Friday, July 29, 2011

SaLe @ Dubai.....




Haiyak...Mm teringin nak pakai kain Dubai. Dulu ingat lepas pregnant nak berkunjung ke Dubai, bawa baby Azizi jumpa Uncle Azizi. Uncle Azizi merangkap bapa angkat paksa baby Azizi.



Hehhehe...lawak la!! Ramai mengusik Dd bila Mm nak namakan baby dengan nama Azizi. Bukan kerana rapat or apa...cuma erti nama Azizi adalah kesayanganku.



Back to my story mory, tetiba macam mengidam nak pakai kain-kain dari Dubai. Hum...dulu malu-malu nak pesan kat Uncle Azizi, nampaknya kena tebalkan muka minta tolong eeehhhh.


Atenye tgh S.A.L.E ni kat Dubai....

Colour apa yek??? Colour blue ok tak? Grey? Purple pun cantik gak? Haishhh...dapat 2 pasang pun ok sgt dah tu...

Tuesday, July 26, 2011

Review Shaklee Trial Pack

Dd beli supaya Mm dapat simpan stok yang byk kat peti ais rumah. Biasalah, makan agak celus so keberkesanan Shaklee ni agak susah nak diperkatakan.




Cuma, bila Mm ambil secara konsisten selama 1 minggu, apa yang dirasai adalah jumlah susu bertambah. Mm tau la coz bila baby Azizi menyusu disebelah, habis basah baju disebelah yang lain. Kalau tak pump, basah baju lagi. Senang kata, asyik la basah.


Again, kena konsisten bila ambil supplement Shaklee ni. Asyik culas, celus mcm Mm mana nak dapat hasil yang bagus....


Trial pack ni untuk sebulan. Harga? Kepada yang berminat boleh menghubungi Pn. Iffa, detail check di website.

Friday, July 22, 2011

Apa perlu buat jika tetiba kuantiti ebm berkurangan?

Mm pernah diuji apabila kuantiti ebm merundum. Dengan ilmu yang agak cetek ditambah lagi pengalaman yang kurang menyebabkan Mm stress tak tentu pasal.

Psiko kepada emak/ibu/ mummy/mama/etc bila jumlah ebm yang ditinggalkan di dalam peti sejuk sangat kurang daripada keperluan si anak. Mmg stress...baby Azizi yang sedang membesar tentu perlukan susu yang banyak, hatta ketika itu dia masih belum sesuai untuk diberi makan solid food.


Don't ever-ever you dare to stop. No....nehiiiii....tidakkkkk....


So, what should you do if you in that dilemma? What should you do if you are really at the T-junction?








Here we go...you all boleh la pakai checklist ni:


1) Check semua breastpump parts dalam keadaan baik


2) Kerapkan sesi pump, 3-4 jam sekali mesti pump ....lagi kerap breast kosong, lagi banyak production susu


3) Pastikan minum air yang banyak, dalam 3 liter sehari


4) Pastikan pemakanan seimbang dan makan kerap. Jangan takut gemuk, kadar metabolisme waktu menyusukan anak tinggi. Tak caya? Mm berjaya turun ke 52.6kg selepas 9 bulan bersalin, berat yang lebih rendah sebelum disahkan mengandung. Kuat makan ok, sebelum tidur pun bersungguh makan nasi 1 pinggan penuh dan terus zzzZZZzzzz...


5) Sebaiknya waktu malam hari bangun untuk pump...yang ni Mm akui sangat susah nak lakukan. Mm praktikkan pada hujung minggu sahaja terutamanya lepas baby Azizi menyusu, terus pump.


6) Invest bateri jenis rechargeable, macam Medela Mm tau dia boleh pakai direct electric atau bateri. So, dalam perjalanan pergi dan balik pejabat boleh pump. Malu? Haishhhh...kalau dah nekad kena cerdik sikit...pakai shawl ke, kain ponco ke...kalau duit sangat terhad, ambil je kain selimut kat rumah tu!


7) Setiap kali pump jangan lama sangat, sebaiknya masa itu di'constant'kan...let say 10-15 mins...cukup arrr....


