Tuesday, October 11, 2011

Halwa Strawberi

Sedap rupanya.....


tapi kalau penghidap kencing manis, kena banyak minum air coz mengandungi gula...




Pilihan yang lebih value for money, tahan lama cket berbanding strawberi segar.

Monday, October 10, 2011

Bekerja & bercuti di Cameron Highlands

Sangat taxing tapi sangat seronok kerana dapat juga bercuti bersama Dd & baby Azizi. Walau masa terhad untuk spend bersama menikmati panorama Cameron Highlands, namun sangat berbaloi. Penat di badan pun belum habis lagi, baby Azizi pun demam mungkin keletihan memandangkan asyik keluar masuk bilik hotel, ditambah lagi suasana sejuk dan hujan ada ketikanya.



Malam Sabtu makan steamboat, sangat sedap. Halal wokeh...dah la sayurnya fresh, kruuukraaap bunyinya. Pastu sup dan tomyam tidak mengecewakan. Satu kepala RM23 nett. Kedai mana? Lupa namanya tapi kedai itu terletak betul di sebelah Hotel D'La Fern.


p/s: Thanks Pn. Awatif....belanja kami makan. Semoga Allah murahkan rezeki Puan lagi....


Ni pergi melawat .....teka sendiri la. Kami bekerja di hari Sabtu....


.


.


.


.


.


.


.


.


Tak tau kat mana?

Cuba pic separuh kat bawah ni...agak-agaknya kat mana?



Sangat bertuah kan....pernah masuk TV3 pun....kagum kauwww



On the way balik, hujan selebat-lebatnya. Sangat risau coz kami semuanya perempuan. Siap pesan bos suruh jangan laju-laju sangat. Kira bos semua guide kami, ada di depan & belakang.




Banyak kejadian tanah runtuh. Sangat takut, depan mata tanah tergolek, tanah melurut turun, tanah runtuh, sangat takut....


hum...dimana salahnya manusia?



Pagi Ahad yang dingin...sejuk kauwww. Bukti baby Azizi dah sampai Cameron Highlands.




Makan strawberi ais krim di kedai YS, Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Sesiapa yang mementingkan kebersihan dan Halal, sila datang ke Taman Sedia untuk mendapatkan strawberi segar hingga ke produk strawberi yang lain.



Scone strawberi. Not bad...harga RM3.50




Seminggu lagi Dd nak outstation. Manja je korang berdua yea...



Di Smoke House Cameron Highlands. Interior design sangat English style. Ke sini untuk merasa scone yang paling di recommend oleh orang ramai.


Perasan tak kerusi Ikea? Dah le baby Azizi model tak berbayarnya. Padan la mahal barangan Ikea, sampai ke atas bukit produknya.



Scone ini sangat rapuh & lebih buttery berbanding scone lain. Dihidangkan dengan cream dan strawberi (bukan jem bodoh yea...). Sebab tu harga tak hingatttt...RM25 untuk 2 scone dan satu cawan teh.



Comot sudah...makan je apa Mm kasi.

Friday, October 7, 2011

Cameron Highlands

Kami on the way to Cameron Highlands (CH) ketika ini. Mm ada kerja nak kena buat while Dd akan berehat sambil menenangkan minda. Baby Azizi dan maid pulak dapat bersejuk-sejuk dalam cuaca sejuk CH.

So, info tempat yang menarik dan boleh dilawati Mm dah tolong cari. Terpulang pada Dd. Yang paling Mm suggest adalah:


  • Cameron Organic Produce Farm, Brinchang untuk tengok proses tanam sayur organic

  • Taman Agro Al Mashoor, Kg Taman Sedia, Tanah Rata untuk semua hal berkaitan strawberi

  • Smokehouse untuk afternoon tea & scone

  • Bharat Cafe - Teh Tarik (TT) session

  • Mardi CH

  • Kea Farm untuk membeli sayur-sayuran atau buah-buahan sebelum bertolak balik KL

So, lawatan Ahad adalah terpulang kepada masa. Maid aku kalau dapat jalan kat Mardi pun kira baguih daaaa...

Thursday, October 6, 2011

Morning bluessss....

Buka mata, masak bubur untuk baby Azizi.



U all rasa boleh kering ke pinggan, mangkuk, periuk, cawan, etc kalau main longgok je kat bekas tu? Mm punya pendapat perlu ada skill, so kering molek je msk kabinet dapur terus di pagi hari, tak payah nak berlap bagai.



Maid Mm ni, sejak Mm kecilkan air di dapur, dia bantai cuci baju baby Azizi kat bilik air. Gini la rupa dia....so Dd, camna nak resolve masalah ni?

Wednesday, October 5, 2011

Minta duit

Mm pening kepala bila mana time nak buat party @ makan-makan kat opis aje, mesti ada pihak yang berkecil hati, muka masam, buat perangai tak mau bayar, tak mau makan, tak mau itu ini.


Penat la weiii.... job scope aku bukan nak dengar segala benda tu, yang penting majlis berjalan dengan lancar. Apa yang korang sedih-sedih tu terpaksa Mm tolak mentah-mentah, kalau idak tak siap le kerja.


Cuma...yelah, tiap orang ni macam-macam ragamnya. Jangan sampai kita menagih simpati orang tiap kali nak organise majlis sudah. Kita sendiri perlu memberi sumbangan wang dan tenaga dalam menjayakan majlis tersebut.


Mungkin betul kata kawan-kawan Mm, orang Malaysia ni suka dengan perkataan 'FREE'.


mode: kepala serabut berfikir .....

Tuesday, October 4, 2011

Anak susuan

Mm memang tak ready wokey....


sangat tak ready kalau ada yang sudi nak jadi anak susuan Mm....


bila dia minum je susu Mm....


dengan segera Mm halau dia....


macamana nak terangkan hubungan kau dengan baby Azizi....


Siapa kau?


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.

....entah Encik atau Cik atau Puan....

bernama semut....

Monday, October 3, 2011

Happy 13th months birthday




Perkembangan you sangat membanggakan, dah pandai duduk sendiri dr pembaringan & mulut agak riuh.