Monday, April 26, 2010

Hanya kerana 1 keping borang penyata gaji tahunan

Ini bukan syok-syok nak membebel yea, ini benar-benar luahan rasa aku atas apa yang berlaku. Mungkin ia boleh menjadi sempadan bagi mereka yang sedang berkhidmat atau bakal berkhidmat dalam bidang penyediaan penyata tahunan pekerja.

Memandangkan aku mempunyai 2 majikan bagi tahun 2009, aku ni macam penagih pulak..tagih nak dapatkan salinan penyata gaji 2009. Patutnya dapat original copy tapi

1) ada yang hilang, siap kata dah ada org collect bagi pihak aku.

Jawapan ikhlas: Aku tgh cuti 1 bulan, kalau kawan2 dah ambilkan, sure dah dok dlm bin aku kan..

2) ada yang dah normal pos, tp still tak sampai2 kat umah mak aku.

Jawapan ikhlas: Aku dah check address tu betul, takkan postmen Semenyih sembunyikan surat aku pulak..

3) ada smp marah2 sebab aku minta 3 orang tolong aku dapatkan copy hari ni.

Jawapan ikhlas: Aku dah terdesak, tinggal 4 hari lagi utk isi online LHDN dan buat pembayaran.

4) ada smp minta lebih masa utk buat copy sebab nak cari dan cerai sebelum buat copy utk aku

Jawapan ikhlas: Janji anda tolong, aku dah cukup happy. tapi mana origional aku??? Have to review kaedah kerja tau...!!!

Apa pun, aku puji majikan PETRONAS kerana awal-awal lagi pekerja dan dapat origional copy pendapatan tahunan dan kaedahnya 1st class. Nak tahu apa maksud 1st class? Itu tugas anda yang bekerja dalam bidang menyiapkan slip pendapatan tahunan pekerja, mungkin boleh buat sharing session untuk maklumat lanjut. Aku tak interested nak ambil tahu sebab aku buat keje bidang lain.

p/s: Nasib aku ada geng yang baik hati mau tolong...semoga anda murah rezeki kawan2 ku...

New fesyen

This week I'm in 21 week. Alhamdulillah, aku makin sihat dan semua yang aku rancang berjalan lancar. Tapi aku masih berhati-hati, berjaga-jaga...ishh, dah nak jadi mcm guard pulak ayat ni!

Ok, apa yang aku rancang adalah untuk membeli baju preganant mama pada minggu ke 20. Kenapa? Tah, aku harap perut waktu tu dah besar sikit dan kalau pakai baju preganant mama tu nampak la perut aku (sebab tak mau orang tanya selalu sangat).

Alkisah, sang suami pun telah memperuntukkan sehari iaitu hari Sabtu lepas untuk menemani aku shopping. Sebenarnya, aku dah g survey bermula petang Jumaat di Bangi. Harga, design dan colour boleh tahan tapi aku tak mau beli lagi sebab nak gak gi tengok dulu baju pregnant mama kat Mid Valley.

Mula-mula tu aku masuk kedai Mother Club, cantik la jugak tapi aku hanya berminat dengan 1 blouse biru belang-belang, itu pun sebab colour kerana design biasa je. Baju dress dia sama ada berat (kain 2 lapis tu nak buat dress, mau tak berat) atau colour yang tak menarik langsung.

Kemudian aku masuk kedai Modern Mum. Sini fesyen ala-ala kain tak cukup, so kalau aku yang bertudung ni nak kena pakai baju 2 atau 3 lapis. Since Malaysia ni bukan jenis 4 musim, aku tak prefer sangat. Panas la woiii...ibu mengandung ni cepat berpeluh-peluh. Tapi dia ada panty khas untuk ibu mengandung, hum...yang mak aku n mak ngah aku sibuk war-war kan suruh aku pakai...hum, mahal gak sebab RM50 sehelai.

Since takde yang aku minat, suami aku pun ajak le gi Gardens. Aku ingat K'Ros pernah informed kat sana pun baju cantik-cantik tapi aku malas nak jalan jauh-jauh, capek gitu (ish..teringat kat Pak Iman yang nak datang 12 Mei ni).

Sambil menyelam, aku pun minum air. Aku hangkut husband aku masuk Mothercare. Hehehhe...ni la kedai aku nak beli barang baby. Sebabnya mudah...kerana 1 stop center...jadi, tak payah la aku nak jalan banyak-banyak hanya nak beli barang ini di sana, barang itu di sini...aku pun bukan larat sangat nak shopping merata. Dan yang penting, jenama yang aku dah set nak beli tu ada dijual semuanya di kedai ni. Tapi kan...mak aku belum apa-apa dah informed kepentingan sterlizer untuk botol baby. Hum..kena beli la tu...takde pilihan.

Lain-lain, hubby masuk kedai combi, aku masuk Mum's Care tengok Madella breast pump & cooler bag yang mahal tu...pasal la nak jual mahal-mahal...jual murah-murah dah la...mentang-mentang hospital semua pun pakai Madella, hentam kasi mahal!

Akhirnya aku beli gak baju kat Bangi. Oh...itu nanti aku post di hari akan datang.

p/s: Aku rasa aku nak buat wish list la...ekkekeke, sape-sape kawan aku yang nak kasi hadiah, boleh kot pertimbangkan list tersebut.