8) Invest la untuk beli double pump, hasil yang sangat berbaloi-baloi


9) Dan sekiranya ada kelapangan duit, boleh la try makanan lain yang dipercayai boleh membantu menambah susu


Harap tips di atas membantu.

Thursday, July 21, 2011

Halba penambah susu ibu

Dulu doc Atikah dah advice Mm utk minum halba tp smp hari ini tidak dicuba.

Dan apabila Berita Harian, bahagian Ratu, muka surat 20 berkongsi fakta....



.....sesungguhnya Mm dalam kerugian.

Halba banyak di dapur, murah pun....cuma rendam dan minum shj (mcm buat teh o tanpa gula).Yet, dpt meningkatkan pengeluaran sehingga 900%.

Nak cuba arrrrr.....

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, July 20, 2011

Penambah Susu Badan

Haloooo....jam di dinding pukul 6.10 pagi. Hari ni n3 ini khas utk rakan baikku, Ally.

Selain cordial hijau tu, longan juga membantu Mm tambah kuantiti oz susu.

Yang diperlukan:







Kurma merah






Longan kering (warna kuning dari Thailand, warna hitam dari China).


Boleh beli di kedai ubat Cina. Harga setahil dalam RM2.00.






Gula batu



Cara memasak:

1. Basuh bersih kurma dan longan.

2. Rebus smp kembang.

3. Mskkan gula batu.

Sebenarnya boleh kreatifkan lagi recipe ni. Jadikkan ianya agar-agar or jadikan lai chi kang.

Kalau agar-agar, dapat mkn 5 hari berterusan misalnya. Kalau lai chi kang dpt le husband paww cket. Hari tu Mm buat lai chi kang dan balance buat agar-agar, siap campur susu (recipe ikut rasa hati....hehehe).

Sumber: Kak Faiza

Tuesday, July 19, 2011

Obses Organic

Kerana baby Azizi, Mm banyak berubah...siapa sangka kan...! Mm kurang suka memasak, ditambah pulak Dd yang agak cerewet bab makanan ni. So, atas niat untuk menyediakan makanan buat baby Azizi bermula usia 6 bulan, Mm mengorak langkah.


Apa sahaja artikel pasal pemakanan bayi, Mm baca. Sorry, Mm tak layan sangat majalah ni coz isu/ bahan bacaan diulang-ulang. Mm subscripe baby center, layari Heins, Hipp, etc....


Tapi, jangan la korang ambil bulat-bulat apa yang ditulis tu. Kena digest dulu, kaji lagi. Untuk make sure sesuai dgn iklim tropika (teringat cerita Juvana...Botak semalam..hehheh...). Ok, ok...untuk make sure perut baby korang tu boleh terima makanan yang diberi.


Mm ni kan pemalu, tanya habis kawan-kawan sekeliling, kalau tak jumpa tanya pulak kot FB, email, msg. Punya la bersemangat demi anakku Azizi.


Cabaran pertama bilamana baby Azizi reject makanan dalam botol. Hehehhe...frust Mm? Yea kot sebab kalau jalan-jalan mcm leceh sikit arrrr. Tapi sepatutnya Mm happy tau...sebab makanan dalam botol rata-rata disediakan lebih awal, lebih kurang 6 bulan sebelum kita membelinya. Errr...kat mana aku baca pasal ni? Nanti Mm ingat kita kongsi bersama.


Ok...ok...harus memasak. Since baby belum tahu merasa, happy Mm (sambil tepuk tangan), at least tak le dia buek..buek makanan yang Mm masak! Checklist barangan untuk memasak hanya periuk & senduk asing dari kegunaan harian. Kenapa? Petua mak Mm supaya makanan yang dimasak tidak menyakitkan perut baby.


Selepas itu, jeng..jeng...jeng....terbaca dan berkongsi rasa dengan rakan-rakan berkenaan


O.R.G.A.N.I.C.



Statement Mm selepas ini lebih kepada pandangan peribadi. Jangan follow kalau korang tak buat kajian. Apa yang berlaku jangan nak salahkan Mm. Mm buat pilihan ini atas kapasiti baby Azizi. Dd sendiri pernah bertanya, jawapan Mm mudah...kita teruskan selagi kita mampu. Amin.


