Tuesday, June 26, 2012

Sale




Bila nak buat jumbo sale ni???? Yang pakai 1x ado, 2x ado, aduaiii...bila nak clear wardrobe ni!!!

Monday, June 25, 2012

Minyak masak




Dlm rangka study kebaikan minyak masak yg available di pasaran.

Hummmm...

Sunday, June 24, 2012

Yogurt

Toddler nak makan yogurt ni, sedap...



Nak makan sendiri, boleh makan sendiri...Mm jgn la risau...



Mmmmmm....sedap walau sudu senget bila smp mulut...









Ishhhh....tak nampak mana buah beri tu Mm...






Lambat la....mcm cepat sikit...






Kenikmatan pada lirik mata, mmmmm...jgn marah Dd!

Wednesday, June 20, 2012

Gerai di tepi jalan

Agaknya berapa kali toddler Azizi diberi peluang makan di gerai tepi jalan?
Kuiz ni, siapa betul mmg terror!

.

.

.

.




2x makan durian tepi jalan....
montel betul susuk tubuh baby!




2x makan nasi lemak
dan 2x makan keropok lekor di Kuantan.



Hehhehe...muka pelik je kena mkn smbil kereta lalu lalang dekat dia!!

Tuesday, June 19, 2012

MIL @ IJN

Nenek toddler Azizi sakit jantung...
Dd dah cover cerita ni lebih awal, boleh baca di sini 1, 2, 3

Bahasa laidman sakit jantung, 3 tersumbat dan paru-paru affected disebabkan jantung.
Lama nenek di ICU, hampir 1 minggu lamanya.
Dan nenek hampir tiada bila doctor cuba membuka belon sokongan, about 15 seconds then doing CPR alhamdulillah nenek pulih kembali.



Waktu melawat di ICU pendek, 12.30 - 1.30 tengahari dan 6 - 8 mlm.
But I would recommend just let near family to visit patient. Masa terhad, pesakit perlukan sokongan moral. Banyak cara nak zahirkan concern tuan/ puan semua, doakan pesakit panjang umur dan positif dalam menghadapi ujian tersebut. Kanak-kanak bawah 12 tahun memang tidak dibenarkan melawat. So, toddler Azizi memang kena duduk lobi utama sahaja.


Di sini, mereka perlukan kemeja butang penuh dan kain batik/pelikat bagi kegunaan pesakit. Highly recommend bawa beg khas untuk letak baju kotor, ada kes baju dah bercampur so kena basuh balik.
Satu hari dalam 2-3 set pakaian diperlukan. So, kalau nak bawa balik basuh kena ada dalam 9 set.
Mm la tukang cari nya, habis ditanya kawan sekeliling mana nak dapat dengan harga berpatutan. Pergi la menapak Mm ke Warta Bangi. Ketemu barang dicari, beli dan memecut balik rumah.


Inilah wajah ~boring toddler Azizi, hensem macam Mm.
Hehhehehe...


Sekarang nenek dah dipindahkan ke wad biasa. Maka toddler Azizi dah boleh jumpa nenek. Biasa dia mmg kurang mesra dengan orang sikit, sikap reserve dia masih ada. Tengok langsir bilik tu, siapa la aniya...kot MIL rimas kalau tak nampak luar berpada-pada la.

Dd? Dia tu kira hot dia je. Ada hari tu air menitik dalam toilet, lazer je mulut dia.
To Mm, since totally FOC so you should polite said problem you faced in the toilet.
Pun...bukan lambat benar actions mereka, 5mins later cleaner dtg letak baldi, 10mins later maintainance dtg check dan maklumkan root cause problem tu.

Owh...di sini bayi juga ada menjalani pembedahan jantung.
Mm & Dd berpeluang bercakap dengan keluarga dari Bandung, anaknya berusia 7 bulan sakit jantung berlubang menyebabkan paru-paru tidak kembang sepenuhnya. Alhamdulillah, cepat recover dan esok akan kembali ke Bandung, Indonesia.

Rupanya Malaysia banyak pakar jantung. Tapi Mm harap sangat bila buka Institut Kanser Negara di Putrajaya nanti, gemilang dan gah nya setaraf dengan IJN.

Mm & Dd berpandangan setiap nurse, doctor dan pekerja IJN telah berjaya meletakkan diri mereka di satu tahap yang boleh dibanggakan. Cara mereka respond kepada persoalan, walau dia hanya nurse tapi berjaya memberikan jawapan memuaskan.

Dan...jumpa junior sekolah, seorang nurse di situ. Dia merendah diri tapi saya bangga kerana anda bijak mengatur langkah masa hadapan.

