Wednesday, January 18, 2012

Aki @ IJN

Siaran tertunda, lama benar dah sekitar bulan Disember 2011


Aki sakit kepala...rupanya denyutan jantung dia semakin lemah...hanya sekitar 20-30 denyutan setiap minit. Manusia normal? Hum...since I'm not a doctor...range denyutan sepatutnya between 60-80 seminit. Betul ke? Salah tolong betulkan.



Dd agak penat...rush to office and hospital.




Tunggu Aki keluar dari lab...pasang pacemaker




Baru selesai procedure pasang pacemaker kat IJN




Membayar la tuan....tapi jumlahnya masih tidak mahal...sangat la dinasihatkan mereka yang berkunjung ke IJN...tolong parking di tempat yang disediakan...open parking or covered parking...harga sama...jangan menyusahkan pengguna jalan Tun Razak...kalau tak nak bayar parking, tak payah melawat oranga sakit kat IJN...orang sakit pun nak berehat

Now...Aki dalam tempoh pemulihan...but he's looking better from day to day...insya-Allah akan sihat seperti selalu kembali.

Tuesday, January 17, 2012

Garret Popcorn @ KLCC

Macadamia Caramel Popcorn. Size medium. RM36 shj.




Time nak byr tak cukup duit, pusing belakang dan jerit...bang duit tak cukup! Hehehe

Second time beli, Dd campur caramel dan cheese...sedap jugak cheese tu...ibarat makan twisties perisa cheese...


Must try everyone!

Monday, January 16, 2012

Congrats Najwa




Sangat cantik rakanku ini...selamat berumahtangga & semoga kekal hingga akhir hayat.

Nursing Room @ Isetan KLCC

Mm pun heran bila ada parent tergamak letak anak-anaknya di nursing area ni while diaorg sibuk shopping.

Kebisingan tempat ni sgt la mengganggu pengguna lain, smpkan segala benda mereka test. Pintu Mm pun bantai ditolak, panas hati jugak la coz my baby boy merengek tak boleh nak tido.






Wahai ibubapa sekalian, awasi anak anda. Jika menyusahkan, jgn bawa mereka ketika nak shopping sakan. Kalau tak boleh jugak, jgn beranak ramai. Keselamatan anak adalah tanggungjawab ibubapa. Kalau anak hilang atau diculik, nak salahkan siapa?




So, Mm...better you take note about this. Katanya KLCC ada juga bilik breastfeeding yang besar di Concourse level, terletak bersebelahan bilik sembahyang. I will drop by one fine day....hehheheh

Friday, January 13, 2012

Club Med (Part 6)

As promised, ni adalah siri terakhir cerita percutian di Club Med Cherating pada tahun 2011.


Ni dah check out, pukul 11 kami kena loading segala beg ber'zip' di luar bilik untuk diangkut oleh mereka ke main area Club Med. Kami biarkan stroller utk diangkut oleh mereka jua. Hanya beg berisi laptop dan trolley kecil berisi makanan Azizi shj kami bawa sendiri.


Errr...you all tak perasan ke baju 88 kami? Baju Club Med Cherating ni...baguiiihhhh perabih duit kat store dia. Hum...walau after discount, to me still mahal. At first nak cari baju utk Azizi je but at last Dd and Mm pun ambil seorang 1. Tapi kami colour sama....nak samakan Azizi takde plak pilihan.



Satu-satunya gambar bertiga bukan dalam simpanan Mm. So kena tunggu Dd upload kat blog dia la pasni.

As conclusion:
1) Percutian yang mengujakan dan seronok
2) Thinking nak pergi Club Med di Pulau Maldives (betul ke ejaan) suatu hari nanti, tempat lain food yang serve tidak halal
3) Sememangnya bila dah check in tu tak perlu nak gi luar dah...setakat nak beli tuala wanita pun store mereka ada sediakan. Hahhahah...pengalaman sendiri ni!
4) 3D2N tu macam pendek je...maybe kena pergi 5D4N kalau nak main semua games...dan cuba elakkan pergi time dekat-dekat Christmas..ramai sangat orang la...tu je...
5) Kalau anak kategori baby tu...as mother you still not 100% enjoy or rest...so kalau nak best sikit pergi bila your children dah age 5 years old and above


Itu sahaja...opsss...Mm ada beli firdge magnet peta lokasi Club Med di kawasan Asian...lain kali la kalau nak tengok magnet harga RM21.90 tu...


Anyway...thanks my dear Dd as you brought us to this exciting place.

Thursday, January 12, 2012

Tangan Kanan

Tangan kanan Mm telah memukul tangan kanan Azizi pada 11 Januari 2012, pukul 8.45mlm kerana main tong sampah dapur.



Pukul sepenuh hati dgn niat utk mengajar dan ingatan. Dan sesunguhnya Azizi menangis kesakitan dan mengerti perbuatan itu salah sbb bila basuh tgn dia respond dah.

Club Med Cherating (Part 5)

Huiiiissshhh...jenuh jugak la nak perabih cerita Club Med nihhh....sebelum jadi tukun, sebelum Dd sound lagi 1x...Mm pasti hanya lagi 1 episod akan datang sahaja...ekekekek syok la korang coz penantian mmg menyesakkan kepala kannn...

Ok...kali ni anda bakal dihidangkan dgn scenery sekitar Club Med...


Wokehhh...ini private beach di Club Med Cherating...berada di balik bukit yang tinggi dan di teluk....untuk ke sini, kena naik choo-choo aka mini train mcm kat Zoo Negara tu...FOC la yea...setiap setengah jam akan ada pick-drop kat stesen yang telah ditetapkan...


Kawasan ni juga adalah tempat preferable utk kanak-kanak bermain air laut, aktiviti kayak dan sebagainya...kalau datang ketika bukan musim tengkujuh, katanya keadaan air di sini adalah lebih tenang...yelah, dok kat teluk gituww


Muahh..muahhh...muahhh...sini ada restoran yang menghidangkan food sama kat tmpt penginapan...kalau tak salah sebelah mlm pukul 7.30 dan 7.45 pm trip perjalanan choo-choo...tak plak kami mencuba...Azizi kecil sangat coz lalu di celah-celah pokok hutan...




It's bird...walau tak edit yang penting fotographer tak terror ni berjaya dapat meng'capture' aksi bersahaja mereka berdua...


Informasi keadaan air laut memang sedia di papan ni...tinggal baca atau tidak sahaja...in fact bendera juga dikibarkan sebagai panduan kepada pengunjung...waktu ni bendera hitam...mmg dangerous kawww-kawww...


Ha...ni plak kat pantai tempat penginapan kami...pagi ni...ramai tidur lagiii...on the way ke tempat makan, kami decide guna jalan tepi laut...suka-suki je bagi nama kan....well, you know me...


Suasana cam na hujan, mmg menguji stamina anda yea...kena buka langkah kalau hujan turun dussssssssshhhhhhhhhhhhhhh gitu...!


Nampak tak bukit kat belakang tu...disebalik bukit tinggi tu lah terletaknya private beach tu...tgk air laut yang dushhhh...ganas betul...tu pasal takde org gatal nak main air kat sini...


Seorg pengunjung je yang jog tepi pantai...seorang drp 600 orang...punya la kehidupan tak sihat...kami ni kategori jalan-jalan...mende bakar lemaknya...


Ha...kat sini la tempat semua aktiviti di jalan kan...hijau je kan...i like...sejuk mata i tau...


Yang ni plak rumah penginapan...mmg sejuk mataku memandang...ekekekkeke