Wednesday, August 31, 2011

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri buat semua blog readers

Mohon ampun dan maaf sekiranya penulisan Mm telah melukakan hati/ perasaan/ etc anda semua secara sedar atau tidak.


Selamat bercuti disamping keluarga tersayang. Ingat .... jaga kesihatan jua, jangan melantak lemang sampai terlupa segalanya.

Friday, August 26, 2011

Maid aku lagikkk

Mm dah terperasan yang maid aku ni, kalau cuci kain manually...habis tercabut segala beadings kat tudung. Baju jangan cerita la ... memang Mm tak terasa sangat interms of RM but cacat la baju, malu le nak pakai ke pejabat macam setengah siap jahitan tu.


Bila orang tegur, menafikan sekeras-kerasnya. Come on la weiii....dulu aku cuci sendiri, 4 tahun tudung tu tahan. Kau baru wujud tak sampai 1 tahun, habis tercabut bagai. Dd lagi gangster dulu, cuci baju/ tudung aku pakai washer machine but still OK. Dekat 9 bulan gak la Dd tarah guna machine (kes Mm always bleeding, so kena totally bed rest time preggy). Takkan ko nak salahkan baby Azizi pulak, budak tu mana pandai tarik sekuat hati sampai putus benang!


Pagi Isnin lepas, Mm suruh dia cuci baju raya baby Azizi tapi kena cabut tagging/ pelekat kat baju dulu dan asing cucian ikut colour baju. Korang tau apa dia buat? Dia kan manusia kelam kabut. Hangin Mm tengoknya...tapi Mm masih diam wokeh! Main tarik je tagging tu....pastu rendam baju tu tanpa terbalikkan kain. Akhirnya, kerana B.O.D.O.H S.O.M.B.O.N.G tak bertempat maid Mm tu, dengan kertas-kertas dia basuh.


Kau ingat murah Dd beli? Ko ingat murah Nenek beli? Mm potong gaji kau nanti baru tau.

Thursday, August 25, 2011

Daddy terbalik

Korang percaya tak cara Dd berfikir berlainan dengan Mm?


Betul......Mm tak tipu! Mm dah lama kenal dia.


Memang la banyak hal di rumah Mm yang putuskan atas arahan Dd (malas nak fikir katanya) cuma mmg terang lagi disuluh apa yang dia fikir, apa keputusan yang dia akan ambil sangat berbeza daripada cara kebanyakkan kita.

.


.


.


.


.


.


.


.



Nah...ni buktinya! Lipat sejadah kebelakang instead of kehadapan.


Sila abaikan gadget disekeliling sejadah kerana Dd tengah kalut cari wayar apa tah waktu ni....

Wednesday, August 24, 2011

Island concept in washroom

I love this deco ...




Ingat dapur je boleh buat pulau, tempat basuh tangan pun boleh Yong ooiii. Kelas lagi tu dengan marbel...


....cuma....cuma....signage washroom ni je yang buat Mm terfikir:



Ladies mmg figure kembang bawah ke? Yang gentleman plak semuanya tegap belaka yek?

Mm masih ada curve wokeh....

Not that kembang mcm signage tu!!!

aissshhhhh....what's say you?

Tuesday, August 23, 2011

Party Pack Birthday Azizi

Mm heret gak Dd ke kedai nak beli goodies sempena birthday party baby Azizi. Takut kedai tutup lama-lama, karang takde benda untuk yang datang.

Since takut ter'over spent' sana-sini untuk persiapan raya sahaja, tu yang sanggup berasak-asak dengan lautan manusia shopping untuk raya. Orang beli kuih, kerepek, candies....Mm plak sibuk dengan barangan ni:





Banyak gak la korek duit kat bank tu, senggih aje budak kaunter tu terima duit daripada Mm.




Memang Mm yang melebih pun dalam hal ni, sampai rumah terus bonjotkan jadi party pack.





Plastic bag tu special untuk baby, white paper bag tu khas untuk toddler. Dah ada banyak gigi, boleh la mengunyah macam-macam.




Cuma kalau mak or pak you allos tak kasi, tak merasa la yek! And sorry from aunty...hehehhheehe

Sunday, August 21, 2011

Sale Raya @ Manjaku

Bak kata Dd, bilanya Manjaku ni tak sale. Memanjang sale, sepanjang tahun. Tengok kain rentangnya dah di makan usia.





Compare tempat lain, kedai ni mmg sesuai kalau mencari baju belasahan baby Azizi. Yakni baju yang tanpa ragu-ragu Mm lenting-lentingkan bila dah kureng di mata Mm.





Harga berpatutan dan jenis kain sesuai dipakai baby Azizi di kawasan hujan tropika ni. Tu pun garu sana-sini dengan baju lobang-lobang.

Pakaian tido mlm adalah jenis jump suit coz tidur pakai aircond tanpa selimut. Sejuk beb, Mm dan Dd dah litup dengan selimut tapi selamba je baby Azizi berdengkur. Extra dari poket Dd kerana Mothercare je jenis kain yang Mm percayai.


Jangan korang merajuk, siapa rasa nak Mm buat review kualiti pakaian dia, bak mai sini Mm try, test & review. Heheeeehhh...