Monday, September 24, 2012

Beg dokumen hitam

Owh...ingat lagi tak kesusahan Mm mencari beg dokumen hitam sebelum ini. Kalau ingat2 lupa, klik sini.

Pencarian diteruskan di Sunway Piramids, Gardens & MV baru-baru ini. Antara beg yg memikat jiwa sanubari Mm:



Kulit, sgt cantik, 1 compartment shj. Harga? Hum....after diskaun pun masih RM600+. Baik Mm topup sikit lagi, dpt beli handbag SF.



Yang ni pun kulit, ada 3 compartment. Harga pun RM600+.

Personally Mm lbh suka design beg di pic no.1 berbanding pic no.2 gitu. All these items korang boleh dapatkan di leather avenue, sunway piramid.

Selain itu, Mm cuci mata tgk handbag kat kedai yg sama. Of course, gorgeous gitu di mata Mm:



Oren klasik gitu. Now mmg semua benda org perempuan tgh dilanda color block. Harga mmg tak tanya but confirm kulit.



Lime green. Beg ni katanya trend terkini, ada 1 compartment kecil berzip namun dokumen size A4 or F4 boleh diselit juga dlm beg ini. This one mmg handbag cum dokumen bag gitu. But for Mm use mmg tak sesuai coz kena nampak formal, sesuai dgn appearance yg dikehendaki.

But, at last Mm jumpa jugak dgn beg yang disukai.



Jenama Padini, harga RM149, 1 compartment + 1 small compartment di hadapannya, 1 belt jika nak sling di bahu.



Tengok, demo letak laptop 11", wayar, buku nota dan pencil box.

Friday, September 21, 2012

Dessert ala Malaysia style




Durian cheese, cam makan lempok aje style kampung dulu-dulu.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 20, 2012

Sofa Panjang

As korang tau, sofa rumah Mm warna kelabu cair. Sayang la jugak Mm kat kerusi ni, sponsor kan...



Kisah drama bermula bila little Azizi yang demam ketika itu molek je minum air Vitagen warna hijau di kerusi ini. Kemudian dia buat experiment kat botol tu, keluarkan straw dan tebuk pulak cap aluminium botol tu. Cecuba bayangkan sambil tebuk lubang tu, gigi tu dok sibuk gigit straw.

Maka tertumpah la air tu di atas sofa kesayangan Mm. Harus dijemur gini:


Dan semalam, kejadian termuntah atas sofa pula berlaku. Lebih mengharukan kurang 1 jam sebelumnya molek je little
Azizi minum air tembikai. Faham je la kan, muntah tu ada unsur color merah, payah nak bersih. Terpaksa buka sarung sofa, buang kotoran dan keringkan. Sebenarnya kena dry clean, tp better buang kotoran supaya tak melekat. Tu pun color merah masih ada.

Terduduk kepenatan la Mm lepas membersihkan muntah tadi. Tetiba, hai....sedap je landing situ:



Korang nampak tak? Little Azizi yang dlm proses nak baik demam berehat sambil tgk cartoon.

Bertuah betul anak Mm ni, malas nak g pakai baju baru.

Kenapa muntah? Korang ni pun sama dgn Dd, nak tau nape muntah. Hum...ada org tu minta milk dgn Mm, perut dia
pulak kenyang dan tetiba dia rasa mual. Terjadilah kisah muntah atas sofa.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 19, 2012

Black Suit

Tempah kain tu je coz my black blazer masih cantik. 2 button blazer tu cuma Mm terbutton 1 utk penggambaran di atas. Cewah...

Mana tempah? Maroz AU3 Keramat. Berapa? Utk kain tu sahaja RM130, kain dan upah jahit.



Perbelanjaan berhemah, Mm yang berkeluarga mmg kena kira banyak sikit berbanding org lain.

Monday, September 17, 2012

Owhhh...FAREEDA Nyata Jelita

Ingat demam akak Mm dah habis kat FAREEDA, sekali diajaknya lagi sekali (kira kali kedua la) meredah jualan Mahsyur 2012.

Jom lihat hasil rembetan kami berdua.



Wah Mak Aji, kelas dengan tudung Suzanna 2 layer terbaru. Pink gitu. Nenek kena tgk YouTube kalau nak laras layer luar sama ada labuh atau singkat Berapa? RM120.



Ni pulak Sofiya 3 layer corak leopard, baru jugak...ekekekke! Dari status tak nak beli, terbeli pulak!! Berapa? RM140.



Ni tokey of the day, 3 dia rembat. Ni tudung yang di paling syok, stok baru of course suka kan. Tudung Sofiya 3 layer corak bintik2 la kat mara Mm, leopard corak jauh sekali salah. Berapa? RM140.



Yang ni pulak Rozanna 3 layer. Berapa? RM120.

Match tak tudung hijau tadi dengan baju Mm ni?



Never mind, minda saya kata cari kuning masturd.




Yang ni pula Sofiya 3 layer berharga RM150.

Perhhh...terbaiklah FAREEDA.

Saturday, September 15, 2012

Beg dokumen hitam

Amboi...siap beg dokumen kena cari bagai, cam mimpi pulak coz all this while sokmo Mm usung ke hulu hilir beg susu ni:



Errr...baru perasan selama ni tak pernah ambil picture dgn beg yang banyak berjasa itu.

Alrite, baru-baru ni Mm telah melakukan kunjungan pernah hormat untuk mengintai aka mencari beg dokumen yg menarik di mata.

Sebelum pegi jalan merata, buat sikit homework. Agak di hati ingin mencari beg dokumen yg tidak terlalu besar dan sedang elok boleh menjalankan tanggungjwb sbg handbag dalam masa yg sama.




Yang ni ok, tapi mcm tak lepas kalau nak msk fail. Harga RM90.



Another beg, saiz lebih besar sikit. Kira kalau masuk fail, small laptop lepas molek gitu. Owh, ada colour hitam tapi snap colour ni coz malas nak tukar posisi beg2 kat situ. Harga RM100.

At same time, Dd pun tolong cari sama beg dokumen.



Not bad la citarasa Dd. Tapi mahal kedaung.

Cuma kepala ini terfikir la kan, ado ke tak beg dokumen yang lebar dan tinggi sikit. Kira really look like handbag namun sebenarnya ia adalah beg dokumen. Kira multipurpose gitu.

Thursday, September 13, 2012

Sayang

Little Azizi,

Mummy sedih tau sebab bila mummy tanya, azizi sayang mummy ke kakak, agak2 azizi apa jawapan Azizi?



Laju Azizi jawab kakak.

Mummy kecil hati, penat mummy jaga Azizi tgh malam sbb Azizi demam waktu ini.

Nanti dah besar, Azizi kena tahu yang Mummy sayang sangat pada you!

Walau kekasihku kesayanganku penghibur hati nakal, mummy sayang sehingga nafas terakhir.

- Posted using BlogPress from my iPhone