Sunday, June 17, 2012

Bintik

Mm dah terperasan ada bintik-bintik pada bahagian lengan toddler Azizi since last week.



Mm ingat mungkin ruam biasa. So happened since few weeks back the whether was so hot.

Just now, Mm suspected something not right, the right leg look so itchy to him.





Hum...we need to get doctor consultation.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 14, 2012

Gloria Jean's Coffeess

Mm baik hati nak belanja toddler Azizi di sini. Ice blended gitu...




Inilah menu pilihan yang ada. Tapi mata Mm tertarik pada '...free babycino...'
kena la penuhi kriteria sebelum dapat free kan...



kenet je cawan babycino...
tapi akhirnya tumpah ditepis toddler Azizi...



p/s: Mm sangat tak sihat, perlukan rest yang berkualiti. Dalam masa yang sama, toddler Azizi refuse nak makan sebab Mm masak tak sedap. Selamba je kata Mm masak tak sedap.

Wednesday, June 13, 2012

Berpantang selepas bersalin cesarean

Memang tak pernah cerita detik-detik berpantang selepas selamat melahirkan toddler Azizi. Anak pun dah nak beranjak usia 2 tahun, kurang 3 bulan dari sekarang.

Sebelum ini, hanya pengalaman semasa bersalin sahaja dikongsi. Tak baca lagi, ok klik sini. Dd pun ada kongsi pengalaman melihat C-section op.

Ketika berpantang tahun 2010 dulu, Mm :

1. Masih urut tapi hanya di bahagian belakang badan dan kaki. Bahagian abdomen tak usik yea.

2. Mandi air daun-daun yang direbus. Daun apa kurang pasti. Nanti dah dapat info boleh share sini.

3. Minum air halia, untuk panaskan badan.

4. Tak ambil jamu, menyusukan toddler Azizi secara exclusive maka risau ada side effect. Juga dinasihatkan oleh nurse untuk elakkan benda panas seperti halia, jamu, lada hitam kerana boleh menyebabkan jaundice. Mak kata kena makan jamu lepas ni, supaya shape body balik ke bentuk asal.Tapi masih tak makan jamu smp sekarang.

5. Memakai bengkung khas, sangat membantu untuk mula pergerakkan dan memegang perut yang sakit itu.

6. Makan ikan haruan, bukan belaan tetapi liaran. My brother in law tolong carikan. Pati ikan haruan pun dapat, boleh telan tapi tak tahan bau pati tersebut.

7. Luka cesarean Mm bernanah, sebesar 2 tudung pen kilometrico. Terpaksa ulang-alik klinik untuk cuci selama 3 minggu. Nak jaga luka ni bukan mudah. Baru mandi anak dah nangis nak susu. Mula tak lap kering-kering. Al maklum perut berlipat-lipat makan bahagian potongan tersorok. Kalau cuaca panas, berpeluh-peluh menyebabkan bakteria berkumpul. Sepatutnya selalu kawasan ini dikeringkan, macam jiran sebelah rumah mak dulu siap pakai kipas untuk keringkan luka cesarean.

8. Pantang makan memang diamalkan seperti arahan Mak. Pantang air dingin juga sehingga 6 bulan pertama. Cuba disebabkan menyusukan anak, memang tak pantang air suam. Cuma Mm salah percaturan, memang kena minum banyak air sehari dalam 2 liter. Tapi kaedah minum tu salah. Kesannya perut Mm buncit. Ketika itu rungsing kalau rahim tak mengecut tapi doc Hamid scan semua normal. Sepatutnya minum air sedikit-sedkit tetapi kerap sehingga capai 2 liter sehari. Bukan tibai 500ml dalam satu masa. Dan mungkin juga kerana itu orang tua dulu-dulu memang bagi air panas kepada org berpantang, so that kita minum sikit-sikit.

9. Masih meneruskan supplement kalsium, minyak ikan dan vit.C sehingga sekarang.

10. Owh...lupa semua ubat yang dibekalkan hospital habis dimakan oleh diriku. Siap minta tambahan selepas tu sebab luka tu masih berdenyut-denyut hingga 2 minggu lamanya.

Jangan ditanya la bertanggas, pilis...semua tak pakai. Stokin pun tak pakai, pakai selipar dalam rumah. Hehehehhe...culas namanya.

Tuesday, June 12, 2012

~ Muram

Mm rasa sekarang ni, my toddler Azizi is good in expressing his mood.

