Monday, August 15, 2011

Kuantiti EBM di Minggu Kedua Bulan Ramadhan

Sangat teruja bila kuantiti ebm lebih meriah sekarang, alhamdulillah.



8 Ramadhan = total dlm 10 oz rasanya...kalau tak salah, sangat lupa ketika menulis ni!



9 Ramadhan = 8 oz pagi, 4 oz tengahari, 4 oz petang = 16 oz



10 Ramadhan = 7 oz pagi,....=15 oz



11 Ramadhan = 15 oz



12 Ramadhan = 12oz



13 Ramadhan = 5 oz (weekend aje terus M.A.L.A.S)



14 Ramadhan = 7 oz (weekend aje terus M.A.L.A.S)


Ya Allah, syukur atas nikmat ini. Dengan limpahan rezeki ini, dapatlah baby Azizi hilang lapar dan dahaganya, untuk membesar dan menjadi orang yang bijak, cerdik, cergas, cerdas.

Amin.

Friday, August 12, 2011

Sepupu disebelah Dd

Baru-baru ni, baby Azizi telah pulang ke kampung untuk bertemu aki, nenek dan cousin. A bit cranky bila bertemu cousin nyer....


Kenalkan Husna. Sangat aktif sampai muka baby Azizi pun dah ditamparnya. More advance since dia dah boleh merangkak, terbalik sana sini, berdiri ....




Owhhhh ... baby Azizi tak suka duduk dalam walker ni. Mungkin too pinky la Dd.


Seterusnya, kenalkan Hazim. Berumur 5 tahun. 1x je baru berjaya berpuasa penuh, tu pun jenuh dipujuk oleh Nenek. Katanya siap ada sehari tu siap call aki minta beli nasi ayam, kalau tak dia pengsan sebab puasa. Allergy dengan Pak Long dia, ibarat Pak Long dia ni roll model. Semua Pak Long gitu ... siap pesan Pak Long ambil kat sekolah nanti, a.k.a driver je la kan.




Pak Long .... awak ni hebat sangat ke? Kihihihihih ...


Mm rasa ... I lagi hebat!! Hehheheh

Thursday, August 11, 2011

I'm IT savvy too!

Baby Azizi sangat aktif menjalar (bahasa pasar orang tua) sana sini bila atas tilam. Paling dia gemar main adalah plag internet, yang kebetulan dekat je dgn posisi tilam. Selain itu, dia juga gemar .........................



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.







Agaknya dia mesti kata dalam hati....kenapa la Dd aku ni suka sangat pandang screen iPhone ni? Aku tengok takde la besh nyer pun. Mm aku pun sama...ni salah Dd sebab beli 2 je iPhone, aku tak dibelinya! Mintak iPad belum nampak lagi .....

Wednesday, August 10, 2011

Kuantiti EBM di Minggu Pertama Ramadhan

Ramadhan ya Ramadhan ...... seronok menjalani ibadah puasa disamping keluarga tercinta.

Catatan ebm Mm di minggu pertama Ramadhan tahun ini:

1 Ramadhan = 3oz pagi & 11oz pejabat = 14oz
2 Ramadhan = 3oz pagi & 11oz pejabat = 14oz
3 Ramadhan = 5oz pagi @ pejabat, 5oz tengahari @ pejabat, 2oz petang @ pejabat = 12oz
4 Ramadhan = 5 oz pagi @ pejabat, 5oz tengahari @ pejabat
5 Ramadhan = 4 oz (1x sesi je)
6 Ramadhan = 4 oz (1x sesi)
7 Ramadhan = 3 oz (1x sesi)

Nampaknya ada keperluan kekerapan sesi pump dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh!

Tuesday, August 9, 2011

Kepentingan Resume

Resume penting utk orang yg sedang mencari kerja. Terutamanya kepada fresh graduate mcm adik Mm, kazen Mm.



