Wednesday, February 9, 2011

Survey untuk Birthday Party Azizi

Mm tengah sibuk sangat. Sibuk memikirkan birthday party baby Azizi yang akan berlangsung pada hari raya ke 4 tahun ni. Pelbagai perancangan di minda Mm tetapi banyak pulak kekangan nyer. Kalau orang kata poyo, mungkin kot sebab first time arrange birthday party untuk baby Azizi.

Kek

Serabut jugak bab kek ni. Mm berhajat nak kek tu shape nombor satu. Kenapa? Supaya sama dengan Mm kecik-kecik ada kek nombor 1. Secret Receipe tak accept, order apa shape yang ada aje. Nak order kat orang, gila ke apa time-time raya Mm nak kek untuk hari jadi. Ada option lain, tapi masih peringkat rahsia.....

Goodies

Party bag standard yg jual kat kedai banyak, so settle la issue bag. Dalam bag nak isi benda kan. Apa nak bagi, bagi biasa-biasa karang kena mengata plak, bagi luar biasa karang over plak. Last-last Mm ambil pendekatan beri yang terbaik kepada penerima. Dan Mm tak nak had kan pemberian kepada kanak-kanak sahaja. Karang yang datang Tok, Nek...nak jugak merasa! Yang dah confirm:
1. Coklat dengan pembungkus istimewa (ni dah ada tempat utk tempah)
2. Cookies warna-warni (ni dah ada idea & tengah cari org yg sesuai utk ditempah)
3. Gula-gula (ni masih peringkat berangan lagi)
4. Pop corn (siapa bole supply?)
5. Belon
6. Topi

Makanan

Sebab hari raya dan 2nd September tu hari Jumaat, majlis dibuat selepas Asar. So fikir-fikir masak nasi minyak, ayam masak merah, dalca, acar. Mungkin goreng meehoon. Kuih mungkin karipap & roti boom (sebab dah ada dalca). Tambahan nugget & drummet ayamas.

Air

Sirap wajib coz kazen baby Azizi suka. Air panas teh & teh o.

Tema keseluruhan ke arah keceriaan.

Siapa ada idea lagi??? Share la sikit....

Tuesday, February 8, 2011

Bila dah tertinggal parts swing .....

Wah...kalut aku! Macam nak terkeluar biji mata bila tengok bag hitam takde tupperware putih berisi parts swing. Terus aku rasa dunia ni kelabu aje! Aku terpa Dd kat katil sambil buat-buat nak menangis (nak minta simpati) & maklumkan barang tertinggal kat Kuantan.

Almaklum Dd ni org IT savvy sikit, terus call sana sini. Then dia ajak Mm gi Bangi, tengok-tengok kot-kot barang yg dicari ada di sana. On the way ke Bangi, Mm surf Fabolous Mom page untuk dapatkan nombor phone, nak tanya buka ke...dan ternyata buka!

Di Bangi, first stop kat Manjaku. Kecewa kerana barang yang dicari tiada. Terlihatkan kedai Susuibu.com, Mm minta Dd patah balik. Sedikit rungutan dari Dd. Alhamdulillah, barang yang dicari ada dan Mm yang agak kalut sedikit dilayan dengan sangat baik.

Tersengih-sengih naik kereta sambil maklumkan kat Dd duit Mm dah melayang RM109.00.

p/s: Pengalaman Dd pasal perkara ni boleh baca di http://tehckosong.blogspot.com/

Wednesday, February 2, 2011

Kisah shopping Mamy Poko

Mm masih pakai pampers Mamy Poko untuk baby Azizi. Adil buat Azizi kerana minum susu ibu so penjimatan itu diberi kepada pampers.

Kebiasaannya, kalau beli pampers ni Dd akan kira berapa sen sekeping pampers tersebut. Paling murah kami dapat beli sebelumnya di sebuah kedai Semenyih. Bukan kedai ubat ok!

Hari Isnin baru-baru ini, Mm cuba membeli pampers Mamy Poko di Carefour sebab ada discount sikit. Sekali Mm dah terlepas, harga dah naik semula sehingga RM55++. Balik la Mm dengan penuh kehampaan.

Semalam, TESCO pulak buat promosi. Pek jumbo bagi size M berharga RM41.68. Pek ni ada 66 keping pampers. So, sekeping jatuh RM0.63 gitu. Biasa beli dalam RM0.70 ++ la. Jimat sikit duit Mm & Dd.

Kenapa Mm suka Mamy Poko? Sebab punggung Azizi tiada masalah. Itu memang Mm bersyukur sangat. Dan memang betul la kata Mamy Poko tu...real breathable cover and waistband. Kenapa? Sebab bila baby Azizi kencing, Dd akan tahu jika ketika itu sedang bermain bersama.

p/s: Dd outstation nanti siapa la nak main-main dengan Azizi....

Baby Azizi dah 5 bulan

Mummy doakan Azizi sihat daripada selesema & batuk, sihat sepenuhnya daripada ekzema, sihat, cergas, cerdas.

Azizi lebih bijak sekarang, panjang akal..... pantang nampak nenek pakai tudung, dah perasan nenek nak bawa jalan-jalan. Yelah, manja sangat dengan nenek, almaklum duduk dengan nenek dari lahir sampai sekarang.