Amboi...speaking English gitu, buang tebiat ke Mm?
Tak la buang tebiat, dulu kat MMU hari-hari je speaking English...
memula tu tergeliat gak but later on dah biasa.
Sekarang terasa English itu semakin jauh dari diri ini.
Maid Dd informed yang toddler Azizi quit moody, duduk tengok TV pun sambil tangan memeluk tubuh.
Ok, itu tandanya dia perlu bersendirian ketika itu, tidak selesa didekati.
Toddler rindu Dd ke?
Perasaan sayu tu terbawa-bawa, terjaga dari tidur
terus memeluk Mm dengan kuat, tak dilepasnya.

Makan 2 suap, lepas tu tolak. Mm cuba beri mkn di malam harinya pun tetap begitu.
Yang tak habis nak dimakan, jelly yang tak banyak faedah tu.
Lepas tu saja je baling anggur sana sini, buat Mm jerit sekuat hati sampai menangis toddler kat dapur. Diminta peluk tapi Mm tak layan pada ketika itu, kemudian baru Mm peluk dan explained kenapa kena marah sambil dia mencebik muka tanda nak menangis semula.
Air masak mmg banyak dia minum. Vitagen pun minum juga.



Punya rindu sampai tengok twinkle-twinkle pakai laptop Dd.
Semua nak conquer ehhh..


Saya suka main tekan-tekan, kuat plak tu button ditekannya.
Sabar Dd, baca je sampai habis.
Rosak kita beli lain.

Bila nak tidur malam, as usual mesti penuh drama.
Menangis la sebab Mm tak layan dah permintaan jelly dia.
Sambil tukar diaper dan baju tidur, menjerit la dia mendayu-dayu panggil Daddy.
Mm? Muka steady je tukar cepat-cepat then sumbat susu.
Marah punya pasal, Mm nak peluk pun ditolaknya. Nak usap rambut pun ditolaknya.
At last, tidur je ikut position yang dia nak.

Dd ke mana? Bagus...lupa nak cerita dia outstation utk 3 hari.
Mengantuk juga kena tengok toddler Azizi seorang diri.

Friday, June 8, 2012

Demam lagi

Toddler Azizi demam lagi, kalut tetap kalut being Mm. Ada pengalaman pun tetap paranoid dengan bacaan thermometer.



Semalam demam tapi selera makan epal tetap ada. Cuma bila nak makan ubat, again drama swasta muntah-muntah tetap menjadi klimaks cerita marah.
Yang atas ni nengok kartun Yuki.


Yang ni nengok kartun Luna sambil makan kerepek pisang ranggup. Pelik tapi benar boleh je toddler Azizi makan ubat elok tanpa muntah pagi & petang tadi, Mm takde drama pun kurang la yea.

p/s: mudah lupa nak beri jus buah-buahan pada toddler kesayangan.

Thursday, June 7, 2012

Meja & kerusi

Ingat tak before this yang Mm cadang nak beri new excitement pada toddler Azizi.
Ok..lupa sila baca sini.

Mengambil kira Mothercare buat sale kali ke berapa tah untuk tahun ini
maka dengan yakin Mm ajak Dd g Mothercare KLCC
Mm sampai dan terus bertanyakan meja dan kerusi tersebut
the price not so expensive compared to IKEA
pulak tu ada sale...20% lagi
kira berbaloi la Mm menarik meja dan Dd menarik kerusi

Sampai je rumah
Mm keluarkan dari kotak dibantu toddler Azizi
Dd pasang dibantu toddler Azizi
berapa kali tolong da...

Hasilnya...kesibukan 2 beranak mencuba kerusi dan meja belajar
Now bukan setakat menulis, masak dan baca buku pun dengan meja ni




Penuh la bonet kereta bila nak bawa meja dan kerusi tu




Memang kelas sale mothercare kali ni
berbaloi-baloi smp XXX aku habiskan
cuma set dapur masak tu je belum disambar
tengah buat kajian lanjutan sesuai atau tidak untuk toddler Azizi
knowing dia suka memasak tapi tak nak train jadi lembut pulak




Gingersnap pun sale..moh le nengok..
karang jadi macam Dd, menambah jumlah pembelian Mm

Pesanan Mm, check resit pembelian sebelum beredar dan elakkan shopping ketika lapar.
Hehheh...you know why, right Dd!

Friday, June 1, 2012

Nyamuk




Punya la nak kill nyamuk, sanggup suruh maid g beli kat kedai.

Sian anak bujang kena gigit nyamuk dah 2 mlm.

Dibelinya semburan spt di atas. Bau mmg tak boleh blah, disalahkan tukang sembur dgn kadar byk.

Byk la kau...aku biasa beli jenis H2O, bau better sikit.