Mungkin fresh graduate memandang enteng kertas yang dihantar kpd HR tersebut. Dan mungkin juga sikap fresh graduate yang tidak mencari bersungguh-sungguh format/cara/kaedah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada HR.



Sesungguhnya tiada siapa jua ambil kisah. Siapa bertanggungjawab untuk memberi komen terutama kepada bangsa sendiri? Tentulah harapan tersebut tergalas di bahu ibu dan bapa secara tidak langsung. Sudahkah anda melaksanakannya? Tepuk dada, tanya selera.





Dan apabila Mm terlihat akan resume seperti di atas, sangat dukacita. Improve yang sangat banyak perlu dilakukan. Antaranya:

1) Cari kertas yang lebih berkualiti iaitu tebal 80mg better drp 70mg
2) Gambar mestilah jelas, kalau nak jimat pun cari lazer printer
3) Format terutama yang pakai kotak-kotak, make sure dari atas smp bawah mesti sama. Ni
kejap berkotak, kejap tanpa kotak walhal cerita sekolah aje part kotak-kotak tu.
4) Di bahagian reference, kena letak nama...bukan general opis or fakulti. Sape kat fakulti tu
kenal semua students dia dalam satu-satu batch? Ko ingat ko glamour ke...?
5) Bukan semua salinan photostat certificate ko kena hantar....ni smp sijil masuk lari rentas desa
pun ada...sebaiknya dalam resume state aktiviti luar yang pernah diwakili. Nanti time
interview jangan lupa bawa sijil origional. Kot menang award dekan pun tulis la dlm resume.
Make sure highlight yang outstanding achievement shj, kalau tak jadi macam karangan la
pulak.
6) basic kena ada sijil degree/diploma/latihan, academic trasncript, sijil SPM, PMR, UPSR. Lain-
lain berdasarkan permintaan daripada pihak HR tersebut. Kalau nak hantar photocopy pun
make sure jelas.

Kalau sekadar menabur resume tapi kualiti sangat boleh dipertikaikan, baik jangan bersusah payah hantar dan membazir duit.

Fikir-fikirkannnn.....insya Allah anda berjaya jika berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal.

Monday, August 8, 2011

Seminggu berpuasa ...

7 = tujuh = seven = sieben




.






.






Apakah misi memasak juadah berbuka untuk Dd berjaya setakat hari semalam?






Jawapannya terperinci seperti di bawah:




Isnin: Tomyam, karipap (segera), mix jus, teh-o


Selasa: Kari Ikan, kangkung dan roti canai (segera), jus grape, teh-o


Rabu: Asam pedas ikan, kacang buncis, kuih varde (segera), air longan


Khamis: Sambal sotong, ikan bilis, telur dadar, karipap (segera), air longan, air soya panas (beli)

Jumaat: berbuka di rumah mertua


Sabtu: berbuka di rumah mertua


Ahad: berbuka di rumah mak Mm




Rasa masakan Mm? Kena tanya Dd untuk jawapan telus ....tengok dia makan aje, mungkin lapar mendahului rasa lidah kot waktu bulan Ramadhan ni. Yang penting bebas MSG atau segala perasa tambahan...TUMIX ke, AJINOMOTO ke, PATI AYAM Tesco ke...apa-apa sahaja! Komen terbuka Dd di sini.

Sunday, August 7, 2011

Pregnancy Test

Hohoho...gapo pulok Mm nok ceto nihh?


Dobar ke mu baco?


Awat mu dobar-dobar pulokk.


Dd ceria OK... seceria matahari yang menyinari bumi.


Alkisah, Mm kuat sangat makan. Untuk confirmkan segala persoalan, buat test sendiri di rumah. Tester beli di klinik sahaja. RM5 sepeket. Mmg murah dari yang available di farmasi lain.




Jawapan kepada soalan tester di atas adalah ............



roll drum please ................



.



.



.



.



N.E.G.A.T.I.V.E