Monday, January 24, 2011

12 ribu???

Pagi ni dalam perjalanan ke pejabat, telinga melayani sok sek radio Hot FM.

Dan terfikir la Mm....betul ke kalau blogging ni boleh dapat RM12 ribu sebulan? Biar betul... tapi itu lah tajuk bual bicara Hot FM pagi ni.

Blogging pada ketika ini macam trend....bukan berhajat nak buat duit sangat pun!!! Kalau ada blog yang nak menunjuk tu, Mm tak boleh nak komen la. Ada yang offer services yang dia boleh buat. Ada yang berkongsi pengalaman, ada jugak yang berkongsi pandangan berkenaan sesuatu perkara. Apa pun setiap blog ada kelebihan dan kekurangan. Yang membaca, sila berfikir 100 kali sebelum mengambil ianya sebagai final.

p/s: Mm rindu nak blogging hari-hari tapi terlalu sibuk....

Monday, January 17, 2011

Bersuluh di dalam kegelapan malam

Sekali dikenang, rasa nak ketawa berguling-guling pun ada. Mana tak nyer, ada ke orang sanggup menggunakan lampu suluh di tengah malam buta untuk menyiapkan kerja? Pulak tu di zaman lampu petik suis dah menyala.

Tapi orang itu adalah saya, seorang ibu yang terdesak dan ekoran tak mau baby Azizi terjaga bagi menyudahkan kerja sekolah saya.

Walau Dd dah bagi signal suruh buka lampu, Mm degil. Walau berdegil, baby Azizi tetap menyanyi meminta teman tido. Langsung Mm tido tanpa siap kerja sekolah.

Dan tadi, Mm dah habaq pi kat kawan Mm....jadi ibu ni boleh tulis buku lah!!!

p/s: tu tanda happy ke sebaliknya?

Friday, January 14, 2011

Bunyi-bunyi

Anak bujang ku sekarang dah macam-macam perangai nyer....dah makin besar maka makin pandai hasil pemerhatian atas dunia sekeliling.

Semalam, sambil minum susu dia boleh buat sound-sound yang pelik-pelik, macam nak mengerang pun yer, macam nak meneran pun ada, macam...haish risau dibuatnya! Puas kami pujuk jangan buat sound tu nanti sakit tekak dan atas faktor degilnya sang bujang, kami tutup lampu. Hehhehehe...terus senyap, saja nak psiko mak pak dia kan....

Cerita lain, disebabkan Azizi tak happy lepas minum susu 4 oz. Dan pagi ni Dd dah masukkan susu 5 oz dalam botol. Hai, makin pandai anak bujang Mm ni. Since Dr Atikah adviced utk beri susu ikut demand Azizi dan jarak masa minum mesti 3 jam sekali bagi memudahkan pengurusan masa Mm yang dah bekerja ni, maka Dd bersemangat mengharung kedai membeli botol baru demi anak bujangnya.

Thursday, January 13, 2011

Bakal dapat kawan baru?

Sedang sibuk mengepam susu petang semalam, tetiba dapat panggilan telefon daripada kawan di opis lama.

Rupanya dia dapat surat utk bertukar ke pejabat Mm sekarang.

Happy to hear akan ada teman baik di sisi kembali. Dan sesungguhnya jika benar dia ke opis saya, boss dia sememangnya sangat sporting.

p/s: Tapi bos kawan saya akan turun ke tingkat bawah....adakah saya akan di bawa bersama? Tapi bos saya masih di atas...saya nak bilik besar a.k.a bilik mesyuarat di tingkat bawah...hahhahah

Friday, January 7, 2011

Duit

Siapa tak nak duit kan...duit pun ada macam-macam jenis. Contohnya duit raya, duit kahwin, duit judi, duit itu, duit ini....

Mm terfikir akan duit ketika memandu pagi tadi. Sedang otak ligat mencongak duit yg perlu dibayar kembali kepada Hakam, pop..pop..pop..macam mana org kaya menilai duit.

Utk kes mcm Mm, duit gaji +- RM3,000. Kalau org jual barang dengan RM30, benar la Mm rasa duit yg dibayar bernilai RM30. Kalau perlu bayar RM300, betul rasa kena byr RM300.

Tapi kalau gaji org kaya RM30,000, adakah mereka rasa seperti Mm rasa. Adakah mereka akan merasa bayaran RM30 tu mcm byr 30sen sahaja? Atau bayar RM300 itu seperti membayar RM30 sahaja nilai nyer?

Bukan apa, Mm pernah menyatakan pada husband, jika gaji dia RM20,000 maka dengan senang hati Mm nak duduk rumah sahaja. Kira nak jadi pengurus rumah, boleh jaga Azizi dan tak perlu pakai pembantu lagi. Kira itu cita-cita Mm. Dulu kecik-kecik tanya pasal cita-cita, Mm nak jadi guru besar. Tak semestinya cita-cita itu akan menjadi reality cuma dengan adanya cita-cita kita akan cuba mengapai bintang yang lebih tinggi.

