Wednesday, November 3, 2010

Hari kedua ....

Alhamdulillah Azizi mudah diurus oleh nenek dan atok. Positive la tu. Cuma kelakar bila aku balik je rumah, dia tengok aje ke mana aku pergi. Nak susu sangat smp buat chap..chap..chap. Bila dah bagi, minum smp muak...itu pun nasib mummy dah pump keluar before balik dari pejabat.

Ada ke patut aku sembelit semalam. 1 jam dok kat toilet. Rugi masa 1 jam tu, elok-elok boleh spent dengan Azizi, hum....

Malamnya, again dia nak aku yg tidur kan. Daddy dah tutup mata awal-awal. Akhirnya aku bawa Azizi tidur sebantal dan peluk dia rapat-rapat. Tidur nyenyak sehingga 3.00 pagi, tu pun dia resah gelisah. Aku bagi susu dan kejut daddy minta tolong tukar pampers sementara aku ke toilet.

Dan tepat pukul 5.30 pagi aku beri Azizi susu sedikit, dia blum lapar la. Tido balik dia...dan macam biasa aku dan suami sibuk bersiap untuk ke pejabat.

Sekarang, aku kena balik rumah....kesnya tertinggal alat breastpump. Dan aku sedang menahan sakit sekarang.

p/s: Jauh tu weiiii....

Tuesday, November 2, 2010

1st day keje selepas cuti 60 hari

Pagi tadi kena complaint dengan husband, lambat katanya. Aku jawab balik, baru nak cari make up dan sebagainya tadi.

Mak pun complaint kata patutnya semua brg dah sedia sejak mlm hari. Bukan di pagi hari baru nak kemas semua. 70% aku dah kemas cuma Medela pump & ice pack je tak masuk bag lagi.

Ingat nak kejut Azizi utk minum susu sikit sebelum beransur ke pejabat, tapi tak sempat. Azizi pun tido lagi. Cium pipi kanan dan terus memecut ke office.

Yang best setelah lebih 6 bulan tak drive, aku masih boleh drive la...mcm tak caya cuma tak terror lagi dah...

Dan pukul 8 pagi aku kalut cari plag untuk pump susu, kalut sebab lupa bawak 2 pin punya slot. Akhirnya pinjam kawanku, Mariaty punyer wayer....hahhaha, anyway 10q yer...

p/s: tetiba baju basah pukul 11 pagi, too early & kwn kata sbb aktif sgt gerak2 aku ni...ye ke?

Monday, November 1, 2010

Masih mencuba ....

Aku masih mencuba menggunakan Avent Digital Bottle Warmer. Nak salahkan botol boleh tak? Sebab guna Dr Brown tapi bila nak suamkan bantai pakai Avent.

1st time pakai, just nice suhu ebm.
2nd time pakai, salah ajor mak. So kena panaskan another round.
3rd time pakai, sejuk sikit ebm tu. Tak plak aku panaskan sekali lagi.
4th time ..... lagi 2 jam baru boleh buat test!!

Doa:

Ya Allah, mudahkan urusan penyusuan anak ku, Muhammad Azizi Syalia. Amin.

p/s: Bukan mudah nak jadi mummy ni kann....

Salah tarikh

Sejak bersalin ni, aku ado penyakit baru. Suka salah tarikh.

Kes 1

Salah tarikh tengok appointment Azizi. Boleh ke dah sampai depan pintu hospital baru sedar salah tarikh datang nak jumpa Dr. Atikah Lee. Sabar aje la tengok buku tu terang-terang tulis 6/11/10.

Kes 2

Salah tarikh naik kerja selepas cuti 60 hari. Terang-terang kat MC tu tulis until 1/11/2010 (inclusive).

p/s: SABOR aje la Mr.Daddy......

Friday, October 29, 2010

Pampers Mamy Poko

Boleh dikatakan yang aku & Dd adalah pengguna tegar Mamy Poko. Ramai yang perli kata pakai pampers mahal la, anak pertama je mampu nak pakai pampers ni la, dan mcm2 lagi yang aku pun dah penat nak amik tau.

Kenapa pampers Mamy Poko?

