Tuesday, May 25, 2010

Nice to have...

Pagi ni nak sarung cincin ke jari, terasa ketat dah. Al maklum berat pun dah bertambah-tambah berkilo-kilogram, takkan kecut pulak jeri-jemari ku ni. Terus terdetik dalam hati, boleh kot request hubby beli cincin baru kat bini yang comel ni. Hehhehehe...

Tapi rasanya nanti dia akan memulangkan paku buah keras. Since kerja aku sekarang menilai itu ini, apa yang aku nak ni akan jatuh kategori 'nice to have'.

p/s: Tgh risau sebab semalam perut begitu lawas membuang, baby boy senyap aje, hum..nape yea??

Monday, May 24, 2010

Oh.....

Terkesima..terkejut..tak terkata-kata..apa yang patut aku lakukan sekarang??

Asalnya, boleh bermalam sebelum tarikh kursus. Lega kami apabila mendengar ianya, tapi keputusan tersebut perlu diubah di saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu.

Aku kasihan untuk meminta suami mengambil cuti dan menghantar aku ke sana. Dia juga ada keutamaan terhadap majikannya. Rata-rata kawan aku jua semua kebuntuan. Dan untuk 'car pool' dengan mereka aku tidak berani.

Jangan aku kena tinggal dalam khemah sudah...apa pun, belajar berdikari...

p/s: Aku hanya membawa seorang sahaja bersama iaitu..baby boy!!

1 pengembaraan, 1 niat

Seorang kenalan abang telah mengajaknya melawat Bandung sekali lagi bersama-sama. Aku diam membisu, bukan tidak bersetuju atau bersetuju (maintain neutral) tapi jauh disudut hati aku ingin ke Dubai.

Yea..sudah hampir 2 tahun kami tidak berjalan-jalan bersama. Kemungkinan banyak dari sibuk hingga ke ujian demi ujian yang terpaksa kami tempuhi dengan sabar dan tabah. Tapi peringatan dari majikan pagi ini lantas membuat kotak fikiran aku berputar.

Jika ingin disenaraikan tempat-tempat yang ingin aku lawati, baik dalam negara mahupun luar negara, mungkin senarai itu melebihi 1 tempat. Biasanya aku ke sesuatu tempat itu atas dasar HUBUNGAN. Tidak perlu aku huraikan, hanya diriku memahami erti ianya ketika ini.

Kenapa Dubai? Kerana jemputan dari teman rapat suami yang sedang bertugas di sana.
Kenapa Dubai? Kerana kota yang cantik tanpa pengisian, betulkah? Itu yang ingin aku cari.
Kenapa Dubai? Kerana nak naik business class punya pasal...hheheheh..boleh HUBBY yea!!
Kenapa Dubai? Kerana kain-kain mahalnya....mentang-mentang dah dapat kain mahal Beijing, demand pulak aku ni.

Tapi, norma manusia...pernah puas ke dengan 1 keinginan? Hahhahah...tika menulis ini pun aku boleh berbisik, boleh tak lepas tu ke Mesir terus. Apa pun, setiap perjalanan itu sebenarnya bertujuan membuka minda, mencari pembaharuan dalam kehidupan dan perkara-perkara positive yang lain.

Macam parents aku, jauh ke Spain time 'ash volcano' ni tapi dengan tujuan mendalami sejarah Islam, bagaimana ia bermula dan bagaimana ia boleh runtuh. Apa pun, ianya bermula dengan 1 niat di hati.

p/s: Camna nak jalan, time aku free, husband busy dan ia akan berlaku sebaliknya selepas itu.

Sunday, May 23, 2010

Anniversary ke 3

Next week on 26 Mei 2010, it's our 3rd anniversary. Hehhehe..this year probably more special as we are 3 instead of 2.

Tapi...where to celebrate? Ohh...please, anyone had idea? Of course dinner is a MUST!!! So far in my list is PULLMAN.

I even had no single picture of myself now...ramai nak tengok tapi tak gak ambik2, hhahahha!!! Hope hubby could help to sort out this matter.

p/s: Dah seminggu tak update blog, sorry readers!! Really busy.

Saturday, May 15, 2010

Nak??

Semalam kononnya nak makan sate di kajang dengan geng aku, sekali majority ada adhoc meeting, translation task dan yang tak boleh keluar dari opis pun ada. Bak kata Irene dulu-dulu, "untuk menyambung perjuangan". Bunyi macam lawak tapi mungkin ada kebenarannya. Ini adalah kali kedua cerita makan-makan kami ditunda. Dan akhirnya kami sepakat untuk mengadakannya kemungkinannya pada pertengahan bulan 6.

Kerja di tempat sekarang:
1) kalau balik pukul 8 malam tu perkara biasa la...dapat balik pukul 6 petang tu kira magic tau...
2) adhoc meeting tu normal, lunch time tu adalah waktu makan dan sembahyang...tepat pukul 2 dah kena siap sedia untuk menerima tugasan
3) boring bila tengok hasil kerja orang ala-ala aje...penat kami merancang, itu aje hasilnya?

Dan petang ini, mummy nak gi beli bra untuk aku. Yang ada ok cuma perlu juga yang lebih selesa!!!

Friday, May 14, 2010

Schedule

Hari-hari ku untuk 3 minggu lagi sudah penuh. Interesting? Tertakluk kepada penilaian diri sendiri.

16 Mei - 19 Mei = Lab session
20 Mei = Visit
21 Mei = Meeting
24 Mei = Presentation
27 Mei = Pregnancy check up (nak apply cuti ke idak??)
28 Mei = Kenduri
31 Mei - 6 Jun = Training

p/s: Harus bergembira jika masih ada kerja yang perlu dilakukan!! Baru senang nak isi SKT!!!

Thursday, May 13, 2010

Kaedah Pembelajaran

Since aku dan Yanie tinggal di opis dan yang lain pergi lawatan di IPPH, kami telah diajak oleh TP1 untuk sama-sama berkongsi ilmu berkenaan "KAEDAH PEMBELAJARAN".

Banyak yang aku belajar. Dan sekarang aku memahami kenapa ibu bapa hendakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Cuma cara kita mencorak mungkin berbeza. Pilihan terletak pada tangan kita sebagai ibu dan bapa.

Apa pun, aku akan cuba merangsang left brain & right brain baby boy. Dan kemungkinan aku terus mengajarnya membaca instead of kenal huruf. Kenapa? Biarlah rahsia... kalau sesiapa nak tahu, call la TP1 aku...hahahahahha...ada berani ke??? Since dia dah nak pencen, boleh lah dia buat side income, support bumiputra la sikit!!!

p/s: tersengih-sengih sebab tak sabar nak present kat husband!!!