Mula dulu pun pakai beras biasa. Kemudian Mm terfikir di mana nak dapatkan sayur organic. Kenapa sayur sahaja? Sebab beras adalah single grain, mudah untuk hadam (waktu ni cetek lagi ilmu organic but sekarang pun belum Pro lagi) dan sayur rata-rata kena sembur dengan racun. Mm ada pilihan iaitu beli sayur yang banyak dijual dikedai-kedai dan cuci pakai sabun botol susu (yang boleh digunakan untuk cuci sayur & buah). Since ilmu subjek Kimia form 5 dulu dapat C6, ishh...tak caya aku sabun boleh get rid semua racun yang melekat kat sayur tu!!


Dalam pencarian kedai organik terdekat, segala website aku terjah...semua jauh. Opismate informed ada 1 di Kajang yang dia pernah gi. Selain tu ada kat The Curve. Mak aiii...jauh tu, kot aku gi IKEA logik gak! Akhirnya terjumpa secara tak sengaja kedai ini:





Kedai ni terletak di Jalan Reko, Kajang. Rupanya Kajang banyak kedai organik, since opismate aku terjumpa kedai lain.


Bekalan sayuran untuk baby Azizi dibeli di sini. Begitu juga dengan bekalan bijirin, apple cider untuk Dd (amalan Dd dipagi hari, nak taw tanya dia arrr). Kenapa beras perang lebih baik? Sebab beras perang tidak diproses sehingga bersih yakni sehingga hilang segala khasiat seperti vitamin B2, serat, etc. Dan kerana itu Mm beralih ke beras perang sekarang. Rasa sama sahaja kerana beras perang perlu direndam dahulu sebelum dimasak.


Towkey kedai ni sering berpesan, NO SALT bila masak untuk baby. Elok untuk kesihatan pun. Bila tengok salasilah keluarga...ngeri plak! Baik la aku puasakan garam ketika ini. Tapi MIL aku pandang enteng hal garam...hum...setiap orang ada pandangan masing-masingkan.


Makanan sampingan seperti biskut dan nestum (untuk kemudahan ketika berjalan) pun nak organik jugak. Yang di bawah ni Mm beli di ColdStorage Alamanda, Putrajaya. Banyak pilihan sampai rambang mata.



Mm paling suka biskut beras tu. NO SALT. Kebanyakkan biskut berasaskan beras di pasaran mesti ada garam. Aku tahu ler...ko tu bacanya kurang, PeMaLaS! Dalam penyediaan makanan bayi, garam perlu untuk membuatkan biskut tu bersifat keras/ rangup.



Harga? Memang extra la korang kena bayar. Niat Mm dan Dd, mengurangkan kandungan bahan kimia dalam tubuh badan kecil baby Azizi.


Kesihatan tak boleh dibeli, kita hanya boleh berusaha menjaga kesihatan tubuh. Bergantung kepada ubat bukan penyelesaian yang baik.


Nak tau story Mm buat di kedai organik, klik sini.

Monday, July 18, 2011

Opportunity Lost

Huhuh...ayat yang menyakitkan telinga dan panas hati daripada Dd...dah le orang tengah bengkak susu, boleh plak keluar ayat Opportunity Lost...

Alkisah, Mm tertinggal wayar pump so takleh la pump susu di pagi Ahad. Mm walau weekends kena pump at least 2x, kalau tak bengkak susu or baby Azizi minum smp nak termuntah/ termuntah terus.

Paksa baby Azizi minum since rasa tak selesa dan dia pun layan minum smp nak termuntah. Punya la banyak minum...dan rasanya dia pun confuse nape la Mummy aku suruh minum banyak-banyak, biasa malas nak layan aku sangat!!

Dan akhirnya pukul 9.30 malam, dapat wayar terus pump. Sebelum tu berlaku adegan berebut wayar dengan baby Azizi. Dapat 10 oz utk 10 minit....hum...dalam keadaan begini masih banyak rezeki untuk baby Azizi, alhamdulillah.