1. Sesuai dengan ukuran Azizi sebab kami ada pengalaman beli cawat pampers tu rendah, bila berak Azizi menangis sebab najis melimpah ke belakang. Azizi ni pandai geli sikit!

2. Banyak pampers tak mampu nak tahan najis besar Azizi setempat. Mungkin popo pocket Mamy Poko membantu Azizi dalam hal pembuangan.

3. Boleh la pakai lama sebab Azizi yang kuat kencing tu selamba pakai 3-4 jam baru tukar lain.

4. Harga yang kami dapat murah.

Di mana kebiasaannya beli Mamy Poko?

Yang ni aku kena bagi credit to Dd, sebab kerajinan dia explore kedai-kedai bayi alhamdulillah jumpa sebuah kedai yang menawarkan harga bagus.

Kedai tu hanya terdapat di Semenyih Sentral. Nama kedai The Little One. Waktu operasi Isnin - Sabtu, 10.30 pagi - 8.00 mlm.

Harga pukul rata, tak kira size apa pun dijual dengan harga RM34.50. Kedai ubat pun masih mahal tau!!

p/s: Setakat ni duit dilaburkan pada pampers aje. Kalau ada maid boleh pikir nak pakai CD kot..

Thursday, October 28, 2010

Sale Fisher Price @ Isetan

Kalau ikut perancangan, malam ni Azizi dah dapat Fisher Price bouncer dia. Tapi disebabkan Dd busy dan tak sempat nak ke Isetan, esok malam la baru Azizi dapat ROCK his world!

So, sekalian mummies and daddies....tak salah kalau ada kemampuan untuk belikan anak anda barangan Fisher Price. Dari risikan khabar diterima, diskaun kali ini bersempena dengan ulang tahun Fisher Price.

Macam bouncer yang Mm dah aim sangat tu (Mm yang lebih-lebih dari Azizi), most probably ada diskaun up to RM80. Ok la tu kan...kalau harga asal RM290, esok Dd kena bayar RM210 je...

p/s: Mm nak paw Dd sebab dah berjaya jual parking lot kat apartment tu...hehheh

Hari pertama belajar BOTOL

Since aku dah nak start keje on 02 November 2010, maka Dd telah mengarahkan Mm untuk membiasakan Azizi dengan BOTOL. Mm positive yang Azizi OK je dengan BOTOL, tapi baik atok, nenek & Dd takut benar.

Hari ini, Azizi telah diberi BOTOL pada pukul 9.40 pagi dan 11.30 pagi. Kesian kerana pada sesi 11.30 pagi dia telah mencemikkan muka tanda sedih yang amat sangat. Yelah, nampak Mm tapi tak dapat 'gayut' la plak.

Atas dasar kemanusian, nenek telah membenarkan Azizi 'gayut' pada pukul 2.30 petang. Itu pun kerana pada pukul 12.55 tengahari, Azizi terjaga dari lena ayam. Oleh kerana nenek belum sudah masak, terpaksa la Mm pegang. Kesian Mm tengok, sebaik sahaja Mm pegang dia terus disuakan bibir kecil dia ke sisi, ke dada Mm minta susu. Mm buat tak tau, lagi pun belum masa minum OK kerana belum cukup 2 jam. Menjerit la dia tanda minta simpati, atok cuba menenangkan Azizi tetapi GAGAL. Akhirnya Mm kena ambil alih tugas nenek di dapur aka TUKANG MASAK dan nenek sahaja berjaya memujuk Azizi. Itu pun menjerit Azizi ketika tukar pampers, takut kena tinggal kat katil sorang-sorang plak!

Dah dapat gayut, apa lagi Azizi buatkan..dia minum sampai tong perut penuh dan melimpah-limpah. Siap bangun tidur muntah kat bantal nenek. Minum balik pun pukul 5.30 petang. Nenek haru, cucu nangis pukul 4 petang dah minta BOTOL dan dia lupa nak check pampers. Rupanya Azizi dah berak, tu yang nangis sebab geli punggung tu.

Dia nangis balik pukul 7.30 petang dan kali ni dibenarkan gayut, konon-konon Mm dah balik office la...

p/s: Mm kena kuat semangat, jangan kesian cepat sangat....