limau
hanyir masih terasa
dah la dah sejuk kuahnya bila lauk ni smp di meja
mmg bukan asam limau
tah apa resepi dia belasah tah



sayur pula
udang tak segar, lembik tu... 
pedas sbb lada hitam aje haaa
rasa kuah tu langsung out..
tah apa dimasaknya!

Ok, Mm pun tak reti masak
tapi tau tinggi rendah keupayaan diri!
tak la makna nak dera org makan
masakan yg tah apa-apa dari Mm...

Wednesday, May 23, 2012

X-ray peranakan wanita

Rasanya Mm belum pernah ulas pengalaman x-ray peranakan/ rahim. Dan disebabkan dah berjanji dengan Dd, sebab kawan dia segan nak tanya Mm hal ni.

X-ray ini dijalankan pada penghujung tahun 2008, so kalau advance technology selepas itu mungkin pengalaman Mm dan anda berbeza.

Kenapa buat x-ray?
Selepas beberapa ujian dan pemantauan doc Hamid terhadap kes Mm, yelah diberi makan ubat subur pun tak menandakan apa-apa hasil maka doc Hamid advice untuk melakukan satu lagi pemeriksaan fizikal ke atas rahim. Tiada paksaan cuma bila kita cepat mengetahui root cause, doc Hamid boleh merawat Mm dengan betul.

Bacaan sebelum membuat x-ray?

Nurse di klinik doc Hamid tak advice Mm untuk really discover proses x-ray. Mungkin jika kita terlalu stress, kita takut dan akhirnya tarik diri...menyerah kalah sebab takut sakit. So yang banyak buat research pasal x-ray ni of course my husband (2 thumbs up).

Proses x-ray?

1. Mendaftar dengan dada yang berdebar-debar.
2. Salin pakaian dan sangat tidak digalakkan memakai barang kemas ke klinik pada hari berkenaan.
3. Baring di katil yang disediakan. Sila mata tu jgn nak gatal-gatal intai barangan yang digunakan.
4. Procedure klinik memasukkan tube. Jangan tahan nafas ketika ini, hanya mengundang kesakitan kali kedua sebab kena keluarkan balik tube dan masukkan semula.
5. Sedikit rasa tidak selesa bila ubat dimasukkan. Ubat ini adalah untuk memastikan tiada sumbat atau bocor pada tiub fallopian. 
6. Kita akan dipusingkan kepada posisi mengiring untuk diambil gambar x-ray dalam kedudukan berbaring.
7. Selesai procedure, tukar baju kembali. Dinasihatkan membawa tuala wanita bersama pada hari tersebut.
8. Diberi mc untuk 2 hari, berehat secukupnya bersama gambar x-ray dan report.






Apa berlaku selepas x-ray?

Ada kes yang kawan Mm sendiri alami, bila klinik x-ray discover tiub fallopian sempit maka ubat akan dimasukkan supaya % persenyawaan untuk berlaku meningkat.
Mm sendiri semuanya ok, alhamdulillah. Cuma kedudukan rahim kebelakang (bahasa org tua kita) sahaja.
Next appointment dengan doc Hamid kena bawa x-ray dan report yang dibekalkan oleh klinik x-ray.

Kebenaran disebalik pengalaman ini?

Insya-Allah jika kita berusaha untuk dapat anak, kita mampu menempuh pemeriksaan ini. Think positive. Memang sakit kerana ada benda yang dipaksa masuk ke tubuh kita, sedangkan terhiris pisau di jari pun sakit. Selepas itu, jaga pemakanan dan en suami sila memahami kesakitan yang ditanggung isteri ketika mc tu. Jangan la nak suruh masak bagai kan...