Masih suka bermain dengan orang lelaki berbanding perempuan. Dengan mummy sebab nak susu aje....kalau dah boring dengan daddy mula cari mummy...

Mummy sayang Azizi nak....

Monday, January 31, 2011

Azizi demam lagi

Alahai baby Azizi demam lagi...kali ni berjangkit dengan Mm. Sekarang musim orang batuk selesema, walau Mm dah berhati-hati sebelum ada direct contact dengan baby Azizi, akhirnya tetap terjangkit jua pada dia.

Pada 27 Januari 2011, di pagi hari sebelum ke pejabat, Mm angkat Azizi untuk turun ke bawah. Terdengar di telinga Mm yang hidung dia berhingus. Tapi Mm fikir mungkin itu sahaja. Balik dari pejabat, terus mandi dan pump susu. Selepas satu jam, turun dan pegang Azizi.

Mm : Ya Allah, nape panas sangat kepala dia?
Kak D (bibik Azizi): Dia demam kak.
Mm : Sejak bila? Tadi dah panas ke? Nape tak beritahu saya?
Kak D : Pagi lepas mandi ada keluar hingus dan kahak. Pukul 12 kepala dia panas.
Pukul 2 gitu saya buka aircond, pukul 4 ambil suhu dia dah 37.
Mm : Nape kamu tak telefon saya?
Kak D : Saya tak mau akak terkejut.
Mm : Jangan begitu, lain kali telefon. Saya boleh balik dan bawa dia ke hospital.

Adoiii....sakit kepala aku!!! Terus call Dd dan maklum status kesihatan baby Azizi. Rupanya Dd dah dekat nak sampai rumah. Terus Mm call klinik tmpt Dr.Afifah (second PAED utk Azizi, TQ to K'Mieja coz introduce doc ni pada kami) tapi takde doc yang available malam tu. Macamana ni....adoiii, anak dah merengek dengan selesema & batuk. Terus search KPJ Kajang. Got it, fuhhhh...lega coz klinik pakar buka sampai pukul 9 malam.

Jumpa Doctor Meena. Baby Azizi pun beri respond yang positive. Senang nak buka mulut, nak check temperature, check telinga, timbang. 1 je yang bagus pasal baby Azizi coz dia tak buang kain basah yang kami letak atas kepala dia. Tapi Mm pun dinasihatkan pakai mask kalau handle baby bila diri Mm selesema/batuk/sakit lain-lain.

Ambil ubat, terus balik rumah. Beri Azizi makan ubat tapi, dimuntahkan balik segala ubat dengan susu sekali. Siap dah tercekik. Dan tak pasal-pasal Mm dimarah Dd. Mm dah blur bila Azizi tercekik, tak tau nak buat apa. Dengan badan Mm habis kena muntah Azizi, kena marah .... kunci aja mulut sebab fokus utama Azizi kena sembuh.

Dan sepanjang malam Azizi tidur tak lena, tak apa Azizi, Mummy peluk you sepanjang malam. I will miss that moment bila you dah besar & malu nak dipeluk Mm lagi!!

Thursday, January 27, 2011

Anak itu amanah kepada ibu bapa

Mm nak mengeluh besar hari ni. Apa nak jadi dunia sekarang, suka hati nak buang/ dera/ bunuh anak kecil. Nama pun anak, maka perlu bimbingan daripada keluarga terutama ibu bapa.

Mm cakap ni bertujuan ingatkan diri sendiri juga. Anak kita, kita yang corakkan. Pagi ni Mm tersentuh hati. Sampai hati si ibu memarahi anak di pagi hari pada pukul 7.30 pagi. Anak menangis tanda apa? Kalau dia bayi, mungkin kerana pampersnya atau nak susu atau sakit atau nak tidur. Kalau dah ke tadika? Tak cukup tidur kah atau ada sesuatu di tadika itu sehingga dia tertekan?

Mm nak cakap terus terang. Jika anda semua mudah mendapat anak, bersyukur kerana tak perlu habis beribu ringgit untuk mendapatkan anak. Kalau rasa marah sekali pun atas tindakan anak itu, ingat dia adalah diri anda kerana cara anda membesarkannya membentuk peribadi anak anda.

Mm sendiri kurang setuju untuk memukul anak atas sikap degil si anak. Rasanya sebagai ibu bapa, kita perlu fikirkan cara yang lebih baik untuk memaklumkan kesalahan si anak. Mm ni dah siap tanya Dd, boleh tak jumpa pakar psikologi kanak-kanak, kalau boleh bayi dan kanak-kanak. Nak buat apa? Mm nak fahamkan apa yang sedang difikirkan oleh Azizi. Dan apa approach terbaik untuk mendekati Azizi, mengajar dia tingkah laku yang betul dan jika dia gagal, apa cara terbaik Mm nak menegur kesilapan dia.

Besar cita-cita Mm tapi itu la pengorbanan ibu. Sehingga saat ini, hadiah terbaik Mm boleh beri kepada Azizi adalah susu ibu. Itu yang termampu Mm berikan.

Semoga Azizi memahami yang Mm memang sangat sayang padanya.

Wednesday, January 26, 2011

Happy Birthday Daddy

To our beloved Daddy,




From people who love you most,
Azizi & Mummy

p/s: Penat latih Azizi utk ckp Happy Birthday Daddy & kemudian hug Dd...tapi macam takde hasil aje!!! Apa nak bagi niiiii .....