Friday, April 23, 2010

Bahan Bacaan

Opis saya ada library, kalau org kata takde bahan tp di sini, nak bahan apa...ckp sahaja dan insya allah akan diusahakan untuk ada di masa hadapan.

Terpulang kepada kita sama ada untuk membaca atau tidak, jangan kata majikan tidak prihatin pulak yea.

Sebenarnya aku ingin menulis mengenai majalah Pa&Ma. Aku dah lama tidak membelinya hanya kerana isu yang sering diulang-ulang berkali-kali, aku rasa macam takde pembaharuan sebab kadang-kadang tu ayat bulan 12 bulan sama dengan bulan 1 yang lepas. Ini pandangan peribadi aku, tidak berkait dengan mana-mana pihak.

Ada orang beli semata-mata nak tengok fesyen ibu mengandung dan ada orang beli sebab menu kanak-kanak. Tepuk dada dan tanya selera anda. Aku? Since ada supplier kat opis baru ni, aku bakal meminjam daripada beliau sahaja, cukup untuk aku baca sudah..itu pun jika isu itu tidak diulang berkali-kali.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada kawan aku tu kerana sudi berkongsi maklumat dalam Pa&Ma dan semoga beliau akan murah rezeki. Amin.

p/s: baru nak baca Pa&Ma bulan lepas...=>

Jamuan pagi

Sebagai ibu mengandung, saya gemar makan buat masa ni. Kalau anda sebut, belum tentu saya nak makan. Saya mesti lihat dan kalau nak, ish...bagai nak taufan nak. Bak kata saya, dapat sesudu pun jadi la.

Pelabagi versi org tafsirkan kebesaran perut saya. Ada kata owhh, kecik berbanding saya dan ada juga kata owhhh, besar kalau ikut * bulan. Ikut la kan...tapi buat masa ni saya selesa 'sorok' a.k.a tutup dengan tudung yang dipakai.

Berbalik kepada cerita jamuan pagi ni, jamuan ini anjuran unit saya bagi menyambut hari jadi beberapa staff, jamuan perpisahan dan jamuan welcome. Antara menu yang ada adalah kek Secret Receipe, lontong, pulut kuning, rendang, sate, kuih, pisang, etc. Memang yummy...

Since i masih blum membayar (sebab gaji i tak masuk bulan ni...sabar aje lah...) yuran bulanan, i kena control comel walau nak makan for 2, am I rite?

p/s: Mati aku gaji balance RM1200 nak guna untuk 1 bulan...aduiihh!!!

Wednesday, April 21, 2010

Krisis ekonomi

Aku rasa rata-rata rakyat Malaysia masih tidak terasa bahana krisis ekonomi. Kemungkinan dasar & langkah yang diambil kerajaan Malaysia tepat pada waktunya.

Namun, jauh disudut hatiku, masih tertanya-tanya...jika benar berlaku krisis di negara Malaysia, adakah aku bersedia dengan keadaan itu? Bagaimana jika keadaan benar-benar memaksa, lebih-lebih lagi melibatkan hal kewangan? Jika hari ini aku masih seronok makan di kedai, adakah esok aku akan mula memasak di rumah? Jika hari ini aku seronok menggunakan aircond, adakah aku sedia menggunakan kipas? Jika hari ini aku seronok membayar tol RMXX, adakah esok aku sanggup naik bas?

Setiap kali krisis ekonomi berlaku, setiap kali itu nama krisis akan diberi. Yea..dulu aku tidak pernah ambil pusing masalah ekonomi, aku jua manusia yang mudah berubah untuk peka dengan masalah sekeliling. Namun, keluargaku telah berkali-kali berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi krisis ekonomi. Cabaran itu benar hebat...tanyalah mereka warga emas jika mahu mengetahui kisah sebenar itu.

Oleh itu, aku masih dalam pencarian apa itu BUMI HIJAU, DOT.COM FIASCO, etc. Siapa rajin nak share info dengan aku??

p/s: Aku rasa memori minda aku mcm dahaga sgt la...

Tuesday, April 20, 2010

Hanya kerana 1 bus stop

Hum..maaf la yea...aku fight untuk kepentingan students yg population lebih besar dari staff. Since both bossess dah advice utk kaji balik, sila la buat keputusan yg betul. Dan sebagai perunding, bawak2 ingat yg awak perlu mewakili pelanggan sebaiknya, bukan bersikap menunding jari kembali kepada pelanggan.

Too young kot utk jadi perunding!! Fikir-fikirkan yea...

Monday, April 19, 2010

People is asset, time is opportunity

Kenapa tah sejak 2 menjak ni aku sangat teruja dgn bahasa-bahasa seperti tajuk di atas. Aku kagum, walau sibuk tetapi setiap bos mampu untuk memetik kata-kata seperti di atas. Ini jelas yang mereka rajin membaca, tidak seperti aku yang masih bermalas...



Bila nak berubah? Bila ada baby? Baca dan fahami...susah sangat ke??



Semalam, selepas borak-borak kosong dengan ayah and mummy, terkeluar la perkataan di atas. Hum..betul la...bos rajin membaca sebab ayah masih membaca setiap helai NST setiap hari, tanpa gagal. Niat dihati nak baca BLUE OCEAN STRATEGY tapi bila nak kesampaian tah...balik umah..terus tutup mata.

Weh..weh..weh..