Azizi suka lagu bintang tau...ala, lagu twinkle little star. Nanti dia akan cakap...hayyy..hayyy sambil tersenggih-senggih. Tu la lagu Mm nyanyi ketika dia dalam perut. Dan dia ada buku besar bertajuk lagu ni. Mm dah mula melabur duit ke arah buku-buku untuk Azizi mula membaca, development of child gitu!! Kelas malam Azizi adalah bersama Dd dia la....

Mm dan husband decide tak mau ajar dia ABC, tak mau minda dia tertutup dengan ABC. Nak minda Azizi kreatif, kalau boleh dia tgk perkataan FISH terus sebut fish. Kami berhajat nak rangsang kedua-dua belah minda dia. Dah macam-macam kami plan utk dia, insya-Allah kami akan membesarkan dia supaya jadi lebih baik daripada apa yang kami punyai.

p/s: I love u, u love me, we are happy family....

Wednesday, January 5, 2011

Azizi demam

Pertama kali baby Azizi demam. Kesian tengok, mata kuyu dan badan tak bermaya. Keadaan Mm dan Dd mestilah kalut, first time anak demam. Kepala baby Azizi sangat panas pukul 3 pagi pada 04 Januari 2011. Sambil menyusukan baby Azizi, kain kecil basah diletakkan di atas kepalanya.

Merengek la baby Azizi sehingga pukul 6.30pagi nak tidur atas peha atau dlm pelukkan Mm. Since suhu badan baby Azizi tak turun ke 36 degree celcius, tak kerja la Mm. Rupanya Dd pun buat keputusan tak kerja.

Tepat pukul 8.30 pagi, Mm call hospital tempat Dr. Afifah bekerja. Alhamdulillah, Dr. Afifah ada bermula pukul 9.30 pagi - 3.30 petang. Pemeriksaan awal Dr. Afifah menunjukkan yang demam baby Azizi bukan kerana jangkitan. Mungkin terkejut dapat suntikan 2nd dose 3 serangkai.

Ubat perlu diambil 2x selang 6 jam. Baby Azizi menangis apabila makan ubat, Mm confuse terus rasa...mmg tak sedap pun ubat Paracetamol perisa oren tu!!! Jalan akhir campur dalam susu. Confuse kejap baby Azizi tapi alhamdulillah dia habiskan jua susu.

Pagi ini, kesihatan dia bertambah baik. Mm dan Dd dapat melangkah keluar pejabat dengan tenang, alhamdulillah. Baru sahaja call pembantu di rumah, Azizi tak demam katanya. Elok-elok sahaja keadaan dia.

p/s: Anak...siapa tak sayang kan!!!

Monday, January 3, 2011

Cuti-cuti Malaysia

Alhamdulillah, impian daddy & friends untuk mengadakan cuti-cuti Malaysia. Walau banyak pertukaran berlaku di saat-saat akhir, akhirnya Lumut, Perak menjadi pilihan.

Kami menginap di Marina Cove Apartment 1 bilik. Check in 31 Disember 2010, pukul 4.00 petang, bilik nombor 507. Tapi....sekali ada sambutan new year da kat taman tema air sebelah apartment. Punya la bising. Azizi boleh aje tidur since dah terbiasa dengan bunyi bising-bising. Mercu meletup pun Mm dan azizi relaks aje tido....hahahhahah!!! Makanan 1 bintang daripada 5 bintang. Kekemasan & kebersihan bilik dan kawasan sekitar Mm bagi 1 bintang jugak.

Terubat hati sikit daddy sanggup nak bawa Mm makan seafood yang sedap pada 01 Januari 2011.

Next stop kami ke Ipoh, Perak. Menginap di Impiana Hotel. Bilik nombor 709, cantik dan selesa. Tapi yang tak best Azizi belajar menangis kuat-kuat dan sampai hari ni kalau nak apa-apa dia akan menangis kuat-kuat, hanya daddy je boleh nasihatkan dia. Komen pasal makanan, Mm boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Kami ke Ipoh atas dasar pencarian kopi yang sedap, yang sering diperkatakan tapi malangnya tidak berjumpa. Yang ada kedai kopi lama yang diusahakan kaum Cina. Hampa sungguh....

On the way balik ke Semenyih, Daddy beli buah potong-potong di Hentian Behrang. Melantak la Mm mangga masam dan akhirnya Azizi kembung. Hum...

p/s: Kepala Azizi teruk luka sebab gatal...tapi adakah doctor ada sebab hari ni 1st day mendaftar sekolah?